Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 13 April 2017

CP 150 Era Baru Dunia Cub Prix

Tahun 2017 merupa-kan musim pertama buat perlumbaan motosikal paling popular tanahair iaitu cub prix dengan menggunakan jentera bersesaran 150cc yang lebih berkuasa dan lebih berteknologi tinggi. Ternyata, kategori baru melibatkan jentera Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R ini telah mendapat maklum balas yang cukup positif daripada para pencinta motosikal di seluruh negara dan pasti kesemuanya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat prestasi sebenar jentera ini dalam perlumbaan.

Perlumbaan sulung telah membuka tirainya pada awal Mac lalu bertempat di Litar Temerloh, Pahang. Musim ini menawarkan enam lagi persaingan iaitu CP150, CP115, Wira, Yamaha Petronas Super Series, Cabaran Honda Wave Alpha dan Piala Petronas Sprinta Pro-Am.

Para pemenang CP150. Dari kiri: Fazli Sham, Kasma (duduk) dan Zaqhwan.

CP 150

Dengan penggunaan enjin suntikan bahan api dan unit ECU, cabaran terbaru musim ini sudah tentu tertumpu kepada kebijaksaan para pasukan dalam membuat talaan pada jentera masing-masing mengikut tunggangan dan rekabentuk sesebuah litar. Menerusi bacaan dan data tepat tunggangan para pelumba yang dipaparkan di komputer, setiap pasukan akan memastikan tahap kawalan kuasa, saspensi, brek dan penggunaan pendikit berada di tahap optimum.

“Selain perlu cepat memahami segala bacaan data, hubungan baik di antara mekanik dan pelumba sangat penting agar maklum balas berkenaan dengan data dapat dibincang untuk talaan lebih sempurna. Bagi pasukan kami, segala perkongsian dan perbincangan akan dapat mempercepatkan pembangunan jentera,” kata Shahrol Yuzy.

“CP150 ini memang bagus kerana kami banyak belajar perkara baru. Talaan brek, enjin, saspensi yang berteknologi tinggi dan kesemuanya kini boleh ditala dengan menggunakan komputer. Dengan adanya perkara baru dan maju ini, ia memang bagus untuk mempertingkatkan sukan permotoran Malaysia,” kata Elly Idzlianizar.

Memang cukup menarik! Berikutan dengan era baru ini, khemah-khemah setiap pasukan kelihatan agak sibuk dengan perbincangan dan perbandingan yang sedang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada jentera masing-masing. Sesi Superpole menunjukkan kemantapan Md Zaqhwan Zaidi mencatatkan masa terpantas iaitu 43.531 saat untuk menduduki petak pertama. Ketinggalan hanya 0.254 saat di belakangnya ialah Juara CP130 tahun lalu, Kasma Daniel diikuti pula oleh Md Fitri Ashraff dan pelumba senior, Ahmad Fazli Sham di petak keempat.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir dijalankan, Kasma meluru dengan pantas untuk merebut posisi paling hadapan. Pelumba Motul YY Pang, Adib Rosley pula berjaya memintas Zaqhwan, Fazli dan Fitri untuk berada di tempat kedua. Sedang mereka bergelut sesama sendiri, Kasma mengambil peluang untuk melarikan diri.

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh Zaqhwan menyebabkan Adib terpaksa menyerahkan kedudukannya. Kini tinggal Zaqhwan dan Fazli sahaja yang bekerja keras untuk mengatasi satu sama lain. Keghairahan ini telah meraih sorakan yang cukup gemuruh daripada para penonton, Kasma yang nun jauh di depan menang dengan catatan masa 14:38.563s manakala persaingan sengit antara dua pelumba senior dimenangi oleh Ahmad Fazli Sham yang berjaya memintas Zaqhwan beberapa lap sebelum tamat.

Pasukan Yamaha Motul YY Pang diwakili oleh Md Fareez (68) dan Tengku Amirul (18).

CP115

Tengku Amirul, Md Akid dan Md Haziq, tiga pelumba utama yang bakal mewarnai kategori CP115 dengan aksi-aksi garang dan memukau. Akid pastinya akan mempertahankan kejuaraan manakala Tengku Amirul sudah bersedia membuka lembaran baru untuk mencari kejuaraan. Haziq turut ingin mencipta nama seperti rakan sepasukannya Akid dalam pentas yang cukup kompetitif ini.

Seperti yang dijangka, pusingan pertama sudah mula mempertontonkan keghairahan para pelumba CP115 untuk mencipta nama. Selain tiga pelumba yang disebutkan, para pelumba seperti Mohd Fareez Affez, Harith Farhan dan Juara Wira 2016, Syafiq Ezzariq juga tidak kurang hebatnya.

Dalam perlumbaan akhir, Akid yang bermula di petak pertama tidak bermula dengan sempurna berbanding Haziq, Tengku dan Fareez. Walaupun begitu, dia tenang untuk mengekori dari belakang dan memintas seorang demi seorang. Selepas Fareez terbabas pada lap ke-13, Afiq semakin yakin untuk memintas Haziq seterusnya muncul juara hanya dengan perbezaan masa 0.820 saat. Tengku Amirul yang ketinggalan 9.8 saat di belakang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk meraih 16 mata.

Juara Wira Temerloh, Saiful Azhary.
Juara Wira Temerloh, Saiful Azhary.

WIRA

Tahniah buat pelumba dari Johor, Saiful Azhary yang memulakan musim 2017 dengan 'langkah kanan' selepas mempamerkan tunggangan bertenaga sepanjang 12 lap untuk muncul juara. Walaupun begitu, kemenangan tidaklah semudah yang disangka kerana Danial Syahmi, Md Aiman dan Syafieq turut mempunyai skil yang semakin baik.Dalam perlumbaan akhir, Saiful dilihat lebih bertenaga untuk meratah setiap selekoh di Temerloh manakala Aiman dan Danial dari pasukan sama bersaing sesama sendiri untuk memnbuktikan keupayaan masing-masing. Saiful memungut 25 mata penting setelah melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan 9:23.448 saat diikuti Danial Syahmi dan Aiman masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Yamaha Petronas Super Series

Perlumbaan kali ini disertai oleh 20 orang pelumba dari seluruh negara yang berumur di antara 13 hingga 19 tahun yang telah dipilih melalui ujian yang dijalankan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd. Sememangnya agak terlalu awal untuk kita teka pelumba mana yang bakal mendominasi. Ini kerana semuanya cukup bersemangat untuk mengatasi pencabarnya.

Perlumbaan akhir 10 lap itu dimenangi oleh Md Aiman Aziz dengan masa 8:27.660 diikuti Md Adib dan Md Hazim, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Honda Wave Alpha

Perlumbaan satu jenama ini telah memperkenalkan kita dengan jagoan Moto3 dan terkini pelumba Moto2, tidak lain dan tidak bukan... Khairul Idham Pawi. Ya... dia juga salah seorang pelumba yang lahir dari perlumbaan seperti ini. Semestinya ia membuktikan persaingan ini masih penting dan merupakan platform terbaik buat para pelumba muda tanahair mencari nama dalam sukan permotoran.

Seramai kira-kira 20 pelumba berusia di antara 14 hingga 17 tahun yang akan berada di petak-petak garisan permulaan di setiap pusingan dan antara pelumba yang agak menyinar pada perlumbaan sulung musim ini ialah Md Zaki, Aeiman, Daniel dan Haizilazari. RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.