Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 15 November 2018

Kedudukan Marquez Semakin Kukuh

Tahniah buat Thailand di atas penganjuran sulungnya dalam perlumbaan motosikal paling eksklusif, MotoGP pada awal Oktober lalu. Walaupun dalam cuaca yang cukup panas, lebih daripada 100,000 penonton hadir pada hari persaingan semata-mata untuk merasai kemeriahan pesta MotoGP dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada pelumba kegemaran masing-masing. Chiang International Circuit yang sepanjang 4.554 kilometer itu telah memberikan kepuasan setiap penonton yang hadir dengan ‘pameran’ sebenar kelajuan dan miringan jentera-jentera terulung daripada pasukan Yamaha, Honda, Suzuki, Ducati, KTM dan Aprilia.

Perlumbaan kali ini juga sekali lagi menjadi medan tempur buat Marc Marquez, Andrea Dovizioso, Valentino Rossi, Maverick Vinales dan Alex Rins. Petak hadapan diungguli oleh Marquez yang telah mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan dan walaupun Lorenzo dijangkakan bakal menyekat kemaraan Marquez, pelumba bernombor 99 itu telah terlibat dalam kemalangan di sesi kelayakan dan menyebabkan dia tidak mampu untuk beraksi.

Marquez terus cemerlang untuk mendapatkan lebih banyak kemenangan.
Marquez terus cemerlang untuk mendapatkan lebih banyak kemenangan.
Vinales cukup berpuas hati dengan kuasa jentera M1nya di litar Thailand.
Vinales cukup berpuas hati dengan kuasa jentera M1nya di litar Thailand.


Kembali ke litar! Permulaan sempurna dari Marquez memberinya peluang untuk memimpin tetapi diikuti rapat oleh Rossi yang cukup positif sejak di peringkat awal. Juara sembilan kali itu akhirnya mendapat rentak untuk memintas pada lap kelima dan langkahnya itu mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton yang hadir. Melihat akan kejayaan Rossi untuk memintas, Dovizioso mengemaskan tunggangan untuk mengejar kedua-dua pelumba di depan. Dia berjaya! Tidak lama kemudian, rakan sepasukan Rossi, Maverick Vinales dan jagoan Suzuki,

Alex Rins turut berada di dalam kelompok hadapan.Rossi hanya mampu mempertahankan kedudukannya selama enam lap sahaja sebelum dipintas dengan mudah oleh Dovizioso yang menggunakan kelebihan kuasa jentera Desmosedici GP18 di laluan lurus. Rossi sekali lagi dipintas, kali ini oleh Marquez beberapa saat selepas itu. Rossi dan Marquez mengekalkan rentak di belakang Dovizioso manakala Crutchlow dan Vinales semakin dekat tetapi agak mustahil untuk memintas. Sebaik sahaja Vinales mendapat ruang, dia berjaya meninggalkan Crutchlow yang tidak mampu mengekalkan rentak dengan konsisten.

Alex Rins hampir berjaya meraih podium dalam perlumbaan akhir kelas prima.
Alex Rins hampir berjaya meraih podium dalam perlumbaan akhir kelas prima.

Pertarungan sengit di antara Dovizioso (4), Marquez (93) dan Valentino Rossi.

Seperti beberapa persaingan sebelum ini, perebutan tempat pertama di antara Dovi dan Marquez bermula. Keduaduanya saling bertukar posisi sehingga ada ketikanya sudah terlalu dekat. Sedang Rossi cuba mendekatkan diri, dia dihimpit dan kemudiannya dipintas oleh Vinales yang berjaya mencuri ruang. Kini, Honda, Ducati dan Yamaha masing-masing cuba untuk mencari kemenangan pertama di Thailand.

Lima lap terakhir adalah kemuncak segalagalanya. Dovizioso dan Marquez masingmasing tidak mahu menyerah kalah manakala Vinales yang mulanya sedikit ketinggalan menerima arahan daripada pasukannya untuk menukar pemetaan dan dengan sekelip mata, dia mampu merapatkan diri, Rossi juga sama. Kini, Marquez, Dovizioso dan Vinales masing-masing berpeluang untuk menang dengan syarat memilih laluan terbaik di 12 buah selekoh di litar tersebut dan mengambil teknik lambat membrek.

Lorenzo agak sedih kerana tidak dapat beraksi dalam perlumbaan sulung di Chiang International Circuit.
Lorenzo agak sedih kerana tidak dapat beraksi dalam perlumbaan sulung di Chiang International Circuit.

Kecemerlangan Marquez di selekoh terakhir terpaksa diakui oleh Dovizioso walaupun telah melakukan serangan yang cukup tepat, tiada lagi apa yang dapat dilakukannya melainkan menerima kibaran penamat di tempat kedua. Marquez melintasi garisan akhir sambil berwheelie untuk meraikan kemenangannya. Tahniah juga buat pasukan Yamaha (Vinales dan Rossi) yang akhirnya mendapat rentak untuk terus kompetitif.

