Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 Oktober 2018

Tengku Amirul Terus Unggul

Empat kali juara, sekali di tempat keempat dan jumlah kutipan mata kini sebanyak 113 mata meninggalkan pencabarnya di tangga kedua keseluruhan dengan 40 mata. Itulah kejayaan yang sedang dinikmati oleh anak muda dari Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin yang kini cukup mendominasi dalam saingan CP115. Dalam pusingan kelima di Teluk Intan tempohari, catatan masa 54.109 saat di peringkat kelayakan sudah cukup untuk meletakkan Tengku di petak pertama diikuti Nazirul Izzat dan Md Fareez Afeez di petak ketiga.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan, Nazirul Izzat yang berada di petak kedua membuat kejutan dengan mendapatkan holeshot untuk memimpin perlumbaan tetapi segera dikejar dan dihimpit oleh Tengku dan Fareez. Masuk lap kedua, Tengku berjaya memintas dan serta merta melarikan diri. Tidak lama kemudian, rakan sepasukan Tengku iaitu Fareez turut berjaya memintas Nazirul untuk berada di posisi kedua.

Perebutan tempat di selekoh memang cukup mencabar.
Perebutan tempat di selekoh memang cukup mencabar.
Nazirul Izzat bermula dengan cemerlang.
Nazirul Izzat bermula dengan cemerlang.

Melihat situasi tersebut, Tengku lebih selesa kerana mengetahui posisinya kini lebih terjamin dengan adanya Fareez sebagai pelindung. Kedudukan Fareez mula terancam dan akhirnnya terpaksa dilepaskan apabila Ahmad Syukran dari pasukan Petronas Sprinta mempamerkan tunggangan cukup matang untuk membuat pintasan pada lap keenam.Tengku berjaya mendapatkan rentak terus konsisten sepanjang 15 lap persaingan dan berjaya melintasi garisan akhir penuh bergaya dengan kelebihan 3.721 saat di depan pemenang tempat kedua, Ahmad Syukran.

Walaupun diberi tekanan hebat oleh Nazirul Izzat dan Md Haziq hingga ke lap terakhir, Fareez tenang mengekang kemaraan para pencabarnya untuk menamatkan cabaran di tempat ketiga. Tahniah untuk semua!

CP150: Gandingan Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman ternyata semakin serasi dan semakin digeruni pihak lawan. Litar Teluk Intan yang sepanjang 1.305km ternyata begitu selesa buat pasangan ini untuk mendapatkan catatan masa yang baik sejak di sesi kelayakan. Bermula di petak pertama ternyata memberi kelebihan buat Afif untuk mencari ruang memecut ke hadapan. Pencabar terdekat Kasma Daniel pula terbabas di dalam saingan dan walaupun mampu untuk menyambung pertarungan, segalanya telah terlambat untuk bekas juara itu.

Afif (50) kini merupakan nama yang disebut-sebut bakal menjuarai kelas prima musim ini.

Ketika ditemuramah oleh RR di awal pagi, Afif ternyata cukup yakin dan bersemangat pada musim ini kerana terdapat interaksi yang sangat baik di dalam pasukan. Segala kehendak penunggang dapat dilaksanakan dengan sempurna membolehkan jentera memecut lebih pantas. Afif juga turut positif untuk meraih kejuaraan keseluruhan yang sememangnya diimpikan buat sekian lama.

Dengan kawalan jentera yang kemas, Afif langsung tidak digugat oleh mana-mana pelumba lain untuk menamatkan cabaran pusingan kelima manakala tempat kedua dimenangi oleh Mohd Hafiz dengan catatan masa 17'22.237s diikuti oleh Md Hafiza Rofa di tempat ketiga. Afif terus mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan 115 mata diikuti Mohd Hafiz (74 mata) dan Kasma Daniel di tangga ketiga dengan 70 mata.

Md Harith Farhan perlu lebih tangkas dan lebih berani untuk berada bersama kelompok di hadapan dalam saingan CP150.
Md Harith Farhan perlu lebih tangkas dan lebih berani untuk berada bersama kelompok di hadapan dalam saingan CP150.

WIRA KBS: Walaupun agak ketinggalan di awal musim, prestasi pelumba dari Selangor iaitu Md Syarifuddin Azman telah meningkat pada dua pusingan berturut-turut. Selepas Jasin, Syarifuddin sekali lagi pamerkan tunggangan cemerlang untuk menyempurnakan saingan akhir sepanjang 12 lap yang cukup mendebarkan.

Syarifuddin berjaya mendapatkan 25 mata tertinggi dalam saingan Wira
Syarifuddin berjaya mendapatkan 25 mata tertinggi dalam saingan Wira

Kemenangan yang dicapainya bukan mudah. Syarifuddin terpaksa mengerahkan seluruh tenaga untuk menewaskan dua orang pencabarnya iaitu Md Danial dan Md Alif Ashraf yang juga tidak kurang hebatnya. Ketiga-tiga pelumba ini nampak sama hebat – saling pintas memintas cuma ada sedikit kelebihan buat mereka yang bijak mengatur strategi.

