Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 3 Februari 2021

Jelajah Tanah Tumpah Darahku

Pada 27hb Ogos 2020, Grup Vexcom (Versys X Community Malaysia) telah mengadakan satu kembara yang diberi nama, JELAJAH TANAH TUMPAH DARAHKU. Kembara ini merangkumi perjalanan sejauh 2,000 kilometer bermula dari Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Star, Kangar, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka, Seremban, Putrajaya dan berakhir di Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka.

27 OGOS 2020: Jam 6.30 pagi, para peserta sudah mula berkumpul di perkarangan Masjid Biru, Shah Alam. Semangat, keterujaan dan kesungguhan untuk menakluk semenanjung Malaysia jelas terpancar di wajah setiap peserta yang menyertai kembara ini. Walaupun masih dalam PKPP [Perintah Kawalan Pengerakan Pemulihan] kesungguhan untuk menyambut hari kemerdekaan bagi negara Malaysia tercinta ini amat menebal di sanubari kesemua peserta.

Seramai 33 pemilik motosikal Kawasaki Versys X 250 telah bersedia untuk mengharungi cabaran selama 4 hari 3 malam ini. Penyelaras projek, En. Mohd Faisal Hj Zakaria telah memberi taklimat kepada semua peserta yang merangkumi segala faktor dari segi keselamatan, pengurusan dan lain-lain.

Lokasi pertama pada kembara tersebut adalah di GIVI ASIA Bukit Beruntung untuk aturcara pelepasan. Pihak GIVI ASIA telah berbesar hati untuk menyumbang bagi projek Jelajah TTD ini. Kembara ini juga mendapat sumbangan daripada Serdang Motorcycle , Zurich Takaful, Rezky Textiles dan The Wrap Brother.

Checkpoint pertama, Kellie Castle sebagai simbolik bagi negeri Perak. Peserta sampai ke destinasi pada pukul 12 tengahari. Peluang bagi peserta untuk melepas lelah selepas mengharungi kepanasan dan menikmati makan tengahari di kawasan tersebut. Setelah selesai, kumpulan Alpha berpecah dari kumpulan asal [Alpha, Bravo, Charlie] bagi menunaikan sub misi iaitu melawat hospital yang memberi sokongan kepada pesakit kanser kanak-kanak (di bawah program CAKNE atau dikenali juga sebagai Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM ).

Di semenanjung Malaysia, hanya ada lapan buah hospital yang menerima pesakit kanser kanak-kanak. Kumpulan Bravo dan Charlie meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Pada pukul 4.00 petang, peserta tiba di destinasi. Selepas selesai mengambil gambar dan berehat seketika, giliran kumpulan Bravo pula untuk melawat hospital yang terletak di Pulau Pinang manakala kumpulan Alpha dan Charlie meneruskan perjalanan ke lokasi ketiga iaitu Alor Setar, Kedah.

Lebih kurang sejam setengah, mereka sampai di Dataran Masjid Zahir. Manakala kumpulan Bravo masih ‘berhempas pulas’ menghadapi kesesakan jalan raya untuk menyelesaikan sub misi CAKNE. Di samping menunggu ketibaan kawan-kawan Bravo, kumpulan Alpha dan Charlie mengambil kesempatan untuk menyejukkan badan melepas mengharungi perjalanan hampir 400 kilometer.

Syukurnya, jentera Kawasaki Versys X 250 ini tidak mengecewakan dan tidak mendatangkan masalah. Lebih kurang pada pukul 7.00 petang grup Bravo tiba di lokasi. Ketua Marshal iaitu En. Shahirul Nizam Salamun memberi masa selama setengah jam untuk ‘grup’ Bravo berehat sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi terakhir untuk hari tersebut iaitu Kangar, Perlis.

Pada pukul 9.30 malam, kesemua peserta selamat sampai ke Homestay Sofikha Vacation Studio yang terletak di Kangar, Perlis. Penginapan yang cukup selesa dan kesemua penginapan dalam projek jelajah TTD ini ditaja khas sepenuhnya oleh GIVI ASIA. Terima Kasih GIVI!

28 OGOS 2020: Pada pukul 8.00 pagi, kesemua peserta sudah bersedia meneruskan lagi pengembaraan ini. Selesai sarapan, kesemua peserta diminta membuat pemeriksaan pada setiap motosikal masing masing. Lebih kurang jam 10.00 pagi, peserta kembara memulakan perjalanan ke Checkpoint 4 iaitu di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis atau nama gelarannya ‘Mini Putrajaya.’

Selesai bergambar, para peserta bersiap sedia meneruskan misi ke arah Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur Barat. Perjalanan kali ini cukup mengagumkan dan hutan yang menghijau membuatkan peserta lupa akan keletihan. Panorama alam semulajadi membuatkan peserta menikmati sepenuhnya pemandangan tersebut.

Untuk hari kedua ini, konvoi berdepan dengan sedikit cabaran. Hujan bermula dari Banjaran Titiwangsa. Dalam suasana hujan lebat dan kondisi jalan raya yang bersimpang siur serta licin membuatkan peserta perlu lebih fokus terutamanya ketika melalui jalan turun bukit.

