Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Julai 2017

Impian Dovi Tercapai Di Mugello

Pelumba Itali, jentera Itali dan GP Itali... itulah keistimewaan dan keunikan perlumbaan pusingan 6 yang berlangsung di Mugello Itali pada awal Jun lalu selepas Andrea Dovizioso daripada Pasukan Ducati telah menewaskan para pelumba lain untuk merangkul kejuaraan yang diidam-idamkannya sejak sekian lama.

Perlumbaan akhir MotoGP yang berlangsung di 'kampung' Valentino Rossi ternyata memberi banyak kelebihan buat para pelumba Itali. Namun begitu, kira-kira seminggu sebelum perlumbaan, Rossi terlibat dalam satu kemalangan agak serius ketika berlatih menggunakan jentera motocross. Para peminat Rossi akhirnya menarik nafas lega apabila hero mereka itu telah dibenarkan berlumba dan sudah pasti Mugello adalah litar kegemaran dan harapan Rossi untuk mencapai kemenangan.

Lorenzo (99) bermula dengan baik tetapi gagal mengekalkan rentak manakala Dovizioso (4) terus memecut ke hadapan sebagai juara.

Sesi ujian masa diungguli oleh Maverick Vinales diikuti Rossi dan Dovizioso. Permulaan yang sempurna oleh Rossi memberinya peluang untuk memimpin perlumbaan tetapi dengan tiba-tiba jentera merah Desmosedici milik Jorge Lorenzo memintas hampir semua pelumba termasuk Rossi untuk berada di hadapan. Perebutan antara Rossi, Lorenzo, Vinales dan Dovizioso mendapat sorakan daripada 100,000 ribu penonton yang hadir pada hari itu.

Selepas beberapa lap, rentak Lorenzo agak perlahan dan ini membolehkan Rossi yang masih sakit di bahagian dada, berjaya memintas. Kedudukan Rossi juga tidak lama apabila Vinales berjaya mengerahkan seluruh tenaga Yamaha M1nya untuk meninggalkan rakan sepasukannya itu. Pada masa yang sama, Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) yang bermula dari petak ke-16 selepas mengalami masalah kesihatan berjaya meloloskan diri untuk berada di posisi ketujuh.

Tiga jagoan Yamaha musim ini cukup kompetitif iaitu Vinales (25), Rossi (46) dan Zarco (5).

Kelebihan kuasa maksimum jentera Ducati memberi peluang Dovizioso memintas dua pelumba Yamaha dan itulah yang turut dilakukan oleh Petrucci yang juga memacu jentera Ducati untuk berada dalam kelompok pertama. Selepas berjaya memintas Rossi, Petrucci berjaya pula memintas Vinales untuk berada di belakang Dovizioso. Seluruh pasukan Ducati Pramac berada dalam tekanan apabila Vinales mendapat ruang kecil untuk memintas. Ducati... Yamaha... Ducati... Yamaha... tinggal empat lap sahaja lagi dan sekali lagi Petrucci dan Vinales melakukan aksi pintas memintas yang akhirnya dimenangi oleh pelumba Yamaha tersebut.

Dovizioso yang telah berjaya membuka jarak akhirnya melintasi garisan penamat sebagai juara dan mencipta sejarah terbaru kemenangan jentera Ducati di Mugello sejak Casey Stoner melakukannya pada tahun 2009 lalu.

Marquez mengalami masalah tayar tetapi masih mampu berada di dalam kelompok hadapan.
Marquez mengalami masalah tayar tetapi masih mampu berada di dalam kelompok hadapan.
Upacara memperingati pelumba lagenda, Nicky Hayden yang telah meninggal dunia baru-baru ini akibat kemalangan ketika menunggang basikal di Itali.
Upacara memperingati pelumba lagenda, Nicky Hayden yang telah meninggal dunia baru-baru ini akibat kemalangan ketika menunggang basikal di Itali.

“Saya mengalami keracunan makanan yang menyebabkan tidak dapat tidur dengan selesa semalam malah hari ini juga saya tidak begitu bertenaga tetapi saya tahu jentera ini akan memecut dengan kuat sekali kerana kami bekerja keras sepanjang musim. Saya juga amat gembira dengan sokongan padu daripada para penyokong, fisioterapi dan seluruh keluarga. Saya dapat menunggang dengan tenang sekali dan jujurnya, meraih kemenangan di Mugello adalah suatu yang sangat istimewa,” komen Dovizioso.

Rossi terpaksa melupakan kesakitannya untuk meraih tempat keempat dikuti Alvaro Bautista dan Marc Marquez masing-masing ke tempat kelima dan keenam. Nasib kurang baik menimpa Pedrosa apabila terbabas ketika cubaan memintas Carl Crutchlow yang 'disapu' keluar litar oleh jentera Pedrosa.

Iannone (29) sedang berusaha keras membawa pasukan Suzuki ke pentas podium.

“Sebenarnya... saya sangat gembira walaupun berada di tempat kedua kerana masih berjayamembawa pulang banyak mata penting. Selepas kemalangan dalam kelajuan tinggi, tangan saya sangat sakit dan untuk terus berada di atas motosikal sepanjang perlumbaan sudah dikira cukup bernasib baik. Seperti biasa, saya akan bersedia untuk berjuang sehabisnya dalam lima lap terakhir dan mencari rentak terbaik,” komen Maverick Vinales.

Dengan kutipan 20 lagi mata, Vinales terus melonjak naik ke tangga tertinggi dengan 105 mata diikuti oleh Andrea Dovizioso (79 mata), Valentino Rossi (75 mata), Marc Marquez (68 mata) dan Dani Pedrosa (68 mata). RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.