Phuket Bike Week 2019 Ride Bersama Moped Adv Touring
Misi pasukan Moped Adv Touring untuk 'ride' kali ini adalah cabaran perjalanan berjarak 1,000 kilometer dari Kuala Lumpur menuju ke Phuket bagi menghadiri acara perhimpunan motosikal popular, Phuket Bike Week 2019. Kami berkumpul di R&R Rawang dan tepat jam 10.00 malam 11 April 2019, kami bergerak menghala ke utara.
Memandangkan semua jentera dah ada spotlight masing-masing, kami semua pun hidupkannya untuk ‘test power.’ Fuh... memang perjalanan di waktu malam bertambah yakin dengan adanya spotlight. Pada masa yang sama, kami dapati ramai juga kumpulan motosikal lain yang menghala ke utara dan amat berkemungkinan besar, semuanya menuju ke destinasi yang sama.
Konvoi tiba di Changlun, Kedah sekitar jam 4.00 pagi. Kami berehat sebentar sambil tunggu kedai yang akan dibuka pada jam 5.00 pagi. Ini adalah untuk perkhidmatan isian borang TM2, TM3 dan TM6. Sebenarnya, kami atau sesiapa pun boleh juga mengisi borang (secara manual) di imigresen Thailand tanpa dikenakan apa-apa bayaran tetapi seperti kebanyakan overlander lain, kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ternyata ia lebih mudah dan pantas. Bayaran pun murah iaitu sekitar RM6.00 hingga RM8.00 untuk ketiga-tiga borang siap diisi.
Kami memilih laluan sempadan melalui Wang Kelian - Wang Prachan untuk mengelak daripada kesesakan di sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok. Iye lah... semasa di Changlun, kami lihat banyak bas rombongan makcik-makcik yang menghala ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Tak sanggup rasanya nak bersesak di sana!
Kami sampai di pejabat imigresen Wang Kelian pada jam 6.30 pagi. Yess... kami 'pasukan' paling awal sampai dan terus beratur – tak nak buang masa. Sempadan ini (Wang Kelian - Wang Prachan) dibuka pada jam 8.00 pagi, jadi sempat kami ambil peluang untuk ‘refresh’ dan lelap mata sekejap.
Syukurlah, urusan dokumentasi sempadan semuanya selesai lebih kurang jam 9.00 pagi dan perut pulak berbunyi-bunyi. Kami singgah di restoran muslim yang sememangnya banyak di sepanjang perjalanan sebelum meneruskan perjalanan ke Satun. Sebelum sampai di Port Cikgu Joe Route CJS 406, kami berhenti sekejap di Tammalang Pier untuk bergambar kenangan bersama patung ketam yang cukup terkenal itu.
Kami disambut oleh Cikgu Joe dan dapatlah berehat sambil bersembang-sembang, membeli cenderahati dan menikmati minuman untuk kembali segar. Cikgu Joe memang cukup dikenali di kalangan overlander Malaysia kerana beliau sering membantu para penunggang yang mengalami kesulitan semasa mengembara ke Thailand. Itulah nilai persahabatan dan sifat baiknya yang cukup memberi inspirasi buat para pengembara motosikal khususnya.
Jam pun dah lebih kurang pukul 2.00 petang manakala perjalanan pun masih jauh untuk ditempuhi lagi. Kami pun set mind 'ridemarohi’ iaitu konsep berkonvoi cepat, tanpa lepak-lepak santai. Isi minyak, gerak... isi minyak, gerak... Akhirnya, kami pun tiba di kawasan Bangla Road sekitar jam 9.00 malam. Selepas check in di P.S Hotel, kami keluar semula rondaronda di tapak event sambil makan malam. Walaupun ia adalah hari yang memenatkan dengan hampir 24 jam atas motor tapi ia benarbenar memberi kepuasan. Mereka yang memiliki minat saja yang akan rasa nikmatnya.
13 April 2019
Hari masih awal tetapi kami dah bersiap untuk bersiar-siar sekitar Phuket. Cadangan hari ini ialah untuk bermotor ke Windmill View Point, salah satu lokasi pengambaran filem Bikers Kental 2 katanya. Sebelum tayar golek, kena isi perut dulu! Kalau lapar boleh bergaduh dibuatnya. Lokasi paling mudah untuk dapatkan kedai makan muslim adalah di kawasan sekitar masjid.
Perjalanan ke Windmill Viewpoint mengambil masa dalam setengah jam. Jalan ke sana memang lawa dan pemandangan yang menarik. Ia adalah tempat terbaik buat para pengunjung dan pelancong untuk bersantai, menikmati pemandangan yang indah dan bergambar kenangan. Dua jam juga kami di sana sebelum bergerak balik ke Patong dan bersedia untuk aktiviti petang hari.
Sekitar jam 5.00 petang, masing masing dah ready untuk mulakan ‘perang air.’ Kami berjalan dari hotel ke Bangla Road dan terus kemudiannya ke Patong Beach. Bila tiba di kawasan pesta PBW, kami pun makan malam di sana sambil menunggu ketibaan legenda rock Malaysia iaitu kumpulan Wings yang dijadualkan membuat persembahan.
Oleh kerana esoknya kami akan gerak turun ke Hatyai, kami membuat keputusan untuk berehat awal. Lebih kurang jam 10.00 malam, kami sudah bergerak jalan kaki balik ke hotel. 14 April 2019 Kami semua berkumpul di tapak event sejak pagi lagi untuk sesi ‘official group photo’ dengan baju yang kami gelar Jersey Kebangsaan MOPED. Perjalanan hari itu memang satu pengalaman menarik kerana kami semua serba serbi seragam. Dari aksesori motor sampailah ke rekacorak baju – memang padu! Kami sampai di Hatyai sekitar jam 5.00 petang.
Selesai mandi dan berehat kami pun berjalan sekitar kawasan bandar, ke Floating Market dan Lee Garden Plaza. Pada malam itu, kami semua 'membuka' semula pengalaman ride ke PBW. Segala masalah atau isu negatif kami akan cuba perbaikinya dengan segera manakala yang positif pula akan terus dikekalkan. Ia merupakan malam terakhir di Siam.
15 April 2019
Selesai bersarapan terus bergerak ke sempadan. Kami ambil keputusan untuk mencuba sempadan Ban Prakob - Durian Burung. Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini dan ia amat membantu menjadikan segala urusan dokumentasi lebih lancar dan cepat.
Selesai urusan sempadan sekitar jam 11 pagi. Kami terus bergerak menghala ke Kuala Nerang - Pokok Sena seterusnya ke Alor Setar. Hati cukup gembira apabila masuk ke lebuhraya dan perjalanan balik yang lancar amat menyeronokkan. Cuaca cukup baik... tidak hujan dan kami semua selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam.
Terima kasih kami ucapkan pada para penaja PETRONAS Sprinta dan GIVI atas barangan menunggang yang menjadikan perjalanan lancar tanpa masalah. Mungkin nilainya tidaklah sebesar mana tapi bagi kami, ianya adalah satu penghormatan yang besar atas peluang yang diberikan. Semoga berjumpa lagi di ride yang akan datang. RR
- Apis Hijau
Popular