Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Mei 2017

Adib Rosley Curi Tumpuan

Perlumbaan CP150 telah masuk ke pusingan kedua dan ternyata persaingan kelas ini semakin sengit dan ini disebabkan para pelumba dan krew pasukan semakin mahir dalam mencari talaan yang sesuai dengan keadaan litar serta gaya tunggangan seseorang pelumba itu.

Dalam perlumbaan pusingan kedua yang berlangsung di Litar Tangkak, pelumba pasukan Petronas Yamaha Maju Motor iaitu Kasma Daniel telah dijangka akan mengungguli sesi ujian masa tanpa sebarang masalah. Benar...Kasma merupakan pelumba terpantas dengan catatan masa 44.468 saat tetapi kelincahan pelumba pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing, Adib Rosley meratah setiap selekoh litar ini mencuri tumpuan apabila dia berjaya meraih petak kedua dengan perbezaan masa yang sangat kecil berbanding Kasma. Ia membakar semangat Adib untuk mendapatkan tempat yang lebih baik berbanding di Temerloh.

Para pemenang CP150 di Litar Tangkak. Dari kiri: Adib, Kasma dan Norizman.
Para pemenang CP150 di Litar Tangkak. Dari kiri: Adib, Kasma dan Norizman.

Apa pun, permulaan sempurna yang dilakukan oleh Kasma jelas sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pelumba. Kasma tidak perlu banyak masa untuk mula membuka jarak seterusnya memimpin perlumbaan dengan penuh keyakinan. Adib yang pada mulanya agak selesa di tempat kedua mula resah apabila Zaqhwan, Norizman, Along dan Afif mula merapatkan diri. Seperti Kasma, Adib juga memperkemaskan tunggangan untuk kekal di depan manakala ketiga-tiga pelumba di belakangnya saling cuba membuktikan siapa lebih hebat.

Cuaca terik tidak menggugat tumpuan Kasma untuk sekali lagi melintasi garisan penamat di tempat pertama meninggalkan Adib sejauh enam saat di belakang yang menamatkan saingan di posisi kedua. Selepas berhempas pulas mengekalkan kedudukan daripada diterjah lawan, Norizman Ismail akhirnya berjaya meraih podium pertamanya musim ini di tempat ketiga.

“Permukaan litar agak teruk dan saya cuma mengekal momentum dan kelajuan untuk tamatkan perlumbaan. Memandangnya Adib yang sudah agak jauh di belakang, saya sekadar mengemaskan kawalan untuk mendapatkan kemenangan yang penting ini. Oleh kerana saya juga akan berlumba di dalam Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV, saya tidak akan dapat bersaing dalam cub prix dalam dua atau tiga pusingan. Saya perlu menang di setiap pusingan yang disertai untuk memungut mata setinggi mungkin agar takhta kejuaraan masih berjaya dipertahankan,” komen Kasma.

CP115

Dua kali petak pertama, dua kali juara. Itulah prestasi cukup konsisten dan mantap yang sedang dipamerkan oleh Akid Aziz dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor. Litar Tangkak yang agak teknikal sememangnya memberi peluang kepada pelumba yang lincah dan berani. Walaupun terbabas dalam lap kedua, Akid masih gagah untuk meneruskan cabaran dan lebih mengagumkan apabila dia berjaya memintas seorang demi seorang untuk muncul juara.

Selepas gagal menyekat kemaraan Akid, pertarungan tempat kedua lebih sengit. Syukran, Haziq, Fareez, Nazirul dan Tengku masing-masing cuba mengatasi satu sama lain di atas litar yang agak licin dan kurang baik. Perebutan tempat kedua dalam perlumbaan akhir CP115 di Tangkak memihak kepada Ahmad Syukran dengan catatan masa 11:56.690s diikuti Haziq ketiga dan Fareez di tempat keempat.

Khairi Asyraf (33) bermula dengan baik tetapi gagal menyaingi kepantasan Aiman (55) yang menang di Litar Tangkak.

WIRA

Perlumbaan akhir kelas ini menunjukkan pertarungan hebat di antara dua rakan sepasukan Md Aiman dan Md Khairi yang mendapat sorakan daripada ribuan peminat cub prix yang membanjiri Litar Tangkak. Litar yang mempunyai sembilan selekoh ini memerlukan tumpuan dan kecekapan terutamanya dari segi kawalan brek dan posisi gear.

Aiman dan Khairi yang mengungguli cabaran akhir ini begitu sengit sehingga meninggalkan pelumba di posisi ketiga, Syarifuddin hampir lima saat di belakang. Turut mempamerkan semangat juang yang tinggi ialah pelumba dari Johor iaitu Md Syafieq dan Danial Syahmi dari Perak yang masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.

Kemenangan ini telah meletakkan Aiman di tangga teratas pungutan mata keseluruhan dengan 41 mata diikuti Saiful Azhary (33 mata) dan Danial Syahmi di tangga ketiga dengan 31 mata.

Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.
Para pemenang Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.

Yamaha Petronas Super Series

Hasrat Md Adib untuk menewaskan Md Aiman di pusingan kedua gagal selepas lawannya itu berjaya menghabiskan 10 lap perlumbaan akhir dengan kemas dan yakin sekali. Walaupun cuba memberi tekanan dan cabaran di peringkat awal, ia masih belum mencukupi buat Adib untuk berdiri megah di tangga tertinggi podium.

Aiman yang menang dua kali berturut-turut meraih 50 mata bersih untuk berada di hadapan sekali diikuti oleh Adib dengan 40 mata (dua kali sebagai naib juara). Pastinya para pelumba lain seperti Md Faris, Nashreza dan Md Faiz akan mencari keserasian untuk memberi saingan lebih sengit pada perlumbaan musim ini.

Mohd Aeiman (6), Md Haziq (15) dan Md Akmal (8) menunjukkan tunggangan yang cukup membanggakan.

Cabaran Honda Wave Alpha

Pelumba bernombor '9' mendapat perhatian ramai dalam persaingan kali ini. Ini bukan hanya kerana bakatnya dalam sukan ini tetapi juga pada namanya iaitu Amier Rossi. Seperti pusingan pertama di Temerloh, Md Zaki adalah antara calon yang dijangka akan menyinar dan kali ini kemenangannya tidak dapat diraih dengan mudah kerana terpaksa menahan serangan daripada Amier Rossi yang hanya ketinggalan 0.490 saat sahaja di belakang Zaki.

Md Hazim berjaya memperbaiki prestasinya dengan kejayaan podium di tempat ketiga manakala naib juara pusingan pertama, Aeiman kali ini terpaksa berpuas hati dengan kutipan 10 mata apabila sekadar di tempat keenam. RR

Isu Pada

Mei 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta