Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Januari 2019

Saingan 2018 Berakhir Di Johor

Sebelum memberi laporan mengenai perlumbaan pusingan akhir yang berlangsung di Bandar Penawar, Johor pada 16 Disember lalu, kami ingin menyampai ucapan takziah buat ahli keluarga Mohd Hafiz Nor Azman atas pemergian pelumba berbakat ini. Hafiz sememangnya terkenal sebagai seorang anak muda yang cukup baik, berdisiplin, sentiasa berkongsi ilmu dan mempunyai budi pekerti yang patut dicontohi oleh para pelumba muda. Kita doakan agar roh Mohd Hafiz dicucuri rahmat.


Perlumbaan akhir di Bandar Penawar adalah untuk melengkapkan persaingan musim ini selepas juara keseluruhan CP150 telah pun dinobatkan pada perlumbaan pusingan kesembilan yang berlangsung di litar Jempol pada bulan November lalu. Dengan mengumpul sebanyak 200 mata (di Jempol), ia sudah cukup buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ untuk menjuarai kategori prima walaupun tewas kepada Kasma Daniel dalam pertarungan akhir yang cukup sengit. Kasma juga berjaya mengemaskan kedudukannya di tangga kedua dengan kelebihan sebanyak 45 mata berbanding Hafiz Nor Azman di tangga ketiga.

Oleh itu persaingan di Bandar Penawar tertumpu pada Hafiz Nor Azman dan Md Akid Aziz yang akan mengerahkan seluruh tenaga untuk meraih tangga ketiga keseluruhan untuk musim ini. Apa pun, dalam saingan akhir inilah insiden kemalangan telah berlaku di saat-saat akhir melibatkan Afif Amran dan Hafiz Nor Azman. Semua peminat dan pencinta sukan cub prix kebangsaan melahirkan rasa terkejut dan sedih atas kejadian ini dah berharap ia tidak lagi berlaku di masa hadapan.

CP115
Tahniah buat Tengku Amirul yang berjaya menepati ramalan untuk menjuarai kategori CP115 dengan penuh bergaya sekali. Selepas mendapatkan takhta idamannya i t u di Jempol, Tengku ternyata lebih bersemangat untuk mengekalkan kecemerlangannya. Litar Bandar Penawar yang cukup teknikal ini
memberikan keputusan yang memihak kepada Tengku selepas berjaya mencatatkan masa terpantas untuk merebut petak pertama diikuti Syafiq Rosli dan Md Fareez Afeez di petak ketiga.


Tengku bermula dengan baik dan berjaya bersama-sama para pelumba lain seperti Syafiq Rosli, Nazirul Izzat dan Md Fareez. Kelompok pertama mengujakan setiap penonton yang hadir menerusi kawalan dan tunggangan yang cukup mantap. Tengku yang memperoleh rentak lebih baik berbanding pencabarnya mula membuka jarak sedikit demi sedikit dan akhirnya lebih dua saat di depan. Walaupun begitu, Tengku terus fokus untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 14:53.415 saat.

Syafiq yang terbabas di lap ke-11 memberi peluang buat Nazirul dan Fareez untuk bersaing bagi mendapatkan kedudukan lebih baik di podium.  Kemenangan akhirnya berpihak kepada pelumba Melaka, Nazirul Izzat yang menamatkan perlumbaan hanya 0.206 saat di depan Fareez. Walaupun di tempat ketiga, ia sudah cukup buat Fareez melonjakkan namanya sebagai pemenang tempat kedua CP115 untuk musim 2018. Tahniah buat semua pemenang!

WIRA
Dengan kutipan 174 mata, ia sudah mencukupi untuk menghadiahkan satu memori indah buat pelumba muda dari Selangor, Md Syarifuddin Azman untuk bergelar juara keseluruhan WIRA 2018 manakala Danial Syahmi di tangga kedua (133 mata) dan Alif Ashraf di tangga keempat dengan 116 mata.
Tahniah juga buat Afizad Supaat yang berjaya menunjukkan tunggangan yang cukup hebat dalam perlumbaan akhir yang dijalankan sebanyak lapan lap. Ternyata semangat yang kental salah satu penyumbang penting untuk berjaya dan inilah yang dipamerkan oleh Afizad walaupun bermula di petak ketujuh. Setiap selekoh diratah penuh bergaya sehinggakan mampu memintas beberapa pelumba di depannya sebelum menerima kibaran bendera penamat.


Ketinggalan hanya 0.350 saat di belakang ialah Md Faiz Zekri dari Pulau Pinang manakala Syarifuddin di tempat ketiga dengan catatan masa 8:12.186 saat.

Yamaha PETRONAS Super Series
Tahniah buat Aliff Danial yang berjaya mengekalkan rentaknya untuk menang buat kali keempat berturut-turut dan seperti di litar Jempol, dia terlebih dahulu terpaksa menepis segala serangan daripada Haziq Rosmaza yang sekali lagi tamat di tempat kedua dengan perbezaan jarak 4.6 saat. Tempat ketiga dimenangi oleh Danish Haiqal manakala Awal Md Al Fikri dan Nizamudin masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Walaupun Aliff Danial dan Haziq Rosmaza terikat dengan jumlah pungutan mata yang sama (191 mata), takhta juara telah dianugerahkan kepada Haziq Rosmaza berdasarkan jumlah podium yang diraih sepanjang musim 2018.

Cabaran Honda One Make Race
Kecil-kecil cili padi…. itulah gambaran terbaik buat pelumba bernombor 12 dari Negeri Sembilan yang berjaya mencipta sejarah buat dirinya selepas menjadi juara keseluruhan dengan kutipan 176 mata. Tangga kedua keseluruhan dengan 163 mata dimenangi oleh Aeiman Hafidz dari Johor yang juga juara litar Bandar Penawar manakala anak muda dari Terengganu, Md Izham Hanafi di tangga ketiga dengan 155 mata.
Tahniah diucapkan buat kesemua 21 orang pelumba kategori ini yang menunjukkan tunggangan mantap serta semangat juang yang tinggi sejak di pusingan pertama pada April lalu. Terus usaha dan jangan mudah patah semangat!


Cabaran Yamaha NVX
Pertarungan akhir kategori ini terpaksa dibatalkan berikutkan hujan yang cukup lebat membasahi litar Bandar Penawar. Berikutan dengan itu, juara keseluruhan dikira mengikut keputusan yang diperoleh pada perlumbaan pusingan kesembilan tempohari.
Dalam saingan tersebut, Zairul Kazzreen berjaya menebus kekecewaannya di Batu Kawan dengan menjulang piala kemenangan seterusnya takhta kejuaraan keseluruhan dengan 197 mata. Naib juara kategori ini dimenangi oleh Haziq Hanafi dari Selangor dengan 137 mata diikuti Adib Kharith di tangga ketiga (121 mata) dan Aiman Aziz di tangga keempat dengan 86 mata.


Kita tinggalkan musim ini dengan harapan beserta doa agar keselamatan para pelumba, petugas dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlumbaan cub prix ini terjaga untuk musim hadapan. Sehingga jumpa lagi. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.