Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2020

Brad Binder Cipta Sejarah!

Tahniah buat Brad Binder selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlumbaan akhir kelas MotoGP yang berlangsung di Litar Brno semalam. Kejayaan itu telah meletakkannya sebagai pelumba pertama KTM, pelumba pertama dari Afrika Selatan dan pelumba rookie pertama sejak 2013 yang meraih kemenangan dalam kelas prima. Tiga sejarah dicipta dalam satu kemenangan!

Dari kiri: Franco Morbidelli, Brad Binder dan Johann Zarco gembira dengan kejayaan masing-masing.
Dari kiri: Franco Morbidelli, Brad Binder dan Johann Zarco gembira dengan kejayaan masing-masing.

Turut berkongsi kegembiraan ialah pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang juga meraih podium sulungnya serta Johann Zarco yang memberikan kejayaan bermakna buat pasukan Esponsorama Racing. Ketiga-tiga pelumba ini telah membuktikan kemampuan pasukan satelit dalam pembangunan jentera tidak wajar dipandang rendah oleh semua pihak.

Morbidelli bermula dengan sempurna untuk berada di depan sekali tetapi dengan pantas diekori oleh para pelumba lain seperti Aleix Espargaro, Pol Espargaro, Fabio Quartararo dan Brad Binder. Sedang ketiga-tiga pelumba di belakangnya bersaing rapat, Morbidelli cuba membuka jarak agar lebih selamat tetapi usahanya itu agak sukar kerana Brad Binder semakin lama semakin depat.

Franco Morbidelli gembira dengan kejayaan podium sulungnya.
Franco Morbidelli gembira dengan kejayaan podium sulungnya.
Gaya mantap Alex Rins.
Gaya mantap Alex Rins.

Hasrat Quartararo untuk membuat kemenangan hatrik semakin tipis apabila dia dipintas beberapa pelumba lain di pertengahan perlumbaan. Perebutan tempat ketiga di antara Zarco, Quartararo dan P. Espargaro semakin sengit. P. Espargaro yang berjaya meloloskan diri untuk 'mencuri' posisi ketiga telah bersentuhan dengan Zarco yang menyebabkannya terbabas. Ekoran daripada insiden itu, Zarco telah dikenakan penalti 'Long Lap' atas corak tunggangannya yang dianggap berbahaya. Walaupun begitu, Zarco melakukan 'magis' dengan mengekalkan posisinya walaupun selepas dikenakan penalti.

Valentino Rossi (46) mempamerkan semangat yang kental.

Binder yang memiliki rentak lebih pantas akhirnya berjaya menewaskan Morbidelli untuk muncul juara buat julung kalinya manakala Zarco pula mengekalkan momentum untuk meraih tempat ketiga diikuti jaguh pasukan Suzuki, Alex Rins keempat. Tahniah juga diucapkan buat Valentino Rossi yang masih kompetitif di tempat kelima walaupun kini sudah berusia 41 tahun. RR

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.