Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 11 Julai 2018

Duo Ducati Pamer Taring Di Mugello

Tiga pemenang utama... tiga kegembiraan berbeza. Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan Valentino Rossi menamatkan pertarungan penuh dramatik pada perlumbaan pusingan keenam yang berlangsung di Autodromo del Mugello, Itali pada 3 Jun lalu. Rossi yang berlumba di halaman sendiri tidak menghadapi sebarang masalah mendapatkan catatan masa terpantas dengan 1'46.208 saat untuk merebut petak utama. Jorge Lorenzo yang sudah agak lama tidak menyinar kembali mendapat rentak di petak kedua manakala Vinales di petak ketiga.

Lorenzo bermula dengan sangat cemerlang untuk membawa jentera Ducatinya ke hadapan sambil diekori rapat oleh Rossi, Vinales, Iannone dan Marquez. Sorakan dan asap berwarna kuning dari para penyokong 'The Doctor' memeriahkan suasana pada perlumbaan akhir tersebut. Walaupun Rossi memiliki banyak peluang untuk memintas, kawalan jentera yang cukup mantap berjaya dipamer oleh Lorenzo ketika menutup setiap ruang. Sedang Rossi berusaha mencari ruang, Marquez bijak meloloskan diri untuk ke posisi kedua. Marquez terbabas pada lap kelima walaupun kelihatan ketika itu dia mencuba sedaya upayanya untuk menegakkan jenteranya.

Penantian Jorge Lorenzo berakhir dengan penuh kecemerlangan.
Penantian Jorge Lorenzo berakhir dengan penuh kecemerlangan.

Pertarungan terus sengit. Kali ini kelompok utama dibarisi oleh Lorenzo, Rossi, Iannone dan Dovizioso yang juga memecut bagaikan lipas kudung. Pelumba Ducati itu berjaya memintas Iannone dan Rossi untuk berada di belakang teman sepasukannya Lorenzo. Keduadua jentera Desmosedici mula membuka jarak manakala jaguh tuan rumah (Rossi) agak tercicir sedikit selepas dipintas oleh rakan senegaranya, Iannone.

Rossi ternyata tidak rela untuk membiarkan Iannone mendapat podium seterusnya mengemaskan tunggangan dan akhirnya berjaya membuat pintasan yang cukup cantik pada tujuh lap terakhir. Rossi mengekalkan momentum untuk melintasi garisan penamat di tempat ketiga. Pencapaian itu juga berjaya meletakkan dirinya selaku pelumba pertama meraih 5,000 mata dalam kelas prima. Ia adalah satu pencapaian yang sangat bermakna dan bersejarah buat Valentino Rossi.

Saat paling menggembirakan buat Rossi - Menang di ‘rumah’ sendiri.
Saat paling menggembirakan buat Rossi - Menang di ‘rumah’ sendiri.

Dua pesaing Suzuki yang menggerunkan pihak lawan, Andrea Iannone (29) & Alex Rins.

Khemah 'rumah merah' bergema apabila kedua-dua pelumba mereka, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso masing-masing menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dan kedua. Gerak tubuh Lorenzo yang penuh bersemangat dan emosi cukup untuk menghentikan segala kritikan yang dialaminya sejak berpindah dari pasukan Yamaha ke Ducati.

“Saya sangat gembira! Semalam saya ada katakan bahawa ia adalah mimpi untuk menang di Mugello bersama jentera Ducati dan hari ini, mimpi tersebut menjadi kenyataan. Ia adalah antara kemenangan yang paling istimewa buat saya seperti mana yang pernah saya rasakan ketika menang kali pertama dalam kelas 125cc pada 2003 dan dalam kelas MotoGP pada tahun 2008,” komen Lorenzo.

Prestasi Dani Pedrosa musim ini agak menurun sedikit.
Prestasi Dani Pedrosa musim ini agak menurun sedikit.

Menerusi kemenangan ini, Lorenzo kini berdiri sama tinggi dengan lima pelumba lagenda yang pernah memenangi perlumbaan bersama dua jenama motosikal berbeza. Mereka ialah Max Biaggi (Yamaha/ Honda), Valentino Rossi (Honda/ Yamaha), Casey Stoner (Ducati/Honda ), Andrea Dovizioso (Honda/ Ducati) dan terkini... Jorge Lorenzo (Yamaha/Ducati).

Johann Zarco.
Johann Zarco.

Walaupun di tempat kedua, kejayaan ini sangat bermakna buat Dovizioso kerana berjaya merapatkan jurang mata di antara dirinya dan Marc Marquez. Pungutan 20 mata adalah sangat penting buat Dovizioso dan Ducati memandangkan persaingan yang cukup sengit untuk musim ini.

Tahniah juga diucapkan buat pelumba negara, Hafizh Syahrin dari pasukan Yamaha Tech3 yang kini berada di tangga teratas dalam carta pemilihan Rookie Of The Year. Walaupun sekadar di tempat ke-12, Hafizh berjaya menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Franco Morbidelli yang berakhir di tempat ke-15.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin (55) menangkis segala cabaran untuk tamat di tempat ke-12.Marc Marquez (93) terus ‘menghantui’ para pelumba lain dengan gaya tunggangannya yang mantap

Moto2: Litar Mugello menjadi sejarah buat pelumba Portugal, Miguel Oliviera yang berjaya meraih kemenangan pertamanya dalam kelas ini. Oliviera berjaya menewaskan Baldassarri, Mir dan Bagnaia dalam satu pertarungan yang cukup sengit. Ternyata bukan mudah untuk Oliviera menewaskan para pelumba tuan rumah terutamanya Baldassarri dan Bagnaia yang memiliki lebih kecekapan meratah setiap selekoh litar Mugello. Namun begitu, semangat juang yang tinggi adalah resipi utamanya untuk mencapai kejayaan dengan perbezaan masa di antara empat pelumba teratas sekitar 0.4 saat sahaja.

Pusingan kali ini juga memperlihatkan prestasi Khairul Idham Pawi (KIP) yang semakin memuaskan. KIP jelas semakin selesa dan penuh keyakinan memacu jenteranya untuk menamatkan persaingan di tempat ke-18 dan berada di tangga ke-27 keseluruhan.

Moto3: Sayang seribu kali sayang buat Adam Norrodin dari pasukan Petronas Sprinta Racing yang terbabas pada lap ketiga ketika sedang cukup bersemangat beraksi bersama kelompok di hadapan. Adam yang bermula di petak kelapan berjaya mencari posisi terbaik untuk memintas pelumba di hadapannya. Rakan sepasukan, Ayumu Sasaki yang pada mulanya sedikit ketinggalan kembali mendapat rentak pada lap kedua untuk berada di belakang Adam.

Adam Norrodin terbabas ketika berentap bersama kelompok di hadapan.
Adam Norrodin terbabas ketika berentap bersama kelompok di hadapan.

Sebaik sahaja dipintas oleh Sasaki, Adam cuba untuk memberi tentangan tetapi amat mengejutkan apabila jenteranya 'terbang' manakala dia terhumban ke tepi litar. Walaupun jentera hampir hancur, Adam masih gagah untuk bangun tanpa mengalami kecederaan serius. Kita doakan agar dia segera sembuh untuk meneruskan saingan pada perlumbaan akan datang.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Catalunya pada 17 Jun, diikuti Assen, Netherlands pada 1 Julai dan di Sachsenring, Jerman untuk pusingan kesembilan pada 15 Julai nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.