Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2017

Hafizh Syahrin Berjaya Ke Podium

Tahniah buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mencipta sejarah apabila berjaya berdiri megah di tangga podium sebagai pemenang ketiga selepas mempamerkan tunggangan yang cukup matang dalam perlumbaan akhir Moto2 yang berlangsung di Misano World Circuit Marco Simoncelli awal September lalu. Hafizh yang juga popular dengan gelaran Pescao atau 'Ikan' membuktikan segalanya adalah mustahil jika melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan.

Hafizh Syahrin bersama Pengurus Petronas Raceline Malaysia, En. Razmin Masli Abd Razak meraikan hari penuh bersejarah buat negara.
Hafizh Syahrin bersama Pengurus Petronas Raceline Malaysia, En. Razmin Masli Abd Razak meraikan hari penuh bersejarah buat negara.

Perlumbaan akhir dijalankan di dalam keadaan litar yang basah berikutkan hujan yang agak lebat. Hafizh bermula di petak ke-14 manakala seorang lagi pencabar dari Malaysia, Khairul Idham Pawi di petak ke-29. Litar basah ternyata memberi kesukaran kepada ramai pelumba yang akhirnya terpaksa 'menyerah kalah' awal akibat terbabas di dalam persaingan. Dalam perlumbaan sebegini, kelebihan berpihak buat para pelumba yang memiliki keberanian, kekuatan mental dan ketenangan. Ketiga-tiga ramuan inilah yang digunakan oleh dua pelumba Switzerland, Dominique Aegerter dan Thomas Luthi serta pelumba tuan rumah Franco Morbidelli untuk membentuk kumpulan paling awal.

Hafizh tenang mengawal tekanan sambil mempamerkan tunggangan yang cukup mantap.
Hafizh tenang mengawal tekanan sambil mempamerkan tunggangan yang cukup mantap.

Ketika Franco dirasakan mampu untuk terus cemerlang, dia melakukan kesilapan dan terbabas ke luar litar memberikan peluang buat para pelumba di belakangnya untuk maju ke hadapan. Bagi Hafizh, gelaran Pescao ternyata amat sesuai apabila dia bagaikan seekor ikan yang cukup lincah memintas beberapa orang pelumba untuk mengejar dua pelumba di hadapannya.

Andrea Dovizioso kini berkongsi mata dengan Marquez.
Andrea Dovizioso kini berkongsi mata dengan Marquez.

Sedikit demi sedikit dia berjaya merapatkan diri. Setiap kali Aegerter dan Luthi melakukan kesilapan, pelumba pasukan Petronas Raceline ini tenang untuk mencatatkan masa yang lebih baik. Ketika persaingan berbaki lima lap sahaja lagi, Hafizh cuba untuk mendekati Luthi sehinggalah jarak kedua-duanya kurang daripada dua saat. Di sinilah dia mendapat 'amaran' agar tidak memecut terlalu laju apabila tayar belakangnya hampir-hampir membuang – mujurlah Hafizh tenang mengawal jenteranya untuk kembali ke laluan.

Pakar litar basah dan litar kering, Marc Marquez (93) berjaya menewaskan pencabarnya di saat-saat akhir perlumbaan.

Kematangannya membuahkan hasil apabila tunggangannya bukan hanya dilihat lebih stabil malah berjaya mendapatkan masa lap kedua terpantas dengan catatan masa 1'57.839 saat. Aegerter berjaya melintasi garisan penamat di tempat kedua lebih awal daripada Thomas Luthi dengan perbezaan masa hanya 1.400 saat. Khemah pasukan negara bergegar dengan sorakan apabila Hafizh menerima kibaran bendera di tempat ketiga dan ini merupakan podium pertama buat Hafizh dalam Moto2 yang dikecapinya di luar negara.

Para peminat Rossi tetap hadir memberikan sokongan walaupun tanpa kehadirannya di Litar Misano.
Para peminat Rossi tetap hadir memberikan sokongan walaupun tanpa kehadirannya di Litar Misano.
Jonas Folger menambah tujuh lagi mata dalam koleksinya selepas tamat di tempat kesembilan.
Jonas Folger menambah tujuh lagi mata dalam koleksinya selepas tamat di tempat kesembilan.

“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan amat berterima kasih kepada keluarga dan rakan sepasukan atas segalanya. Perlumbaan ini memang sukar tetapi saya mengekalkan rentak dan tunggangan untuk tidak melakukan kesilapan,” kata Hafizh.

Marc Marquez kini semakin matang mengawal jenteranya.
Marc Marquez kini semakin matang mengawal jenteranya.

Perlumbaan kali ini juga memberikan keputusan yang cukup positif buat Khairul Idham Pawi yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan merupakan pencapaian terbaiknya pada musim ini.

MotoGP

Sememangnya drama terus berlaku menjelang ke penghujung musim. Dimulakan dengan insiden kecederaan serius yang dialami oleh juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi ketika sedang berlatih dengan jentera enduro di kampung halamannya, Tavulla pada 31 Ogos yang lalu. Selepas itu, insiden yang menimpa Jorge Lorenzo yang terbabas di awal perlumbaan ketika dia benar-benar yakin dan positif untuk mendapatkan kemenangan pertamanya musim ini.

Vinales terus optimis untuk muncul juara pada musim ini.
Vinales terus optimis untuk muncul juara pada musim ini.

Perlumbaan kelas prima ini ternyata cukup dramatik apabila Danilo Petrucci dari pasukan satelit Ducati, Octo Pramac Racing meluncur begitu pantas tanpa sebarang masalah di litar yang cukup basah dan licin. Petrucci dengan mudah memintas Vinales, Dovizioso dan Marquez untuk mendahului perlumbaan.

Dani Pedrosa menamatkan cabarannya di Misano di tempat ke-14.
Dani Pedrosa menamatkan cabarannya di Misano di tempat ke-14.

Hampir 90% daripada keseluruhan perlumbaan dipimpin olehnya sehinggalah pada lap terakhir, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez berjaya memintas. Petrucci cuba mengekang kemaraan pelumba Sepanyol itu tetapi ternyata ia memang satu tugas yang sukar. Kemenangan tersebut telah memberikan 25 lagi mata penting buat Marquez untuk berkongsi sama mata (99 mata) dengan Andrea Dovizioso yang meraih tempat ketiga.

Jentera Zarco dilanda masalah di hujung perlumbaan menyebabkan dia terpaksa menolak motornya ke garisan penamat.
Jentera Zarco dilanda masalah di hujung perlumbaan menyebabkan dia terpaksa menolak motornya ke garisan penamat.

“Ini merupakan antara perlumbaan yang paling hebat dalam karier saya. Ia memberikan satu perasaan yang sangat mengagumkan kerana saya memberikan tumpuan yang sangat hebat untuk menangani saingan di litar ini dan amat mudah untuk melakukan kesilapan. Lima lap terakhir memang cukup sukar tetapi kami terus mencuba dan memberikan 100% untuk mencapai kemenangan,” komen Marc Marquez.

Iannone (29) berjaya memintas Dani tetapi dia pula terbabas selepas itu.

Wakil pasukan Yamaha, Maverick Vinales yang bermula di Pole Position terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 183 mata. Rossi kekal di tangga keempat (157 mata) manakala ketinggalan tujuh mata di belakangnya ialah Dani Pedrosa.

Adam kini berjaya meletakkan dirinya di antara 15 pelumba terpantas hampir di setiap pusingan.
Adam kini berjaya meletakkan dirinya di antara 15 pelumba terpantas hampir di setiap pusingan.

Moto3

Adam Norrodin yang semakin serasi memacu jenteranya kurang bernasib baik dalam persaingan di Litar Misano selepas terbabas pada lap kelima ketika sedang berusaha untuk memintas beberapa pelumba di hadapannya.

Alex Rins (42) berjaya memacu Suzukinya dengan baik dalam litar basah untuk tamat di posisi kelapan
Walaupun bermula di petak ke-22, Adam jelas lebih pantas untuk membuat serangan sehingga berada di tempat ke-13 sebelum bersara lebih awal. Adam tidak memungut sebarang mata pada pusingan tersebut dan kini berada di tangga ke-19 keseluruhan dengan 28 mata. RR

Info: Sebelum pusingan di Malaysia pada 29 Oktober nanti, para pelumba masih perlu bertarung di tiga lagi pusingan iaitu di Motorland, Aragon (24 September), Motegi, Jepun (15 Oktober) dan di Phillip Island, Australia pada 22 Oktober 2017.

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.