Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2017

Petronas CubPrix 2017 Pusingan 7, Pasir Puteh Kelantan : Hatrik Buat Kasma

Litar Pasir Puteh menjadi saksi kepantasan pelumba muda dari Johor, Kasma Daniel Kasmayudin bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan akhir CP130 malah berjaya untuk mencipta hatrik. Ini juga merupakan kemenangan kelimanya musim ini dan ternyata dia kini semakin sukar untuk dicabar. Bermula di tempat kedua bukan alasan untuk Kasma terus berada di belakang. Dia pantas memintas Izzat Zaidi dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing sebelum mengemaskan tunggangan untuk meratah selekoh-selekoh di litar Pasir Puteh.

Kasma Daniel terus di hadapan dengan tunggangan cukup bergaya!
Kasma Daniel terus di hadapan dengan tunggangan cukup bergaya!

Selepas berjaya menjarakkan diri, Kasma dengan mudah menamatkan 20 pusingan lap dan melintasi garisan penamat bersendirian dengan masa 17'52.165s. Rakan sepasukannya, Fazli Sham yang menerima cabaran agak sengit daripada Afif Amran turut mempamerkan kepuasan dengan kejayaannya itu manakala Afif terpaksa berpuas hati di tangga ketiga podium. Ramdan yang juga memberikan persaingan sengit terjatuh ketika perlumbaan berbaki hanya beberapa lap sahaja lagi.

Md Amirul (63) berjaya memintas dan meninggalkan Md Afizi Supaat dalam perlumbaan akhir CP150.

“Saya tidak begitu yakin dan tidak menjangkakan kemenangan mudah pada perlumbaan hari ini. Prestasi dan catatan masa saya tidak begitu baik pada sesi-sesi lain. Saya juga agak perlahan dan ketinggalan pada mulanya. Persaingan awal agak sengit dan saya juga cukup berhati-hati kerana permukaan yang semakin licin,” jelas Kasma. Kasma kini berada di tangga teratas dengan 125 mata diikuti Ahmad Afif dengan 99 mata dan Ahmad Fazli Sham 64 mata.

Para pemenang kelas CP115 bersama piala masing-masing.
Para pemenang kelas CP115 bersama piala masing-masing.

CP115

Dalam saingan ini, pelumba dari Kuala Lumpur, Md Akid Aziz berjaya mengenepikan cabaran rakan sepasukannya Md Haziq sepanjang 15 lap untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama. Keupayaan Akid dan Haziq tampak seimbang dan sama hebat yang menjadikan persaingan akhir cukup mendebarkan. Haziq mencuba pelbagai cara dan 'helah' untuk menewaskan rakannya itu tetapi setiap ruang berjaya ditutup dengan kemas sekali.

Izzat bermula cemerlang tetapi diberi tentangan hebat oleh Kasma untuk muncul juara.
Izzat bermula cemerlang tetapi diberi tentangan hebat oleh Kasma untuk muncul juara.

Sedang kedua-dua pelumba itu cuba mengatasi satu sama lain, pelumba pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing, Fareez Affez cuba merapatkan diri. Akid menang tipis dengan perbezaan masa hanya 0.206 saat meninggalkan pemenang tempat kedua. Fareez (tempat ketiga) satu saat di belakang.

Ini juga merupakan kemenangan keempat buat Akid sekaligus mengukuhkan posisinya di tangga teratas dengan 130 mata. Tahniah juga buat Fareez di atas podium pertamanya.

Para pemenang kelas Wira. Dari kiri: Syarifuddin, Saiful dan Aiman
Para pemenang kelas Wira. Dari kiri: Syarifuddin, Saiful dan Aiman

WIRA

Tahniah buat pelumba Honda, Saiful Azhary yang berjaya mendapatkan rentak terbaik untuk kembali ke podium sebagai juara. Kali terakhir pelumba dari Johor ini muncul juara ialah pada perlumbaan pusingan pertama yang berlangsung di Temerloh, Mac lalu. Namun begitu, kemenangan ini bukanlah mudah kerana dia telah diberikan tentangan yang cukup hebat oleh seorang lagi pelumba Honda iaitu Syarifuddin yang juga rakan sepasukannya.

