Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Jun 2017

Giliran Ducati Mendabik Dada!

Dia mencatatkan masa terpantas, lap terpantas dan menutupi perlumbaan pusingan kelima di Imola dengan kemenangan bersih kedua-dua perlumbaan. Itulah kejayaan sempurna yang dilakukan oleh pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati, Chaz Davies. Mesin Panigale yang ditunggangnya bergerak begitu sempurna sekali di litar yang sepanjang 4,936 kilometer ini.

Perlumbaan 1 adalah pembukaan kepada 'persembahan'nya dan sebagai pelumba tuan rumah, Davies meratah setiap selekoh litar Imola ini dengan mudah sekali sehingga meninggalkan para pelumba di belakang sejauh enam saat. Berikutan daripada kemalangan yang menimpa Eugene Laverty, perlumbaan terpaksa dihentikan untuk proses pembersihan litar.

Dari kiri: Jonathan Rea, Chaz Davies dan Marco Melandri bergaya dengan piala kemenangan.
Dari kiri: Jonathan Rea, Chaz Davies dan Marco Melandri bergaya dengan piala kemenangan.

Davies sekali lagi memecut dengan pantas dalam persaingan yang dimulakan semula. Dia terlalu laju sehinggakan juara bertahan, Jonathan Rea tidak mampu merapatinya dengan perbezaan masa terakhir hampir empat saat. Walaupun begitu, Rea masih tersenyum kerana memperoleh 20 mata berharga manakala tempat ketiga dimenangi oleh seorang lagi penunggang Ducati, Marco Melandri.

Perlumbaan 2 juga terpaksa dilakukan dua kali dan kali ini disebabkan jentera Ayrton Badovini yang bermasalah sehingga menumpahkan minyak di atas litar. Seperti sebelum ini, Chaz Davies yang berlumba di hadapan ribuan penyokongnya berada di tahap paling baik. Walaupun Rea menunjukkan tunggangan yang cukup mantap, ia belum cukup hebat untuk menghalang kemaraan pelumba Ducati itu. Davies yang berjaya memintas Rea tidak membuang masa untuk memecut ke garisan penamat dengan jayanya. Kedua-dua pelumba Kawasaki terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dan ketiga.

Rea masih unggul di tangga teratas keseluruhan.
Rea masih unggul di tangga teratas keseluruhan.
M. Van Der Mark mengerahkan jenteranya untuk menamatkan cabaran antara 10 pelumba terbaik.
M. Van Der Mark mengerahkan jenteranya untuk menamatkan cabaran antara 10 pelumba terbaik.

“Ia berjalan begitu lancar seperti di alam mimpi. Saya membuat sedikit talaan dan menggunakan tayar yang agak berbeza dengan pilihan saya sebelum ini. Selepas melihat jarak saya sudah mula jauh, saya memperkemaskan tunggangan dengan selesa sekali,” komen pemenang Litar Imola, Chaz Davies.

“Ini minggu yang baik buat saya, tiada peluang langsung untuk menahan kemaraan Chaz. Saya ada membuat pertukaran pada tayar dan saya tidak selesa dengannya. Apa pun, saya tetap gembira dan menerima 40 mata lagi di Imola, itu sudah cukup!” kata Jonathan Rea.

Dalam persaingan World Supersport (WSSP), pelumba Kawasaki, Kenan Sofuoglu ternyata terlalu gagah untuk dicabar kali ini. Walaupun diberi tentangan hebat oleh Lucas Mahias dan PJ Jacobsen, Kenan yang terlepas dua pusingan sebelum ini (akibat kecederaan) terus menunjukkan tunggangan bertenaga untuk menggenggam kejuaraan di Itali ini. Tempat kedua dimenangi oleh Mahias manakala Jaconsen dan Morais masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Zulfahmi dan rakan sepasukannya, Nacho Calero mempamerkan aksi yang mantap.
Zulfahmi dan rakan sepasukannya, Nacho Calero mempamerkan aksi yang mantap.

Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin terpaksa berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kedudukannya. Dengan kutipan sebanyak enam mata setakat ini, pelumba dari Selangor itu kini berada di tangga ke-27 keseluruhan. Kita doakan agar Fahmi dapat memerah pendikitnya dengan lebih pantas untuk meraih kedudukan lebih baik.

Pemenang WSSP300 Litar Imola. Dari kiri: Alfonso Coppola, Marc Garcia dan Mykyta Kalinin.
Pemenang WSSP300 Litar Imola. Dari kiri: Alfonso Coppola, Marc Garcia dan Mykyta Kalinin.

Kelas WSSP300 pula mempersembahkan pertarungan cukup hebat oleh 36 orang pelumba. Persaingan yang ditunjukkan oleh mereka ternyata mendapat sorakan dan laungan kuat daripada para penonton yang hadir. Perlumbaan selama 11 lap itu akhirnya berpihak kepada Marc Garcia yang menunggang Yamaha YZF-R3 dengan menewaskan pencabar dari Itali, Alfonso Coppola hanya dengan perbezaan masa 0.177s. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.