Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar

Terkini
  • Dari Litar

    Adib Rosley Curi Tumpuan

    Perlumbaan CP150 telah masuk ke pusingan kedua dan ternyata persaingan kelas ini semakin sengit dan ini disebabkan para pelumba dan krew pasukan semakin mahir dalam mencari talaan yang sesuai dengan keadaan litar serta gaya tunggangan seseorang pelumba itu.

  • Dari Litar

    Davies Bagi Amaran!

    Tidak mengenal putus asa, tunggangan penuh bertenaga yang dipertontonkan oleh pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati, Chaz Davies di pusingan Pirelli Aragon pada awal April lalu telah menghadiahkannya kemenangan cukup bermakna selepas berjaya mengenepikan juara bertahan, Jonathan Rea dalam satu pertarungan yang cukup sengit.

  • Dari Litar

    Rea Mula Dominasi!

    Juara bertahan, Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing ternyata membuka tirai musim terbaru 2017 dengan mempertontonkan 'persembahan' yang cukup cemerlang sekali.

  • Dari Litar

    CP 150 Era Baru Dunia Cub Prix

    Tahun 2017 merupa-kan musim pertama buat perlumbaan motosikal paling popular tanahair iaitu cub prix dengan menggunakan jentera bersesaran 150cc yang lebih berkuasa dan lebih berteknologi tinggi.

  • Dari Litar

    Gabit Juara Supermoto Asia!

    Muhd Habibullah Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Gabit' telah mempamerkan kecemerlangan yang cukup luar biasa di hadapan ribuan penyokong tempatan yang membanjiri Litar Stadium Shah Alam untuk meraih kejuaraan pertamanya dalam FIM Supermoto Championship 2016.

  • Dari Litar

    Akid & Syafiq Menutup Tirai 2016

    Selepas lapan tahun menyepi, litar Taiping kembali gamat apabila jentera-jentera cub prix beraksi di sana pada November lalu. Walaupun juara kelas prima telah pun diketahui (Juara – Kasma Daniel) sebelum pusingan di Taiping, ini langsung tidak menjejaskan jumlah kehadiran penonton yang hadir.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016 : Pusingan 9-Jempol, Negeri Sembilan : Kasma Daniel Cipta Rekod Baru!

    Seperti yang dijangka, pelumba muda dari Johor, Kasma Daniel Kasmayuddin telah berjaya meraih gelaran Juara CP130 selepas menunjukkan tunggangan hebat pada perlumbaan akhir CP130 yang berlangsung di Litar Jempol pada November lalu. Kasma yang mempunyai kelebihan 22 mata di hadapan Fazli ternyata mempunyai banyak peluang untuk muncul juara keseluruhan dengan syarat dia tidak jatuh.

  • Dari Litar

    WSBK 2016 : Pusingan ke 14, Losail, Qatar : Jonathan Rea Juara WSBK 2016

    Tahniah buat pelumba pasukan Kawasaki, Jonathan Rea selepas menamatkan musim ini dengan penuh cemerlang apabila memungut sebanyak 498 mata untuk mengulangi kejayaan tahun lepas sebagai juara keseluruhan WSBK 2016. Kenangan manis ini diperolehi pada persaingan pusingan akhir yang berlangsung di Litar Losail, Qatar pada 30 Oktober lalu.

  • Dari Litar

    MotoGP 2016 : Musim Penuh Drama Menutup Tirai

    Tahun 2016 sememangnya memberikan kita 1001 macam kisah suka duka dalam perlumbaan tersohor ini. Kita mulakan dengan pemilihan Michelin sebagai tayar rasmi kelas MotoGP. Walaupun tanggungjawab ini amat berat, pengalaman luas syarikat tayar dari Perancis ini membolehkan mereka mengeluarkan produk demi produk saban hari. Jurutera dan pereka Michelin tidak pernah 'berehat' daripada mengkaji, menguji dan memperkenalkan produk-produk terbaik.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016, Pusingan 8 - Temerloh, Pahang : Fazli Sham Buktikan Dia Masih Berbisa!

    Pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham telah membuktikan bahawa usia bukan faktor untuk tidak berjaya. Di usia 34 tahun, Fazli masih mampu mengerahkan tenaganya untuk bersaing dengan para pelumba muda yang kini mempunyai kemahiran yang semakin tinggi.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016, Pusingan 7, Kangar, Perlis : Md Akid Kini Pimpin CP115

    Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kedua, kejayaan Md Akid Aziz memperoleh 20 mata berharga telah melonjakkan kedudukan anak muda ini ke tangga teratas keseluruhan CP115 dengan 106 mata. Ini bererti persaingan pastinya bertambah sengit memandangkan sebelum ini tempatnya dimiliki oleh wakil pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin.

  • Dari Litar

    MotoGP 2016 : Perebutan Juara Terus Sengit

    Persaingan merebut gelaran juara 2016 di antara Marc Marquez, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo ternyata semakin sengit. Walaupun Marquez kelihatan cukup kuat di separuh musim terawal, namun begitu kemampuan ‘The Doctor’ memberikan tunggangan dan keputusan konsisten agak merisaukan khemah pasukan Repsol Honda. Selepas meraih juara di Mugello, Itali, Lorenzo bagaikan hilang taringnya dengan kegagalan mendapat rentak seperti biasa dan pastinya ia bukanlah satu perkembangan yang positif.