Malang tidak berbau, para peserta terkandas di daerah Jeli akibat pokok tumbang menghalang laluan. Dalam keadaan hujan lebat, kesemuanya menunggu pihak berwajib datang untuk mengalihkan pokok tersebut yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Selepas itu, peserta meneruskan kembali perjalanan ke Kota Bharu.

Kumpulan Charlie kemudiannya berpecah lagi bagi menunaikan misi CAKNE. Kali ini melawati Hospital Besar Kota Bharu manakala kumpulan Alpha dan Bravo terus ke Dataran Rehal di Kota Bharu. Dari Dataran Rehal, kumpulan Alpha dan Bravo terus ke Terengganu untuk berehat dan bermalam di sana.

Kesemua peserta sampai di homestay Hello Kitty pada pukul 12.00 malam. Sedikit kepenatan bagi hari kedua ini selepas diuji dengan cuaca yang tidak mengizinkan dan jalan bersimpang siur. Apa pun, itulah pengalaman dan cabaran yang membuatkan kesemua peserta tersenyum puas. Misi menakluk semenanjung Malaysia mesti diselesaikan. Kesemua peserta masih sihat dan jentera pun tidak mendatangkan sebarang masalah.

29 OGOS 2020: Kini masuk hari ketiga, cuaca cukup cantik. Sedikit senaman bagi meregangkan urat-urat. Dengan bersarapan makanan rasmi Terengganu, nasi dagang beserta kuih muih adalah permulaan hari baik bagi kesemua peserta. Dalam pukul 8.30 pagi, kumpulan Alpha bersiap sedia menunaikan sub misi CAKNE ke Hospital Besar Kuala Terengganu manakala kumpulan Bravo dan Charlie ke checkpoint seterusnya iaitu di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Dalam pukul 10.00 pagi, peserta meneruskan perjalanan ke Kuantan. Perjalanan menyusuri jalan persekutuan bersebelahan Laut China Selatan begitu mengagumkan. Peserta sempat berhenti rehat di Kemaman pada pukul 12.00 tengahari selama sejam.

Destinasi selepas itu ialah di Taman Esplanade, Kuantan sebagai mercu tanda bagi ibu negeri Pahang itu. Perjalanan masih jauh, cuaca panas kian terasa bahangnya. Ketika menuju ke Johor Baharu, Pekan Bandar Diraja dijadikan tempat berehat. Walaupun sudah lewat, peserta mengambil peluang untuk makan dan menunaikan solat sebelum menempuh perjalanan jauh dalam kegelapan malam.

Perjalanan dari Endau Rompin menghala ke Mersing cukup mencabar para peserta. Tunggangan di waktu malam tanpa lampu jalan memerlukan konsentrasi yang tinggi bagi setiap peserta. Jalan ini sangat bahaya pada waktu ini kerana banyak binatang liar mahupun ternakan orang kampung seringkali bergerak dan melintas jalan. Kembara selamat tiba pada pukul 9.00 malam.

30 OGOS 2020: Pukul 11.00 pagi, macam biasa kumpulan Bravo menuju ke Hospital Besar Johor Bahru. Manakala kumpulan Alpha dan Charlie ke Laman Mahkota Istana Bukit.

Selesai misi utama dan sub misi di negeri Johor ini, kesemua peserta terus menghala ke mercu tanda di Melaka yang menjadi pilihan iaitu Dataran Ayer Keroh. Keadaan yang agak sesak di Melaka membuatkan peserta tidak terlalu lama berada di tengah-tengah kota. Pada pukul 1.30 petang, peserta terus bergegas ke checkpoint di ibu pejabat CAKNE yang terletak di Seremban 2.

Di situ para peserta dijamukan makan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan CAKNE dan rakan-rakan Vexcom turut membuat sumbangan yang berupa wang ringgit kepada pengasasnya iaitu Hj Mohd Shah Awaluddin. Apa yang membanggakan, secara tidak langsung Vexcom dan setiap peserta menjadi duta kecil bagi persatuan tersebut. Selepas beberapa jam di situ, peserta terus bergerak ke Istana Kehakiman, Putrajaya dan seterusnya ke lokasi terakhir bagi kembara jelajah TTD kali ini iaitu Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sebelum semua berkumpul di Dataran Merdeka, sub misi terakhir diberikan kepada setiap kumpulan. Kumpulan Alpha menuju ke Pusat Perubatan Universiti Malaya [PPUM], Kumpulan Bravo ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) manakala Kumpulan Charlie menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Pada pukul 6.30 petang, kesemua peserta selamat berada di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Wajah kepuasan bagi setiap peserta disulam gelak tawa bergembira kerana berjaya menyelesaikan misi kembara jelajah Tanah Tumpah Darahku. Kembara yang penuh suka duka akan terus bersemadi dalam hati setiap peserta. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat baik dari pihak pengurusan Vexcom sendiri dan para penyumbang utama bagi projek kembara jelajah TTD ini. RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.