Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Ogos 2018

Marquez Tawan Sachsenring Buat Kali Ke-9!

Satu lagi sejarah berjaya dilakarkan oleh pelumba sensasi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang berjaya menjuarai Litar Sachsenring buat kali kesembilan berturut-turut dalam semua kelas. Kali pertama ialah dalam kelas 125cc pada tahun 2010, diikuti dua tahun dalam kelas Moto2 dan selebihnya dalam kelas prima sejak tahun 2013. Kemenangan yang terbaru diraih selepas berusaha gigih walaupun bermula di petak kesembilan.

Marc Marquez (93), Valentino Rossi (46) dan Danilo Petrucci (9) bersaing hebat dalam perebutan tempat pertama MotoGP.

Dalam saingan akhir, Marc Marquez, pelumba pasukan Ducati, Jorge Lorenzo dan Danilo Petrucci bermula dengan cemerlang untuk memimpin perlumbaan manakala Valentino Rossi yang pada ketika itu di kedudukan keempat (di belakang Petrucci) terpaksa menunggu beberapa lap sebelum berjaya memintas dan menyertai kelompok hadapan. Para pelumba di belakangnya seperti Petrucci, Crutchlow, Dovizioso dan Vinales juga mempamerkan tunggangan yang bertenaga. Jika dilihat pada 10 lap terawal, memang sukar untuk kita jangka siapa yang boleh menang di litar ini kerana jarak di antara semua pelumba amat dekat.

Jorge Lorenzo (99) bermula dengan cukup cemerlang tetapi masalah tayar di pertengahan saingan menyukarkannya untuk terus ke depan.

Selepas 17 lap berlalu, Lorenzo yang berjaya dipintas oleh Marquez diberi tekanan hebat oleh Rossi yang semakin mendapat rentak bersama jenteranya. Melihat akan Marquez cuba 'melarikan diri', Rossi mengemaskan kawalan di selekoh untuk memintas Lorenzo dan cuba mengejar. Walaupun cuba merapatkan diri, kecekapan Marquez di litar antara kegemarannya ini memang sukar dinafikan dan berjaya meraih kemenangan kesembilannya berturut-turut dengan  catatan masa 41'05.019 saat dalam kelajuan purata 160.6 km/j. Rossi cukup gembira di tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Maverick Vinales yang menamatkan cabaran di tempat ketiga masih kurang berpuas hati dengan prestasi jenteranya dan berharap agar Yamaha terus bekerja keras untuk lebih kompetitif.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana kejayaan kali kesembilan di litar ini. Walaupun begitu, tekanan saban tahun sememangnya semakin tinggi. Untuk memintas dua pelumba di peringkat awal memang sukar tetapi kami sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Saya cuba mengekalkan keadaan tayar hingga ke lap terakhir tetapi apabila melihat kedudukan Rossi yang hanya 0.6 saat di belakang, saya mula bertindak untuk menambah kelajuan dan berjaya,” kata Marc Marquez yang kini di tangga teratas keseluruhan dengan 165 mata.

Rossi berjaya menamatkan perlumbaan di Sachsenring seperti yang diidamkan.
Rossi berjaya menamatkan perlumbaan di Sachsenring seperti yang diidamkan.
Andrea Dovizioso.
Andrea Dovizioso.

“Saya amat gembira kerana tidak melakukan kesilapan sejak di awal perlumbaan. Sachsenring adalah litar yang sukar untuk M1 tetapi hari ini kami berjaya melakukan juara berganda. Saya menonton semula perlumbaan musim lalu di litar ini dan mengatakan Folger (Yamaha Tech3 2017) berjaya melakukannya dengan Yamaha. Kami perlu melakukan hal yang sama dan saya dapat meraih posisi yang sama dengannya musim lalu,” jelas Valentino Rossi.

Tahniah juga diberikan buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang kembali menyinar untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dan sedang berada di tangga teratas anugerah Rookie of The Year. Kita berharap agar Hafizh berjaya merealisasikan segala hajat dan harapannya untuk mencipta sejarah buat Malaysia.

Hafizh Syahrin mengorak langkah penuh bergaya.
Hafizh Syahrin mengorak langkah penuh bergaya.
Alex Rins semakin selesa memacu jentera Suzukinya.
Alex Rins semakin selesa memacu jentera Suzukinya.

Beberapa hari sebelum perlumbaan, dunia MotoGP dikejutkan kenyataan dari seorang lagi pelumba pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa yang akan bersara dari dunia MotoGP pada penghujung musim ini. Sememangnya ia adalah satu berita yang cukup menyedihkan selepas Dani bersama-sama pasukan tersohor itu sejak 18 tahun yang lalu. “Saya rasakan tidak lagi memiliki keghairahan dalam perlumbaan seperti dahulu dan saya kini mempunyai keutamaan yang lain,” kata Dani.

Moto2: Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat keempat, Miguel Oliveira berjaya meraih mata berharga untuk merapati pendahulu keseluruhan, Francesco Bagnaia yang kini hanya dibezakan dengan tujuh mata sahaja. Dalam perlumbaan akhir di Jerman tempohari, Brad Binder berjaya mempamerkan kecemerlangan untuk menjulang kemenangan meninggalkan Joan Mir di tempat kedua dengan perbezaan 0.779 saat. Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Itali, Luca Marini.

Litar Jerman juga membuktikan kesungguhan pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-17 dan berharap posisi pelumba negara ini akan sentiasa bertambah baik di setiap pusingan.

Adam Norrodin (7) dan rakan pasukannya Ayumu Sasaki (71) menunjukkan tunggangan yang mantap.

Moto3: Selepas beberapa pusingan 'menyepi', Adam Norrodin kembali mendapat 'sentuhannya' untuk menyaingi para pelumba terpantas di sepanjang persaingan. Adam yang bermula dengan baik berjaya bersaing dan kekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan walaupun banyak kali terpaksa menangkis serangan hebat daripada para pencabar lain. Rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki turut menunjukkan tunggangan yang matang untuk menamatkan cabaran di tempat ke-10 dan Adam di tempat ke-11.

Selepas Jerman, para pelumba akan rehat seketika dalam musim panas dan bkalkembali beraksi pada 5 Ogos nanti di Litar Brno, Republik Czech. Pusingan ke-11 pula akan berlangsung di Austria pada 12 Ogos dan seminggu kemudian di litar Silverstone, Great Britain iaitu pada 20 Ogos nanti. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.