Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 November 2017

Moto GP Pusingan 15 Montegi, Jepun : Penantian 10 Tahun Ducati Telah Berakhir

Kali terakhir pelumba dan pasukan Ducati berdiri megah di podium tertinggi ialah pada tahun 2007 yang lalu menerusi pelumba lagenda Australia, Casey Stoner. Detik penuh bermakna itu akhirnya dapat diraikan semula oleh semua para pegawai dan krew pasukan ‘Rumah Merah’ apabila Andrea Doviziso berjaya meraih kemenangan selepas mengharungi 24 lap pertarungan yang cukup sukar.

Dovizioso muncul juara MotoGP dengan tunggangan yang cukup bergaya!
Dovizioso muncul juara MotoGP dengan tunggangan yang cukup bergaya!


Dalam keadaan litar yang basah, pelumba Honda, Marc Marquez terlebih dahulu memecut ke hadapan untuk mendapat selekoh pertama tetapi segera dipintas oleh Jorge Lorenzo dan Danilo Petrucci yang pernah membuktikan kemampuannya di litar basah. Marquez pantas memberi tekanan yang akhirnya membuahkan hasil tetapi diekori rapat oleh tiga pelumba Ducati yang diketuai oleh Lorenzo.

Marc Marquez (93) terus diberi tentangan yang cukup hebat oleh Dovizioso (04).
Lorenzo akhirnya terpaksa merelakan kedudukannya dirampas oleh Rossi dan Vinales selepas kedua-dua pelumba Yamaha Racing itu memiliki rentak yang lebih pantas. Sedang berusaha melarikan diri, Rossi terbabas dan terpaksa bersara lebih awal manakala rakan sepasukannya terus mengemaskan tunggangan memandangkan sudah terlalu jauh untuk mengejar kelompok di hadapan.

Alex Rins mempamerkan tunggangan yang cukup mantap!
Alex Rins mempamerkan tunggangan yang cukup mantap!


Dovizioso menggunakan kekuatan kuasa enjinnya untuk membuat pintasan di laluan lurus tetapi masih gagal untuk menghalang Marquez daripada terus berada ‘melekat’ di belakangnya. Kedudukan Dovizioso dan Marquez saling bertukar dan dilihatkan kedua-duanya mampu untuk mencipta kemenangan jika memiliki kekuatan minda yang cukup hebat.

Nasib tidak menyebelahi pasukan dari Yamaha, Rossi (46) & Vinales (25) gagal mendapatkan tunggangan yang diingini.
Marquez melakukan kesilapan pada lap terakhir yang memberikan peluang terbaik buat Dovizioso mengerahkan jentera Desmosedici GP17 memecut ke hadapan. Walaupun begitu, Marquez tetap menyerang sehinggalah di saat-saat akhir tetapi kawalan kemas yang dipertontonkan oleh Dovizioso telah berjaya memberikan 25 mata cukup berharga buat pasukan Ducati dalam pencarian juara keseluruhan. Walaupun hanya mampu berada di tempat kedua, ia merupakan kejayaan podium ke-100 buat Marc Marquez dan sememangnya ia adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan.

Andrea Iannone menerima kibaran bendera di tempat ke-4.
Andrea Iannone menerima kibaran bendera di tempat ke-4.


“Perlumbaan kali ini memang cukup sukar kerana saya tahu Marquez akan cuba sehabis-habisnya untuk mencapai kemenangan. Tayar saya dan Marquez hampir habis sepenuhnya tetapi dia membuat kesilapan pada selekoh 8 yang memberi saya peluang untuk memecut ke hadapan. Saya amat berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana memberikan sebuah jentera yang cukup kompetitif,” kata Dovizioso.

Jorge Lorenzo
Jorge Lorenzo


“Ia adalah satu perlumbaan yang mengagumkan! Saya melakukan kesilapan tetapi cuba mengejarnya hingga pada selekoh terakhir tetapi kami tahu bahawa Ducati memang ada kelebihan di litar ini. Kami akan ke Phillip Island dan diharap keputusan di sana akan berbeza,” komen Marc Marquez.