Md Harith Farhan perlu lebih tangkas dan lebih berani untuk berada bersama kelompok di hadapan dalam saingan CP150.
Md Harith Farhan perlu lebih tangkas dan lebih berani untuk berada bersama kelompok di hadapan dalam saingan CP150.

Syarifuddin berjaya mengalahkan kedua-dua lawannya itu dengan perbezaan masa hanya 0.6 saat sahaja dan sudah cukup untuk menambah 25 mata lagi dalam kejuaraan musim ini. Danial Syahmi yang meraih gelaran naib juara masih di tangga teratas dengan 97 mata diikuti Alif Ashraf (72 mata) dan Md Fadlyshah Redzuan di tangga keempat dengan 58 mata.

Ramai pengunjung ‘serbu’ tapak promosi Yamaha untuk melihat dengan lebih dekat model baru YZF R15.
Ramai pengunjung ‘serbu’ tapak promosi Yamaha untuk melihat dengan lebih dekat model baru YZF R15.

Cabaran Yamaha Petronas Super Series: Bagi Md Muazim Shah, kemenangan di Teluk Intan adalah kenangan yang paling indah buatnya selepas berlumba 'bagaikan' berseorangan untuk menamatkan 10 lap saingan akhir sebagai juara dengan catatan masa 10'19.698 saat, hampir sembilan saat di depan Md Aliff Danial di tempat kedua. Keupayaan dan gaya Muazim ternyata berada di kelas tersendiri yang sukar untuk diberi cabaran oleh para pelumba lain.

Danish Afandi (11) berjaya menewaskan Md Aqil dalam saingan akhir Yamaha Petronas Super Series.

Persaingan lebih tertumpu pada kelompok di belakang yang dibarisi Haziq, Alif, Danial dan Danish. Kesemuanya bertarung cukup sengit hinggalah selekoh 'U' memerangkap Danish dan Haziq lalu terbabas. Ketika inilah kedua-dua pelumba telah dipintas oleh para pelumba belakang. Aliff kekal di tempat kedua manakala Zafrul Nizam dan Awal Md Al Fikri masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Cabaran Honda Wave: Perlumbaan akhir terpaksa dimulakan semula selepas tujuh lap disebabkan berlakunya perlanggaran di antara Ahmad Syahmin dan Md Izzat. Izzat yang terlanggar tembok terpelanting ke tengah jalan dan mengalami kecederaan – dia tidak mampu bangun.

Idlan (12) dan Izham (13) mempamerkan tunggangan cukup mantap dalam perlumbaan akhir Honda Wave Alpha.

Mohd Izzul (kanan) dan Idlan Haqimi berpuas hati dengan prestasi tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II yang digunakan dalam saingan Honda Wave Alpha.

 Pirelli Diablo Rosso Corsa II memiliki cengkaman yang mengagumkan.
Pirelli Diablo Rosso Corsa II memiliki cengkaman yang mengagumkan.

Perlumbaan disambung dengan enam lap berbaki yang akhirnya dimenangi oleh Md Idlan dari Negeri Sembilan dengan catatan masa 6'26.445 saat. Md Izham di tempat kedua manakala Ahmad Syamin meraih tempat ketiga.

Cabaran Yamaha NVX155: Zaiful Kazzreen terpaksa menunggu hingga ke pusingan kelima untuk kembali berada di tangga teratas podium. Selepas kemenangan di MAEPS, Kazzreen sentiasa dibayangi oleh Md Haziq Hanafi yang merupakan pelumba paling banyak meraih podium setakat ini. Litar Teluk Intan ternyata serasi dengan gaya tunggangan Kazzreen untuk mencari rentak dan catatan masa terbaik.

Juara Yamaha NVX pusingan 5, Zairul Kazreen mempamerkan tunggangan hebat.
Juara Yamaha NVX pusingan 5, Zairul Kazreen mempamerkan tunggangan hebat.
Ketangkasan dan keberanian para penunggang mendapat sorakan ramai.
Ketangkasan dan keberanian para penunggang mendapat sorakan ramai.

Kazzreen ini berada di tangga teratas dengan 102 mata, hanya tujuh mata memisahkannya dengan pemenang tempat kedua di Teluk Intan iaitu Md Haziq. Tahniah juga diucapkan buat Aiman Aziz yang berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga dan meraih podium pertamanya musim ini.

Selepas Teluk Intan, para pelumba akan ke Kangar untuk menyambung cabaran pusingan keenam dan Litar Kuala Terengganu bakal menjadi medan pertarungan seterusnya pada 6hb Oktober nanti. RR

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

  • Warta Roda

    Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

  • Warta Roda

    Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Artikel berkaitan

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.