Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Julai 2018

Sejarah Baru WSBK Tercipta

Tahniah sekali lagi buat pelumba pasukan Kawasaki Racing WSBK selepas memenangi perlumbaan 1 di Litar Automotodrom Brno dengan penuh bergaya seterus mencatatkan namanya sebagai pemenang WSBK paling banyak dalam sejarah setakat ini dengan jumlah 60 kemenangan. Pencapaian ini juga telah mengatasi rekod yang selama ini dipegang oleh pelumba lagenda, Carl Fogarty dengan 59 kemenangan.

Permulaan perlumbaan akhir yang cukup mendebarkan.
Permulaan perlumbaan akhir yang cukup mendebarkan.

Di litar terpanjang musim ini, Rea memulakan langkahnya dengan membuat serangan untuk memintas rakan sepasukannya, Tom Sykes tetapi tidak lama kemudian dia terlibat dalam kemalangan bersama Jordi Torres dan Michael Ruben yang memaksa bendera merah dikibarkan. Perlumbaan dimulakan semula sebanyak dua kali selepas masalah teknikal di grid.

Perlumbaan 'kali ketiga' lebih baik. Walaupun Sykes cuba untuk mempertahankan posisinya, kepantasan serta semangat juang Rea sukar untuk dihentikan. Sykes kemudiaannya turut diberi tentangan hebat oleh Marco Melandri, Alex Lowes dan Michael Van Der Mark. Keempat-empat pelumba ini saling bertukar kedudukan dan mempamerkan kualiti tunggangan yang cukup luar biasa.

Para pelumba mencari laluan terbaik untuk membuat serangan.
Para pelumba mencari laluan terbaik untuk membuat serangan.
Para pemenang perlumbaan 1. Dari kiri: Melandri, Rea dan Sykes.
Para pemenang perlumbaan 1. Dari kiri: Melandri, Rea dan Sykes.

Rea yang semakin selesa di depan tidak menerima sebarang tekanan untuk muncul juara buat kali keenam pada musim ini dan yang ke-60 keseluruhannya. Di belakang, Melandri berjaya menewaskan Sykes untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua meninggalkan Sykes di tempat ketiga.

“Memang seronok meraih kejayaan ke-60 di dalam perlumbaan seperti ini dan terima kasih buat KRT yang telah menyediakan sebuah jentera semantap ini. Perlumbaan ini sempurna dan sememangnya jarang berlaku – itulah yang menjadikannya lebih istimewa. Terdapat banyak kelebihan untuk kami di litar ini terutamanya dalam penalaan dan sifat tayar,” komen Jonathan Rea.

Perlumbaan 2 adalah detik paling manis dan paling berharga buat Alex Lowes Michael Van Der Mark dan pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK selepas berjaya meraih keputusan yang cukup membanggakan. Kejayaan mencipta kemenangan satu dua di Brno ternyata bukan satu tugas mudah kerana Alex Lowes terlebih dahulu perlu berhabis-habisan untuk mengekalkan kedudukan bersama Jonathan Rea dan Tom Sykes.

M. Van Der Mark (60) berjaya menewaskan Davies (7) dan Laverty untuk muncul naib juara.

Tom Sykes pamerkan tunggangan yang mantap.
Tom Sykes pamerkan tunggangan yang mantap.

Lowes terlebih dahulu diberi tekanan hebat oleh Rea tetapi nasib pelumba Kawasaki itu kurang baik apabila terbabas ketika cuba mengatasi pelumba lain. Ketiadaan Rea sepatutnya memberi lebih ruang buat Lowes tetapi ia tidak berlaku kerana pelumba Ducati, Marco Melandri pula hadir untuk menewaskannya. Lowes mengemaskan jentera Yamahanya untuk mengepikan serangan Melandri tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba, Melandri hilang kawan menyebabkan dia turut mengikuti jejak sama Rea terbabas ke tepi litar.