Pegawai & krew meraih kemenangan yang bermakna buat pasukan Ducati selepas mengharungi 24 lap pertarungan.
Pegawai & krew meraih kemenangan yang bermakna buat pasukan Ducati selepas mengharungi 24 lap pertarungan.


Perlumbaan kali ini juga berjaya mempamerkan tunggangan yang cukup mantap oleh kedua-dua ayam tambatan Suzuki iaitu Andrea Iannone dan Alex Rins yang masing-masing menerima kibaran bendera penamat di tempat keempat dan kelima. Nasib ternyata tidak menyebelahi pasukan Yamaha kerana Rossi dan Vinales gagal untuk mendapatkan tunggangan seperti mana yang diinginkan.

Hafizh Syahrin sekali lagi meraih kejayaan di tempat ke-3 buat kali kedua.
Hafizh Syahrin sekali lagi meraih kejayaan di tempat ke-3 buat kali kedua.

Moto2
Tahniah buat pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang sekali lagi meraih kedudukan podium di tempat ketiga. Hafizh mula menunjukkan kekuatannya sejak di sesi ujian masa untuk melayakkan diri di petak keenam.

Walaupun begitu, Hafizh diuji terlebih dahulu oleh Thomas Lutthi dan beberapa pelumba lain yang tidak kurang hebatnya.

Gelaran Pescao (anak ikan) memang sesuai dengannya apabila meratah setiap selekoh Litar Motegi yang basah tanpa sebarang masalah. Dari kedudukan ketujuh, Hafizh berjaya memintas seorang demi seorang untuk berada di hadapan. Kepantasan pelumba negara sukar dicabar oleh mana-mana pelumba lain yang dibuktikan dengan catatan masa lap terpantas untuk beberapa kali.

Johann Zarco (5) menutup rapat laluan buat Alex Rinss (42).
Selepas berjaya berada di tempat ketiga. Hafizh cuba memintas Xavi Vierge tetapi ternyata, pelumba Sepanyol itu bukan mudah untuk dijinakkan. Daripada berputih mata, Hafizh membuat keputusan yang cukup matang untuk mengekori dari belakang sehinggalah ke garisan terakhir. Diharapkan agar Hafizh terus optimis untuk mencari kemenangan di dalam perlumbaan-perlumbaan seterusnya. Sebagai rakyat Malaysia dan pencinta motosikal, kita sentiasa menyokong dan mendoakan agar dia cemerlang di SIC.

Moto3
Perlumbaan akhir sememangnya menguji kemampuan para pelumba untuk mengendalikan jentera masing-masing di dalam hujan yang cukup lebat dan litar yang basah. Pelumba negara, Adam Norrodin yang bermula di petak ke-13 berjaya mendapatkan rentak sejak di peringkat awal untuk memburu kelompok hadapan yang diketuai oleh Romano Faneti.

Kasma Daniel menjadi wakil Malaysia (wildcard) dalam perlumbaan MotoGP dalam kategori Moto3 di SIC.
Adam selesa di litar dengan memintas beberapa orang pelumba sehingga berada di tempat keenam. Sayangnya dia hilang kawalan di selekoh dua yang menyebabkan jenteranya terbabas ke luar litar ketika persaingan hanya berbaki tujuh lap sahaja lagi.

Dani Pedrosa terpaksa bersara pada pusingan 21 dalam perlumbaan kali ini kerana masalah pada tayar belakangnya.
Dani Pedrosa terpaksa bersara pada pusingan 21 dalam perlumbaan kali ini kerana masalah pada tayar belakangnya.


Dalam perlumbaan Moto3 yang akan dijalankan di SIC nanti, Malaysia akan memiliki dua orang pelumba yang masing-masing mempunyai kehebatan dan kemantapan masing-masing. Para pelumba tersebut ialah Adam Norrodin dan Kasma Daniel. Selepas Motegi, para pelumba akan terbang ke Phillip Island pada 22 Oktober sebelum berentap di Litar Antarabangsa Sepang (29 Oktober) dan di Valencia pada 12 November 2017 nanti. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.