Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Julai 2017

Rea Hadiah Kemenangan Ke-100 Buat Kawasaki

Perlumbaan pusingan ke-6 berlangsung di litar terkemuka dunia, Donington Park pada penghujung Mei lalu. Persaingan kali ini cukup sengit kerana perebutan tempat pertama direbuti oleh semua pelumba tidak kira lawan mahu pun kawan. Dengan catatan masa terpantas, Tom Sykes dari pasukan Kawasaki Racing berjaya meraih petak pertama dan itulah tempat yang benar-benar dia inginkan. Rea bermula di petak kedua diikuti Davies (Ducati), Lowes (Yamaha), Haslam (Kawasaki) dan Melandri (Ducati). Seperti biasa, permulaan yang sempurna membolehkan jentera Ducati memimpin perlumbaan dengan kemas sekali.

Nasib ternyata tidak menyebelahi Davies apabila terbabas dalam lap ketujuh di selekoh 6 dan di sini jugalah dia terjatuh ketika bersaing pada musim yang lepas. Walaupun begitu, Davies masih mampu bangun dan menyambung persaingan untuk tamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Ketiadaan penunggang Ducati ini memberi peluang buat Rea meninggalkan para pencabarnya yang lain. Sedikit demi sedikit jarak dibuka dan ketika kemenangan dirasakan dalam genggaman, Rea pula terbabas ketika memecut dalam kelajuan tinggi dan mujurlah dia tidak cedera.

Pemenang perlumbaan 1, dari kiri Haslam, Sykes dan Lowes.
Pemenang perlumbaan 1, dari kiri Haslam, Sykes dan Lowes.
Leon Haslam berjaya meraih podium selepas mempamerkan tunggangan yang mantap.
Leon Haslam berjaya meraih podium selepas mempamerkan tunggangan yang mantap.

Pasukan Kawasaki yang pada mulanya agak terkejut dengan kemalangan tersebut akhirnya menarik nafas lega kerana dua sebab iaitu Rea yang selamat dan kemaraan Tom Sykes yang 'menggantikan' rakan sepasukannya untuk mengalahkan Leon Haslam dan Alex Lowes yang juga mempamerkan tunggangan cukup mantap.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk ini tetapi saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nicky. Ia amat pelik apabila rakan baik saya yang sentiasa tersenyum sudah tiada. Apa pun secara keseluruhan, minggu ini cukup baik dan amat bagus untuk terus memberikan prestasi sebegini,” komen Sykes.

Sykes, Rea dan Davies meraikan kemenangan masing-masing dalam Perlumbaan 2.
Sykes, Rea dan Davies meraikan kemenangan masing-masing dalam Perlumbaan 2.

PERLUMBAAN 2

Petak hadapan kali ini diungguli oleh Marco Melandri, M. Van der Mark dan Leon Camier manakala jagoan lain seperti Davies di petak lima manakala Rea dan Sykes berada di barisan ketiga dan keempat. Marco bermula dengan baik tetapi gagal mempertahankan kedudukan selepas diberi tentangan hebat oleh Haslam, Mercado dan Rea.

Belum masuk lap ketiga, Rea yang tadinya bermula di barisan keempat sudah berjaya memintas para pelumba di depannya untuk memimpin perlumbaan. Rea tidak lagi mengulangi kesilapannya dengan memperkemaskan tunggangan untuk terus ke hadapan dengan kepantasan yang cukup sukar dicabar. Tidak lama kemudian tekanan yang dihadapi oleh Rea agak berkurangan kerana Mercado dan Melandri dilanda masalah yang menyebabkan kedua-duanya bersara awal.

Chaz Davies dari pasukan Aruba.it Racing Ducati.
Chaz Davies dari pasukan Aruba.it Racing Ducati.

Juara perlumbaan 1, Tom Sykes juga lebih yakin meratah setiap selekoh litar ini dengan mempamerkan rentak tunggangan yang konsisten. Rea akhirnya menang di Donington Park diikuti Sykes manakala pelumba harapan Ducati, Chaz Davies di tempat ketiga. Kemenangan yang diraih Rea turut melakarkan sejarah baru buat pasukan Kawasaki yang mencipta 100 rekod kemenangan dalam perlumbaan WSBK ini.

Krew di khemah Yamaha juga tersenyum lebar apabila kedua-dua pelumba mereka, M Van der Mark dan Alex Lowes menamatkan cabaran di UK ini di posisi keempat dan kelima. Syabas diucapkan!

“Ia amat bermakna buat saya, krew kami bekerja keras sepanjang malam. Saya tahu saya mampu menang hari ini tetapi untuk melakukannya dari posisi ke-10 memang cukup sukar dan pencapaian ini adalah kerana saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Saya ingin menghadiahkan kemenangan ini kepada Nicky Hayden. Dunia ini dirasakan hilang sinarnya tanpa beliau,” kata Jonathan Rea.

Nota: Nicky Hayden, pelumba WSBK dan bekas juara MotoGP telah meninggal dunia pada 22hb Mei 2017 yang lalu selepas lima hari menerima rawatan rapi di sebuah hospital. Pelumba berusia 35 tahun yang terkenal dengan gelaran 'The Kentucky Kid' telah mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ketika berbasikal di Rimini, Itali.

Kenan (tengah) menang WSSP tiga pusingan berturut-turut.

WOLRD SUPERSPORT (WSSP)

Kenan Sofuoglu berjaya menambah koleksi matanya selepas sekali lagi muncul juara dengan bergaya. Pelumba Kawasaki ini menunjukkan dominasi dalam perlumbaan akhir untuk menerima kibaran bendera penamat sejauh 2.45 saat di depan pencabar terdekatnya Lucas Mahias dan Jules Cluzel. Bagi Mahias, ini juga merupakan gelaran naib juara ketiga berturut-turutnya di belakang Kenan dan masih kekal di tangga tertinggi keseluruhan dengan kelebihan 30 mata berbanding Kenan.

Cluzel yang menunjukkan banyak peningkatan berjaya membawa pulang mata berharga buat pasukan Honda selepas hampir-hampir berjaya menewaskan Mahias dalam pertarungan yang cukup sengit. Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang berentap dengan pelumba Belanda, Rob Hartog menamatkan cabaran dengan catatan masa 34.996 saat.

Permulaan saingan WSSP300 cukup mendebarkan.
Permulaan saingan WSSP300 cukup mendebarkan.

WSSP300

Jarak mata keseluruhan di antara Scott Deroue (Kawasaki) dan Alfonso Copolla (Yamaha) kini semakin rapat dengan hanya dua mata pemisah. Coppola yang menunggang YZF-R3 dan Mika Perez ternyata berada di kelasnya yang tersendiri dalam persaingan kali ini. Walaupun kedua-duanya kelihatan sukar melarikan diri di awal persaingan tetapi kemantapan tunggangan mereka telah membolehkan Coppola dan Perez meloloskan diri.

Coppola dan Perez kemudiannya saling bertukar posisi sehinggalah serangan cukup bijak dilancarkan oleh pelumba Yamaha di Melbourne Hairpin membolehkannya melintasi garisan penamat sebagai juara. Perez di tempat kedua manakala Marc Gracia di tempat ketiga.

Perlumbaan pusingan ketujuh telah berlangsung di Misano, Itali pada 16-12 Jun lalu manakala pusingan lapan di Laguna Seca akan berlangsung pada 7-9 Julai nanti. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.