JDT Racing Team bersama dengan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memberikan saingan dalam Kejuaraan Asia Road Racing pada tahun 2024 nanti dengan menyasarkan persaingan dalam perlumbaan FIM Superbike World Championship (WorldSBK) kelak.
Pelumba Asia Talent Cup negara, Farisy Hafiy muncul juara sulung kelas 190cc FIM MiniGP Malaysia Series sementara Qabil Irfan mengekalkan kejuaraan kelas 160cc sekali gus menempah tiket ke Kejuaraan Akhir Dunia yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol tahun depan.