Kedua-dua pelumba ini akhirnya membuka 'kumpulan' sendiri dengan meninggalkan para pelumba lain hampir lima saat di belakang. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin menamatkan cabarannya kali ini di tempat ketiga dengan catatan masa 11.16.542s.

Aiman berada di tangga teratas dengan 107 mata diikuti Md Syafieq (94 mata) dan Saiful Azhary di tangga ketiga dengan 93 mata.

Dari kiri: Zaifi Zaini, Usammah dan Akif Hakimi bersama piala kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Zaifi Zaini, Usammah dan Akif Hakimi bersama piala kemenangan masing-masing.

Yamaha Petronas Super Series

Usaha gigih pelumba muda Usammah sepanjang musim akhirnya membuahkan hasil apabila muncul juara buat kali pertama dalam persaingan pusingan ketujuh. Bermula di petak pertama ternyata memberikannya kelebihan untuk memecut ke hadapan tanpa menerima tekanan hebat daripada para pencabar lain.

Usammah (14) berjaya memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir.

Satu-satunya pelumba yang mampu merapatkan diri ialah Zaifi Zaini, pemenang tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Akif Hakimi dan Md Adib manakala pelumba teratas carta keseluruhan iaitu Md Aiman Aziz sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan.

Daniel (tengah) berjaya meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Cabaran Honda Wave Alpha

Impian Md Zaki Zamri untuk melakukan hatrik terbantut di Litar Pasir Puteh apabila sekadar menamatkan cabarannya di tempat ke-13 manakala Daniel El Fahim pastinya lebih berkeyakinan untuk meneruskan tiga lagi pusingan musim ini selepas menempa kemenangan pertamanya dengan gaya tunggangan yang meyakinkan.

Md Izzat (16) tenang mengekori Azril (11) dan Hanif (13) sebelum memintas dalam perebutan tempat kelapan.

Daniel bersama-sama dua lagi pelumba iaitu Amier Rosli dan Haizilazri Hadi mempertontonkan persaingan yang sangat sengit dalam perlumbaan akhir dengan perbezaan masa ketiga-tiga di bawah satu saat. Kutipan 25 mata ini juga telah melonjakkan Daniel ke tangga kedua keseluruhan dengan 81 mata, 33 mata di belakang Zaki.

Wajah ceria Alim Akmal (kiri sekali), Md Harith (tengah) dan Md Muazim di podium.
 

Cabaran Yamaha NVX

Persaingan pusingan kedua kategori ini jauh lebih menarik berbanding yang sebelumnya atas beberapa sebab. Pertamanya ialah prestasi dan gaya tunggangan para pelumba yang semakin baik. Kedua... pastilah kerana warna-warna menarik seperti merah, hijau, kelabu, biru dan kuning telah disempurnakan pada setiap skuter lumba tersebut. Cukup meriah!

Allan Harris (3) akhirnya berjaya meloloskan diri untuk tamat di tempat kelapan dengan menewaskan Md Alid (10) Derryk Lee (8).

Pada perlumbaan tersebut, pemenang tempat ketiga di Jasin, Melaka telah berjaya mengatasi para pelumba lain untuk melintasi garisan penamat sebagai juara. Lebihkurang 1.5 saat di belakangnya ialah pelumba dari Selangor, Alim Akmal diikuti oleh Muazim dan Haziq masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Ternyata kemampuan skuter bersesaran 155cc ini meratah setiap selekoh mengujakan para penonton yang hadir.

Md Akid (13) berjaya memintas Fareez dalam saingan akhir CP115 yang berlangsung cukup sengit.

Saiful Azhary mempamerkan tunggangan yang cukup konsisten untuk menjuarai kelas Wira di Pasir Puteh.
Saiful Azhary mempamerkan tunggangan yang cukup konsisten untuk menjuarai kelas Wira di Pasir Puteh.

Persaingan musim hanya tinggal tiga pusingan sahaja lagi. Pusingan kelapan akan diadakan di Jempol, Negeri Sembilan pada 14-15 Oktober diikuti Batu Kawan, Pulau Pinang pada 4-5 November dan diakhiri di Pengerang, Johor pada 17-18 atau 18-19 November nanti. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.