Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 2 September 2020

Dovizioso Juara Dalam Perlumbaan Penuh Drama

Pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso berjaya mengekalkan kemenangan 100% jentera Ducati di perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung di Austria pertengahan Ogos lalu. Walaupun begitu, persaingan kelas prima ini terlebih dahulu menyaksikan kemalangan teruk di antara Johann Zarco dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) pada lap kesembilan yang membawa kepada kibaran bendera merah. Kemalangan itu juga nyaris melibatkan dua pelumba utama pasukan Yamaha Racing iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales apabila kedua-dua buah jentera yang terbabas itu hampir melanggar mereka.

Valentino Rosso '46' amat bernasib baik tidak terlibat dalam kemalangan ngeri di antara Zarco & Morbidelli.
Valentino Rosso '46' amat bernasib baik tidak terlibat dalam kemalangan ngeri di antara Zarco & Morbidelli.

Selepas litar dibersihkan, perlumbaan akhir dimulakan semula. Dovizioso, Pol Espargaro, Jack Miller, Alex Rins dan Joan Mir berentap dengan penuh ghairah dan semangat. Pol yang sebelum ini amat berpotensi untuk menjuarai persaingan ini (perlumbaan awal sebelum bendera merah) agak ketinggalan dan memerahkan seluruh tenaga untuk mengejar, sayangnya dia terbabas dan terpaksa berputih mata.

Joan Mir cukup gembira dengan kejayaannya di litar Argentina sebagai naib juara.
Joan Mir cukup gembira dengan kejayaannya di litar Argentina sebagai naib juara.

Kumpulan hadapan yang terdiri daripada Jack dan Dovizioso tersentak apabila Rins berjaya memintas seterusnya memimpin perlumbaan. Rins yang sedang diambang kejayaan melakukan kesilapan, terbabas dan terpaksa bersara awal. Kini tinggal Jack, Dovizioso dan Mir sahaja yang berentap untuk meraih kemenangan mutlak yang akhirnya dimiliki oleh Dovizioso diikuti oleh Mir serta Miller masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Stefan Bardl '6' menggalas cabaran pasukan Repsol Honda.
Stefan Bardl '6' menggalas cabaran pasukan Repsol Honda.

Pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo menamatkan persaingan kali ini di tempat kelapan tetapi terus mengungguli carta dengan 67 mata diikuti oleh Andrea Dovizioso 56 mata, Maverick Vinales 48 mata dan Brad Binder 41 mata.

Moto2

Kita doakan pelumba negara, Hafizh Syahrin agar segera sembuh selepas terlibat dalam kemalangan yang cukup mendebarkan. Insiden yang berlaku pada lap kelima itu berpunca daripada Enea Biastianni yang terbabas di selekoh satu menyebabkan jenteranya ‘terbaring’ di tengah-tengah litar. Hafizh yang tidak sempat mengelak terus berlanggar mengakibatkan pelumba negara itu terpelanting jauh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya, Hafizh tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil di hospital terdekat. Pemeriksaan serta pemantauan ke atas Hafizh akan diteruskan sehingga dia benar-benar disahkan sihat.

Saingan akhir ini telah dimenangi oleh pelumba tuan rumah, Jorge Martin yang berjaya menewaskan Luca Marini dengan jarak 2.195s manakala Marcel Schrotter di tempat ketiga.

Khairul Idham Pawi tidak patah semangat untuk memburu kejayaan.
Khairul Idham Pawi tidak patah semangat untuk memburu kejayaan.

Moto3

Pelumba pasukan Valresa Aspar, Albert Arenas telah mempamerkan tunggangan dan rentak yang cukup mantap untuk muncul juara dengan penuh bergaya manakala Jaume Masia terpaksa akur di tempat kedua. Tahniah buat pasukan Petronas Sprinta Racing, John McPhee yang meraih tangga podium di tempat ketiga.

Arenas kini semakin berkeyakinan dengan 95 mata tetapi dia harus berwaspada kerana John McPhee turut memiliki corak tunggangan yang agresif dan mantap. McPhee kini berada di tangga kedua dengan 67 mata, hanya dua mata di hadapan Ai Ogura.

Persaingan pusingan keenam sekali lagi telah dianjurkan di litar yang sama pada 23 Ogos lalu sebelum ke Litar Misano pada 11 September 2020. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.