Perlumbaan akhir WSBK yang berlangsung di Litar Losail, Qatar telah memberikan satu lagi kemenangan bermakna buat Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing selepas melintasi garisan penamat dua saat di hadapan Chaz Davies (Aruba.it Racing – Ducati) manakala pelumba pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK, Alex Lowes di tempat ketiga.
Selepas membuktikan kemampuannya dengan gaya tunggangan yang cukup hebat, pelumba berusia 24 tahun iaitu Marc Marquez telah dinobatkan sebagai juara 2017. Kejayaan ini juga meletakkan dirinya tersenarai di antara pelumba yang meraih kejuaraan dunia paling banyak.
Kali terakhir pelumba dan pasukan Ducati berdiri megah di podium tertinggi ialah pada tahun 2007 yang lalu menerusi pelumba lagenda Australia, Casey Stoner. Detik penuh bermakna itu akhirnya dapat diraikan semula apabila Andrea Doviziso berjaya meraih kemenangan selepas mengharungi 24 lap pertarungan yang cukup sukar.
Berada di petak pertama, bermula dengan sempurna dan memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir. Itulah 'perjalanan' penuh sejarah pelumba pasukan Kawasaki Racing, Jonathan Rea ketika muncul sebagai pemenang pusingan 11 seterusnya mencipta sejarah dari sejak 30 tahun WSBK iaitu dengan kejayaan menjuarai carta keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut.
Kemampuan dan prestasi sebenar skuter yang baru sahaja dilancarkan hampir dua bulan yang lalu iaitu Yamaha NVX 155 diuji dan dibuktikan apabila ianya kini digunakan dalam perlumbaan cub prix kebangsaan untuk tahun ini. Cabaran Yamaha NVX membuka tirainya pada perlumbaan pusingan keenam yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka pada 5-6 Ogos yang lalu.