Ruang untuk Lowes terbuka dan posisinya di hadapan kemudian lebih terjamin apabila Michael Van Der Mark (rakan sepasukan) kini berada di tempat kedua. Seorang lagi pelumba Ducati, Chaz Davies hanya mampu mengekori dari belakang kerana rentak kedua-dua jentera Yamaha YZR-R1 kekal mantap sehinggalah melintasi garisan penamat sebagai juara. Alex Lowes yang berasal dari Lincolnshire mula bersaing dalam kelas ini pada tahun 2011 dan selepas tujuh tahun berjuang, dia kini sudah bergelar juara.

“Ia sangat hebat dan mengagumkan. Terima kasih buat seluruh pasukan dan berharap agar keputusan yang sama dapat dilakukan beberapa kali lagi,” komen Lowes.

“Minggu ini boleh dikatakan antara yang paling sukar sejak saya bersama pasukan ini. Walaupun ada berlaku bertengkaran malam tadi, kami kembali bersatu untuk bangun kembali. Saya bertuah kerana masih mampu berada di depan dan terima kasih buat semua yang bekerja keras sepanjang minggu,” kata Chaz Davies.

WorldSSP: Selepas menang di Imola, Jules Cluzel telah diberi tentangan hebat oleh Sandro Cortese pada pusingan berikutnya (Donington Park) yang akhirnya memberi kemenangan buat pelumba dari Jerman itu. Cluzel menerima kekalahannya dengan positif untuk turun ke Brno dengan semangat yang lebih tinggi. Seperti yang dijangka, pertarungan di antara Cluzel dan Cortese berterusan seperti apa yang berlaku pada pusingan sebelumnya.

Cluzel berjaya menebus kekecewaannya dengan meraih kemenangan di Litar Czech.
Cluzel berjaya menebus kekecewaannya dengan meraih kemenangan di Litar Czech.
Sandro Cortese.
Sandro Cortese.

Cluzel bermula baik untuk meninggalkan para pencabarnya yang lain. Tidak lama kemudian Krummenacher berjaya memintas Cortese untuk tempat kedua tetapi hanya untuk seketika. Antara pelumba lain yang berada dalam kelompok hadapan ialah Raffaele De Rosa yang turut mempamerkan tunggangan yang meyakinkan.

Pada lap ke-10, Cluzel bagaikan tiada ruang untuk bernafas kerana setiap pergerakannya diekori rapat oleh Cortese. Kedua-duanya berentap hebat sehinggalah Costese terpaksa mengaku kalah apabila tewas dengan perbezaan masa hanya 0.148 saat sahaja. Ini merupakan kemenangan ketiga Cluzel dan telah merapatkan jurang matanya dengan Cortese dengan perbezaan hanya dua mata (Cortese 122 mata, Cluzel 120 mata).

Cluzel diapit oleh Cortese (kiri) dan De Rosa.

WorldSSP 300: Jutaan tahniah buat pelumba Indonesia, Galang Hendra Pratama yang memacu jentera Yamaha R3 selepas memberikan persembahan cukup fenomena sepanjang tiga hari di litar Republik Czech. Pratama bermula di petak pertama tetapi segera dipintas oleh Ana Carrasco pada selekoh pertama. Tunggangan yang tenang daripada pelumba Indonesia ini membolehkan dia mengambil kembali posisi pada dua lap berikutnya. Sebaik sahaja berada di depan, pelumba berusia 19 tahun ini membuka ruang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya hampir lima saat di hadapan.

W. Khan (93) berjaya menangkis segala serangan para pelumba lain untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Para pemenang WSSP 300 bersama piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang WSSP 300 bersama piala kemenangan masing-masing.

Tempat kedua dimenangi oleh pelumba Kawasaki, Walid Khan diikuti oleh Borja Sanchez di tempat ketiga. Pelumba wanita yang kini semakin popular, Carrasco melakukan sedikit kesilapan yang menyebabkan dia kehilangan kedudukan dan hanya mampu menamatkan saingannya di tempat ke-11.

Walaupun begitu, Ana masih di tangga teratas dengan 78 mata diikuti oleh Sanchez (58 mata) dan Luca Grunwald di tangga ketiga dengan 57 mata. Perlumbaan seterusnya akan dilangsungkan di Laguna Seca pada 24 Jun diikuti Litar Misano pada 8 Julai nanti. RR

Isu Pada

Julai 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.