Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 15 Oktober 2018

Tiga Kemenangan Berturut-turut Buat Ducati

Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati Racing) mempamerkan tunggangan yang hampir tiada cacat celanya untuk menakluki litar Misano pada persaingan pusingan ke-13 awal September lalu. Ini juga kejayaan pertama muncul juara tiga kali berturut-turut buat pasukan Ducati sejak tahun 2008 yang lalu. Bermula di barisan kedua bukanlah satu alasan buat pelumba dari Forli ini untuk mendapatkan pecutan sempurna demi berada bersama-sama kelompok di hadapan.

Gabungan Dovizioso (4) dan Lorenzo (99) kini menggerunkan pihak lawan.

Johann Zarco masih terus memburu kedudukan di podium.
Johann Zarco masih terus memburu kedudukan di podium.

Sedang para pelumba lain mencari jalan untuk kekal pada momentum terbaik, Lorenzo mula mengorak langkah dengan menjarakkan diri tetapi dilihat amat sukar untuk dilakukan. Dia dihimpit rapat oleh pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Andrea Dovizioso yang berjaya memintas pada lap keenam. Lorenzo kemudiannya dipintas Marquez tetapi segera mendapatkan kedudukannya semula dua lap berikut dengan kawalan brek yang sangat mengagumkan.

Kemaraan Dovizioso tidak dapat dikekang dan dia lebih 'bernasib baik' apabila dua pelumba di belakangnya (Lorenzo dan Marquez) yang sibuk 'berperang,' membolehkannya memerah setiap tenaga jentera Ducati untuk terus mencari podium. Semakin lama... jaraknya sudah semakin selesa sehinggalah melintasi garisan akhir dengan catatan masa 42'05.426 saat sekaligus menambah lagi 25 mata penting dalam usahanya untuk terus kompetitif di kejuaraan musim ini.

Dovizioso cukup puas dengan kemenangannya.
Dovizioso cukup puas dengan kemenangannya.

“Saya sangat mahukan kemenangan ini kerana litar Misano dan jentera Ducati sukar untuk mendapatkan keserasian. Apa pun, ketika di sesi ujian pada Ogos lalu, kami telah maju setapak lagi dan merasakan mampu untuk capai keputusan lebih baik. Kami bekerja keras sepanjang minggu dan dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlumbaan ini, kami berjaya. Saya benar-benar gembira dengan kemenangan ini kerana ia amat penting buat Ducati dan amat penting buat saya sendiri,” komen Andrea Dovizioso.

Sayang buat Lorenzo (99) yang terbabas keluar litar ketika perlumbaan berbaki hanya dua lap sahaja lagi.

Perebutan tempat kedua di antara Lorenzo dan Marquez cukup sengit. Lorenzo yang menghadapi masalah cengkaman tayar akibat keadaan litar yang lebih panas terbabas dua lap sebelum tamat. Ia mengakibatkan dia kehilangan mata yang sangat berharga. Marquez meraih 20 mata untuk terus kekal di tangga teratas kejuaraan dengan 221 mata. Ketiadaan seorang lagi pelumba Ducati memberikan berita baik buat pelumba LCR Honda Castrol iaitu Cal Crutchlow yang menamatkan cabaran di tempat ketiga.

Walaupun agak sukar untuk mendapatkan cengkaman tayar seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pelumba Yamaha iaitu Maverick Vinales dan Valentino Rossi, mereka tetap mempamerkan tunggangan yang cukup cemerlang untuk menamatkan saingan masing-masing di tempat kelima dan ketujuh. Vinales yang pada mulanya sudah mampu berada di tempat keempat tetapi tidak lama kemudian, dia tidak dapat mengawal cengkaman tayar hadapan yang mengakibatkan posisinya dirampas oleh pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins yang kini semakin cemerlang mengendalikan jenteranya.

Prestasi Alex Rins ternyata jauh berbeza berbanding di awal musim. Beliau kini antara 10 pelumba terpantas.
Prestasi Alex Rins ternyata jauh berbeza berbanding di awal musim. Beliau kini antara 10 pelumba terpantas.
Marc Marquez semakin selesa dengan posisinya di hadapan dalam carta keseluruhan.
Marc Marquez semakin selesa dengan posisinya di hadapan dalam carta keseluruhan.

Kedudukan Hafizh Syahrin sebagai pendahulu dalam saingan Rookie of the Year kini telah berubah selepas dia hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 berbanding pencabar terdekatnya, Franco Morbidelli di tempat ke-12. Morbidelli kini mengutip 26 mata manakala Hafizh di tangga kedua dengan 24 mata. Masih terdapat enam lagi pusingan dan berharap Hafizh mampu mendapatkan rentak terbaiknya untuk muncul sebagai pemenang.