“Sudah semestinya saya sangat gembira kerana ini kali pertama berjaya menewaskan Dovi dengan cara begini. Kami berdua sama pantas. Strategi saya adalah untuk menyerang dan membuka jarak tetapi rentak Dovi juga mantap. Jujurnya saya tidak berapa yakin untuk memintas pada lap terakhir kerana sudah beberapa kali tewas kepada Dovi dengan cara begitu tetapi kali ini saya menunggang guna cara dia dan dia pula guna cara saya. Akhirnya saya berjaya di selekoh akhir dan lebih seronok kerana meraih kemenangan di hadapan para peminat di Thailand yang telah memberkan sorakan gemuruh sepanjang perlumbaan,” kata Marquez.

Hafizh Syahrin terus mara untuk mendapatkan gelaran ‘Rookie of the Year’.
Hafizh Syahrin terus mara untuk mendapatkan gelaran ‘Rookie of the Year’.
Zarco terus menggalas cabaran pasukannya untuk mendapatkan kedudukan di podium.
Zarco terus menggalas cabaran pasukannya untuk mendapatkan kedudukan di podium.
Pedrosa selesa dengan jentera Hondanya yang cukup kompetitif di litar yang teknikal.
Pedrosa selesa dengan jentera Hondanya yang cukup kompetitif di litar yang teknikal.

“Saya cukup gembira walaupun tewas di selekoh akhir. Saya benar-benar tidak tahu banyak kekuatan dan kelemahan Marquez kerana kebanyakan masanya saya di depan. Apapun, saya berpuas hati dengan penambahbaikan pada jentera dan akan terus bekerja keras untuk dapatkan lebih banyak peluang untuk menang selepas ini,” komen Dovizioso.

Tahniah buat Hafizh Syahrin yang berjaya menggembirakan seluruh pasukan Yamaha Tech3 dan pastinya kita semua selepas menamatkan cabaran di tempat ke-12 manakala pencabar utamanya dalam Anugerah Rookie of the Year, Franco Morbidelli di tempat ke-14. Kedua-dua pelumba tersebut kini dipisahkan dengan lima mata, kelebihan masih berpihak pada Morbidelli (33 mata) dengan perlumbaan berbaki sebanyak empat pusingan lagi (pengiraan selepas di Thailand).

Marquez kini semakin selesa di tangga teratas dengan 271 mata diikuti pelumba Ducati, Andrea Dovizioso sebanyak 194 mata dan Valentino Rossi di tangga ketiga dengan 172 mata. Moto2 Pelumba Itali dan anak buah Valentino R o s s i , Francesco Bagnaia berjaya menebus kekecewaannya di Aragon selepas menang pada pusingan ke-15 di Thailand dengan menewaskan rakan sepasukannya Luca Marini pada jarak agak selesa, 1.512s. Keunggulan Bagnaia jelas gagal disaingi oleh mana-mana pelumba, meratah setiap selekoh dengan cemerlang.

Perebutan tempat kedua di antara, Oliveira, Binder dan Marini lebih sengit. Sehingga lima lap terakhir, kedudukan tempat kedua dan ketiga dijangka berpihak kepada dua pelumba KTM (Oliveira dan Binder) tetapi kesungguhan Marini mengejar dari belakang sememangnya wajar diberi pujian. Marini akhirnya bukan sahaja mampu merapatkan diri malah berjaya menewaskan kedua-dua pelumba di depannya di saat akhir untuk mendapatkan kemenangan di tempat kedua.

Khairul Idham Pawi terus mencari rentak untuk mencabar para pelumba di hadapannya. Dia menamatkan saingan akhir Moto2 di tempat ke-21. Moto3 Adam Norrodin mengekalkan konsistensi meraih mata walaupun kedudukan tempat ke-15 bukanlah suatu yang diingini olehnya. Cabaran kelas ini ternyata bukan mudah kerana kesemua pelumba nampak setanding dan sama tangkas. Pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio mencipta sejarah buat dirinya apabila dinobatkan juara sulung Moto3 di Thailand.

Tempat kedua dimenangi oleh Lorenzo Dalla Porta meninggalkan Dennis Foggia di tempat ketiga. Adam Norrodin kini di tangga ke-19 keseluruhan dengan kutipan sebanyak 37 mata dan berharap dia akan terus menambah mata lagi sebelum tiba di laman sendiri, Litar Antarabangsa Sepang pada 4 November nanti.

Perlumbaan seterusnya berlangsung di Litar Twin Ring Motegi, Jepun pada 2 Oktober lalu diikuti Phillip Island pada 28 Oktober sebelum kesemua pelumba berangkat ke Malaysia pada 4 November 2018. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.