Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Julai 2017

Afif Akhirnya Ke Podium Tertinggi

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Afif Amran akhirnya berjaya meraih kemenangan sulungnya pada musim ini selepas muncul juara dalam saingan CP150 pusingan keempat yang berlangsung di litar Stadium Mini Teluk Intan pada bulan Mei lalu. Walaupun begitu, kemenangan kali ini bukan satu perkara mudah kerana Afif terlebih dahulu diberi tekanan yang cukup hebat oleh pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham.

Dari kiri: Fazli, Afif dan Azhar di atas podium CP150 Teluk Intan.
Dari kiri: Fazli, Afif dan Azhar di atas podium CP150 Teluk Intan.

Fazli yang bermula di petak pertama turut beberapa kali memimpin perlumbaan tetapi kelincahan Afif di selekoh menyebabkan posisi hadapan sering bertukar-tukar. Md Ramdan, Fitri, Izzat dan Azhar tidak ketinggalan untuk menyertai kelompok paling hadapan ini. Afif yang baru berusia 22 tahun ini menggunakan kelebihan jenteranya pada minggu ini untuk menamatkan persaingan 20 pusingan di tempat pertama dengan catatan masa 17:43.660 saat, empat saat di hadapan Fazli yang terpaksa berpuas hati di posisi kedua.

Pertarungan kelompok kedua yang dibarisi oleh Fakhrusy, Fazrul Sham, Azhar dan Izzat turut sengit menjelang 10 lap terakhir. Gabungan dua pelumba hebat Motul Zeneos Yamaha YY Pang iaitu Azhar dan Izzat berjaya mengenepikan dua pencabarnya untuk menerima kibaran bendera di tempat ketiga dan keempat.

Pertarungan sengit di antara Zaqhwan (21) dan Adib (18) dalam perlumbaan akhir CP150.

Konvoi para pemilik Yamaha dan Honda yang hadir ke Litar Teluk Intan.
Konvoi para pemilik Yamaha dan Honda yang hadir ke Litar Teluk Intan.

"Saya anggap kejayaan hari ini sebagai rezeki kerana pelumba lain tidak kurang hebatnya, namun begitu saya mendapat catatan yang baik pada perlumbaan ini kerana menggunakan jentera (motosikal) yang baik dan bermula di barisan hadapan," katanya.

Selepas pusingan keempat, Afif kini mendahului carta kedudukan keseluruhan dengan 51 mata, satu mata di hadapan Kasma Daniel yang tidak dapat sertai pusingan kali ini kerana menyertai Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV di Sepanyol.

Ahmad Syukran (50) bermula dengan baik dalam persaingan akhir CP115.

CP115

Sehingga kini, Md Akid Aziz terus mendominasi kategori CP115 dengan tiga kemenangan bersih untuk memungut 74 mata maksimum. Insiden yang melibatkan kelompok pelumba hadapan di awal perlumbaan telah memberi peluang keemasan untuk Akid meninggalkan para pelumba lain dengan bergaya sekali.

Ibrahim Norrodin (55) berjaya memintas Aliff untuk menamatkan cabaran CP115 di tempat ke-12.

Akid yang bermula di petak kedua sedikit ketinggalan di peringkat awal. Selepas mendapat rentak, barulah Akid berjaya memintas beberapa orang pelumba di hadapan dengan kemas untuk muncul juara. Pelumba dari Terengganu, Md Hafiza Rofa cuba memberi tentangan tetapi Akid semakin lama semakin jauh sehingga perbezaan masa di antara mereka berdua sejauh 5.251 saat. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Mazirul Izzat dan Md Haziq Md Fairues.

Akid kini selesa di hadapan dengan 75 mata. Tempat kedua keseluruhan setakat pusingan keempat dimiliki oleh Md Haziq dengan 49 mata diikuti Nazirul Izzat 36 mata dan Ahmad Syukran 34 mata.

Pemenang kelas Wira, Md Aiman diapit oleh Syafieq (kiri) dan Saiful.

WIRA

Persaingan sengit di antara Md Aiman dan Md Syafieq dalam kategori ini ternyata mendapat sorakan gemuruh daripada para peminat cub prix di Teluk Intan. Md Aiman yang bermula di petak pertama 'tak senang duduk' apabila diekori dengan rapat oleh dua pelumba di belakangnya iaitu Syafieq dan Saiful Azhary yang turut mempamerkan tunggangan yang penuh bertenaga.

Faiz Zekri (15) akhirnya berjaya dipintas oleh Syarifuddin (63) dalam perlumbaan akhir Wira.

Pertarungan 12 lap menyaksikan juara Teluk Intan berjaya dimenangi oleh Md Aiman Tahiruddin yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11'25.236s. Ketinggalan 0.892 saat di belakang Md Aiman ialah Md Syafieq di tempat kedua manakala Saiful terpaksa akur dengan tunggangan mantap dua pelumba di hadapannya untuk tamat di tempat ketiga.

Kemenangan ini telah melebarkan kedudukan Aiman di tangga teratas keseluruhan dengan 66 mata, 17 mata di hadapan Saiful Azhary.

Dari kiri: Faris, Aiman dan Adib menjulang piala masing-masing.
Dari kiri: Faris, Aiman dan Adib menjulang piala masing-masing.

YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES

Walaupun tewas, kesungguhan Md Faris untuk memburu Md Aiman yang menang buat kali ketiga berturut-turut wajar diberi pujian. Faris yang berada di petak keempat tidak membenarkan Aiman untuk melarikan diri dan memberi tekanan demi tekanan sepanjang 10 lap perlumbaan.

Perlumbaan akhir Yamaha Petronas Super Series berjalan dengan lancar.
Perlumbaan akhir Yamaha Petronas Super Series berjalan dengan lancar.

Walaupun telah mencuba sedaya upaya, Faris masih belum mampu mendapatkan rentak seperti Aiman yang meratah setiap selekoh litar Teluk Intan dengan kemas dan yakin sekali. Aiman dengan tenang berjaya membuka jarak dengan perbezaan masa 1.042 saat untuk dinobatkan sebagai juara.

Perlumbaan akhir Cabaran Honda Wave Alpha dimenangi oleh Amier Rossi (9) diikuti Md Akmal (8) dan Md Afizal (7).

CABARAN HONDA WAVE ALPHA

Segala yang dikejar dan diidam-idamkan oleh pelumba dari Pahang, Md Amier tercapai apabila muncul juara pusingan empat selepas mengharungi pertarungan cukup sengit selama 10 lap. Amier yang diberi tentangan hebat oleh Akmal cukup gembira selepas berada di depan dengan perbezaan hanya 0.342 saat.

Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha.
Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha.
Penghormatan terakhir buat pelumba veteran, Norizman Ismail yang telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di sesi ujian masa di Litar Kemaman pada Mei lalu.
Penghormatan terakhir buat pelumba veteran, Norizman Ismail yang telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di sesi ujian masa di Litar Kemaman pada Mei lalu.

Tempat ketiga dimenangi oleh Md Afizat Supaat dengan catatan 11:10.221 manakala pendahulu kejuaraan, Md Zaki Zamri terpaksa berpuas hati dengan 11 mata hari ini selepas tewas di tangan beberapa orang pelumba lain yang lebih berani. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.