Melihat senarai nama pelumba MotoGP, sememangnya semua hebat-hebat belaka. Namun begitu ada empat pelumba yang dikatakan bakal memberikan saingan cukup sengit. Mereka ialah Juara 2021, Fabio Quartararo (Yamaha), Juara 2020, Joan Mir (Suzuki), Juara 8 Kali, Marc Marquez (Honda) dan Naib Juara 2021, Francesco Bagnia (Ducati).
Selepas dua tahun tidak menonton jentera-jentera MotoGP beraksi di litar, para pencinta motosikal khususnya MotoGP di Malaysia akhirnya dapatkan melepaskan rindu apabila pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah memberi kebenaran masuk menonton secara percuma pada 5 dan 6 Februari lalu.