Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 9 Julai 2020

Kembara Jelajah Semenanjung Malaysia 2020

Buat kali kedua, suami isteri dari Kembara All Riders iaitu Akoi dan Qaseh telah membuat perjalanan ke seluruh semenanjung Malaysia. Kedua-dua pasangan itu menunggang Demak DTM150 dan DTM200 dan telah terbukti mereka adalah penunggang motosikal yang berpengalaman dan berdisiplin tinggi. Perjalanan yang memakan masa selama sembilan hari itu bermula pada 8 Februari hingga 16 Februari 2020.

8 Feb 2020- Sabtu

Perjalanan bermula dari Senawang, Negeri Sembilan. Jam menunjukkan baru pukul 6.00 pagi tetapi kami sudah berada di atas motosikal menuju ke Putrajaya dan seterusnya ke Dataran Padang Shah Alam yang disambut oleh sahabat-sahabat dari Shah Alam dan Klang iaitu Yanti, YB, Bro Jeff, Sis Jeff dan Eddy Predator. Siap belanja sarapan lagi. Terima kasih ye!

Pada jam 10.30pagi, kami meneruskan perjalanan ke Sungkai dan Lumut. Di Lumut, kami telah disambut oleh krew Kembara All Riders dan kami membuat keputusan untuk bermalam di sini. Syukurlah, perjalanan hari pertama lancar dan menyeronokkan.

9/2/2020 – Ahad

Jam 2.00 petang dan seperti yang dirancang, kami berdua meneruskan perjalanan dan kali ini disertai oleh beberapa rakan dari Lumut. Kami menggunakan jalan Lumut - Bruas - Trong hingga ke Changkat Jering. Laluan di sini memang best kerana dapat melihat kehidupan luar bandar dengan lebih dekat yang kebanyakannya agak tenang dan tenteram. Bandar-bandarnya pula tidak terlalu sibuk dan mengembara dengan motosikal ke destinasi-destinasi seperti itu memang kami sarankan.

Ketika di Changkat Jering, sekali lagi kami disambut oleh rakan-rakan yang datang dari Bentong dan Taiping. Dari jalan luar bandar, kami membuat keputusan untuk menggunakan lebuhraya ke Pulau Pinang. Kami merentasi lautan menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan kedua) dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang jam 6.30 petang.

Kelab IBC Penang membawa kami bersiar-siar ke seluruh Pulau Pinang dan kami cukup bertuah kerana dapat bermalam di rumah seorang rakan iaitu Angah Qosot yang terletak di Balik Pulau.

10/2/2020 - Isnin

Perjalanan ke utara tanahair diteruskan. Dari Pulau Pinang, kami ‘melompat’ ke atas jentera masing-masing, pulas pendikit dan terus ke Alor Setar.

Lebih kurang jam 11.30 pagi, kami berhenti berehat di rumah Joe Qosot – mengantuk sangat dan untuk elakkan kejadian yang tidak diingini, kami melelapkan mata dalam satu jam.

Bila dah segar… mata pun sudah tidak berat lagi, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis yang hanya terletak sejauh 49 kilometer dan kami pilih untuk menggunakan ‘jalan dalam’. Sampai di sini, kami cepat-cepat ambil gambar kenangan dan kemudiannya ‘pekena’ laksa. Amboi… sedap sungguh laksa utara!

Kami kembali ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Joe Qosot dan selepas itu menyambung pengembaraan ke Sungai Petani. Matahari yang mulanya panas bersinar mula menyembunyikan diri dan diganti dengan hujan yang agak lebat. Basah kuyup dibuatnya! Ketika di Sungai Petani, kami disambut oleh rakan-rakan motor dari SPSM (Sungai Petani SuperMotor). Kami singgah makan sambil melepaskan rindu bertemu dengan kawan-kawan yang sudah lama tak berjumpa.

Sewaktu menuju ke Kulim, rasa penat hilang dan diganti dengan bersemangat apabila ditemani oleh bikers dari Northern Scram Community, Fly XXX Garage Kulim Motard Family dan GBIM. Kami berehat dan bermalam di sini (Kulim).

11/2/2020 – Selasa

Perjalanan hari tersebut cukup jauh tetapi sangat menarik. Kami menyusuri jalan Kulim – Kupang – Gerik - Royal Belum (Tasik Banding) - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Ayer Lanas - Rantau Panjang - Pasir Mas - Salor sehinggalah tiba di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Pemandangan perkampungan, pergunungan, tasik, flora dan fauna menjadikan perjalanan cukup bermakna walaupun ada ketikanya terpaksa menempuh hujan dan jalan yang mencabar. Benar… Malaysia memang cantik dan perlu terus dipelihara. Selepas mengharungi pengembaraan lebih daripada 300 kilometer, kami akhirnya tiba di Salor lebih kurang jam 9.30 malam.

Kami cukup teruja apabila melihat rakan-rakan dari Super Warrior Club (SWC) telah menunggu ketika tiba di Salor dan mereka menemani kami terus ke Wakaf Che Yeh untuk bermalam di sana.