Hafizh Syahrin perlu lebih garang untuk dapatkan posisi lebih baik.
Hafizh Syahrin perlu lebih garang untuk dapatkan posisi lebih baik.

“Berbanding sesi kelayakan, catatan masa kali ini (perlumbaan akhir) lebih baik tetapi saya perlu mempertingkatkan kedudukan dengan lebih cepat dan mesti bekerja lebih keras untuk perlumbaan akan datang. Pada 10 lap terawal jentera saya dirasakan sangat baik tetapi akhirnya masalah cengkaman pada tayar sebelah kiri mengakibatkan saya kehilangan masa. Saya banyak belajar dan berjanji akan lebih pantas pada masa akan datang,” komen Hafizh Syahrin.

Moto2: Pelumba pasukan Sky Racing Team VR46, Francesco Bagnaia berjaya mengukir kemenangan keduanya selepas berjaya menewaskan Miguel Oliveira dalam perlumbaan yang cukup mendebarkan. Ternyata berlumba di 'rumah' sendiri memberi banyak kelebihan buat Bagnaia untuk mencari laluan terbaik di setiap lap. Walaupun cuba memberi saingan di peringkat awal, pelumba Portugal, Miguel Oliveira akhirnya akur dengan kepantasan Bagnaia.

Bagnaia melintasi garisan penamat tiga saat di hadapan Oliveira dan berjaya melonjakkan dirinya ke tangga tertinggi carta dengan 214 mata, lapan mata di hadapan Oliveira. Bagaimana pun perlumbaan Moto2 pada hari tersebut tercemar dengan aksi bahaya yang dilakukan oleh pelumba pasukan Marinelli Snipers Team, Romano Fenati. Fenati dengan jelas menarik tuas brek jentera Stefano Manzi sewaktu di laluan lurus yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Litar Misano sentiasa dipenuhi dengan ribuan pencinta perlumbaan MotoGP.
Litar Misano sentiasa dipenuhi dengan ribuan pencinta perlumbaan MotoGP.

Aksi bahayanya telah dilihat dengan jelas oleh pihak FIM dan terus mengibarkan bendera hitam untuk membatalkan perlumbaannya. FIM kemudiannya memutuskan untuk mengenakan penalti penggantungan dua pusingan buat pelumba muda itu manakala kontraknya bersama pasukan Marinelli Snipers Team turut diberhentikan serta merta. Diharap ia memberi pengajaran buat para pelumba lain tentang pentingnya bersifat kesukanan dan profesional dalam semua keadaan.

Khairul Idham Pawi masih terus berusaha untuk mendapatkan posisi lebih baik selepas 13 pusingan berlalu. Dia menamatkan cabaran di litar Misano di tempat ke-22 dan masih kekal di tangga ke-27 dengan kutipan satu mata.

Moto3: Walaupun ia bukanlah sasaran dan kemampuan sebenar pelumba negara Adam Norrodin, kedudukan akhir di tempat ke-12 adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Persaingan kelas ini sememangnya sangat-sangat sengit. Hanya sedikit kesilapan mampu meranapkan segala impian untuk bergelar juara kerana kedudukan antara setiap pelumba terlalu dekat.

Adam Norrodin kini bertambah yakin selepas menunjukkan peningkatan pada perlumbaan di litar Misano.
Adam Norrodin kini bertambah yakin selepas menunjukkan peningkatan pada perlumbaan di litar Misano.

Pelumba tuan rumah, Lorenzo Dalla Porta muncul juara dengan catatan masa 39'38.684 saat diikuti rapat oleh Jorge Martin hanya 0.058 saat di belakang. Adam kini berada di tangga 21 keseluruhan dengan 28 mata. Perlumbaan pusingan ke-14 akan berlangsung di Motorland, Aragon pada 23 September diikuti Chang International Circuit, Thailand (7 Oktober), Motegi (21 Oktober) dan di Litar Phillip Island (28 Oktober). Para pelumba akan terbang ke Malaysia untuk memberikan saingan hebat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 November nanti.

Ayuh kita ke SIC untuk memberi sokongan padu buat Hafizh Syahrin (MotoGP), Khairul Idham Pawi (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3). Seperti tahun-tahun sebelum ini, keupayaan dan kehebatan para pelumba negara akan meningkat dan bertambah hebat dengan sorakan gilang gemilang para penyokong Malaysia. Trio negara...anda semua mampu melakukannya! RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.