12/2/2020 – Rabu

Selamat tinggal Kelantan! Perjalanan disambung untuk menjejakkan kaki ke Terengganu. Sekali lagi kami memilih laluan luar bandar kerana sudah jatuh cinta dengan keadaan dan pemandangannya. Kami menggunakan jalan Tok Bali untuk ke Besut. Sempat juga kami berehat dan menikmati pemandangan indah di Pantai Bukit Kluang sebelum kembali bergerak ke Kuala Terengganu.

Dengan bantuan bikers dari kelab GMC, dapatlah bersiar-siar ke Jambatan Angkat Terengganu dan cukup puas hati apabila dapat menikmati ikan goreng tepung di Pantai Airport. Lebih kurang jam 6.30 petang, kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan untuk kembali ke jalan menuju ke Kuantan. Disebabkan hari sudah semakin gelap, kami membuat keputusan untuk keluar dari laluan dalam dan terus ke lebuhraya – lebih selamat memandangkan ia sejauh 220 kilometer.

Syukurlah, kami selamat tiba di Kuantan lebih kurang jam 11.00 malam.

13/2/2020-Khamis

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil peluang untuk singgah di beberapa tempat menarik di Kuantan dan Pekan. Masa ini ahli kelab SMC cukup sporting untuk menjadi pemandu pelancong. Kami dibawa berkunjung Padang Polo Diraja dan Muzium Abu Bakar dan kemudiannya ke bandar Rompin untuk menikmati Udang Galah.

Dari Rompin, jentera dikerah menuju ke Endau dan kemudiannya ke Mersing untuk bermalam.

14/2/2020 – Jumaat

Kami bertolak awal menuju ke Johor Bahru dan singgah sekejap di Kota Tinggi untuk makan tengahari. Lebih kurang dua jam setengah kemudian, kami selamat sampai dan kami terus balik ke rumah keluarga kami di sini.

Ini juga peluang buat kami membawa jentera ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan dan servis sebelum menyambung perjalanan pada keesokan harinya. Bengkel AT Motor di Larkin turut menukarkan tayar lama kepada yang baru secara percuma – lega rasa di hati.

15/2/2020 – Sabtu

Dari Johor Bahru, kami ke Ayer Hitam dan kemudiannya ke Yong Peng. Ketika dalam perjalanan, kami terkandas kerana salah satu motosikal (milik Qaseh) kebocoran. Tiang enjin longgar dan block dah terangkat. Dengan bantuan dua orang rakan iaitu Wak Rahim dan Doktor Din, kami terpaksa berpatah balik ke Johor Bahru untuk ambil motosikal lain di AT Motor manakala jentera Qaseh terpaksalah diletakkan di rumah Wak Rahim terlebih dahulu. Kerosakan ini memang tak dijangka sama sekali.

Kami terpaksa batalkan perjalanan untuk ke Chaah, Labis dan Segamat memandangkan hari sudah semakin lewat. Kami sekali lagi diuji apabila motosikal Akoi pula mengalami kerosakan, jam pula sudah 1.30 pagi. Kami ‘sangkut’ di Simpang Renggam dan membuat keputusan untuk bermalam di sini dan menunggu sehingga keesokan harinya untuk mencari alat ganti. Nasib baik Abang Din, seorang kenalan dari Muar datang menemani dan membantu kami.

16/2/2020 – Ahad

Ia adalah hari terakhir kami dalam menyempurnakan misi menjelajahi semenanjung Malaysia tetapi kami masih di Hentian sebelah Simpang Renggam untuk dibaik pulih. Lebih kurang pukul 2.00 petang, motor Akoi pun siap dan bolehlah kami teruskan perjalanan ke Muar walaupun dalam keadaan badan yang sudah keletihan.

Kami singgah berehat di rumah Abang Din dan Kak Shima dan pada masa yang sama sahabat lain seperti Alang dari Tangkak, Abang Pat dan Kak Ida dari Bentong sanggup datang membantu kami bawa beg balik. Kami terpaksa batalkan hasrat untuk masuk ke Melaka kerana keadaan ketika itu sangat-sangat tidak mengizinkan.

Lebih kurang jam 8.30 malam, kami dan beberapa rakan dari Kembara All Riders bersama-sama kembali. Walaupun diduga dengan pelbagai masalah, hati kami terubat apabila melihat hadirnya rakan-rakan dari pelbagai tempat untuk memberi bantuan dan sokongan.

Alhamdulillah kami telah berjaya menyempurnakan Ride Jelajah Malaysia 2020 dengan jarak perjalanan sejauh 2,350 kilometer. Walaupun cukup gembira, kami agak terkilan kerana tidak dapat berkunjung ke beberapa tempat seperti Chaah, Labis, Segamat, Melaka dan Rembau. Ini semua disebabkan masalah teknikal yang memang tidak diduga.

Terima kasih buat semua penaja dan rakan-rakan dari kelab-kelab motosikal yang sentiasa membantu di sepanjang perjalanan kami. Tidak lupa juga buat sahabat Kembara All Riders yang tidak henti-henti mendoakan dan memberi semangat agar misi ini berjaya. RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.