Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mei 2018

Petronas Cub Prix 2018. Pusingan 1 (Tangkak): Ulang Tahun Cub Prix Ke-25

Perlumbaan paling popular tanahair, cub prix ternyata merupakan medan terbaik buat para pencinta perlumbaan motosikal mengasah bakat dan mencabar diri untuk menjadi pelumba yang berkaliber seterusnya mampu untuk mengukir nama di dalam dan luar negara. Sepanjang 25 tahun penganjurannya, Malaysia telah dipertemukan dengan ramai jagoan hebat seperti M. Meganathan, Chia Tuck Cheong, Wazi Abd Hamid, Md Zamri Baba, Rosnizam Md Noor, Ahmad Fuad Baharuddin, Suhadi Ali Rahmat, Norizman Ismail dan ramai lagi.

Kini, semangat juang dan kehebatan mereka terus disambung dengan jayanya oleh Hafizh Syahrin, Azlan Shah Kamaruzaman, Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairuddin, Zaqhwan Zaidi, Adam Norrodin dan para pelumba muda lain yang sedang berusaha dengan gigih sekali untuk mengharumkan nama pasukan dan negara di persada dunia. 25 tahun penuh gemilang telah berlalu... kita harus terus fokus agar Malaysia tidak lekang dalam melahirkan pelumba berbakat besar.

Kasma Daniel, pemenang pertama CP150 musim ini.
Kasma Daniel, pemenang pertama CP150 musim ini.

Kembali ke perlumbaan pusingan pertama. Ternyata persembahan yang ditunjukkan oleh penyandang juara, Kasma Daniel Kasmayuddin cukup konsisten untuk meraih kemenangan. Bermula di petak kedua bukanlah alasan untuknya ketinggalan malah dia berjaya mendapatkan holeshot dan pelumba pertama tiba di selekoh. Pelumba rookie yang juga Juara CP115 musim lalu, Mohd Akid yang membuat kejutan di sesi Superpole tidak dapat menyaingi para pelumba yang lebih berpengalaman.

Pergerakan Kasma diekori rapat oleh Adib, Afif, Ramdan dan Hafiz. Keempat-empat pelumba ini merupakan antara pelumba senior yang cukup berpengalaman dan mampu membuat serangan hampir di sudut mana sekalipun. Litar yang sepanjang 1.2 kilometer ini pada mulanya tidaklah memberi kesukaran buat Kasma untuk membuka jarak tetapi pada lap kelima, dia mula dihimpit oleh Afif yang sudah mula mendapat rentak. Kasma mengemas tunggangannya walaupun kelihatan Afif tidaklah begitu ghairah membuat serangan. Kedudukan kedua-duanya kekal hingga ke garisan penamat.

Para pemenang CP150. Dari kiri: Afif, Kasma dan Hafiz.
Para pemenang CP150. Dari kiri: Afif, Kasma dan Hafiz.
Kasma kemas mempertahankan kedudukan daripada dirampas oleh para pencabarnya.
Kasma kemas mempertahankan kedudukan daripada dirampas oleh para pencabarnya.

Adib (18) berjaya menewaskan Md Fitri dalam perebutan tempat kelima CP150.

Kelompok kedua lebih sengit. Adib terpaksa melepaskan posisinya kepada Ramdan dan Hafiz yang lebih pantas di selekoh. Pada lap ke-11, Hafiz memintas Ramdan dengan gaya yang cukup menarik. Walaupun berhempas pulas cuba untuk mengejar, Hafiz terlalu sukar untuk ditewaskan dan menamatkan persaingan di tempat ketiga.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan pada penghujung perlumbaan kerana memberi saingan sengit. Saya menutup segala ruang agar Afif tidak dapat memintas,” jelas Kasma.

CP115: Dalam saingan ini, Tengku Amirul memulakan musim baru ini dengan cemerlang sekali setelah muncul juara dengan masa keseluruhan 11:45.056s dengan menewaskan para pencabarnya dalam saingan akhir 15 lap itu. Ternyata kumpulan paling hadapan dibarisi oleh para pelumba yang berpengalaman luas seterusnya memberikan 'persembahan' yang cukup mengujakan kepada penonton yang hadir pada hari itu.

Tengku Amirul (tengah) gembira dengan kemenangannya.

Dengan tunggangan yang cukup kemas, Tengku dan Syukran berjaya meninggalkan tiga pelumba di belakang dengan posisi yang agak selesa dan perebutan tempat ketiga di antara Md Haziq, Fareez Afeez dan Syafiq Ezzariq lebih mendebarkan. Ketiga-tiganya saling pintas memintas hinggalah pada dua lap terakhir apabila Syafiq terbabas ketika cuba membuat late braking dan menyebabkan harapannya untuk ke podium terkubur.

Tengku meraih 25 mata penting di tempat pertama diikuti Syukran dan Haziq masingmasing di tempat kedua dan ketiga.

Wira: Pastinya pasukan SIC Junior Team AFB Tech Racing cukup bangga dan gembira apabila keduadua pelumba mereka berjaya mendapatkan kemenangan 1-2 pada perlumbaan pembuka tirai musim ini. Kejayaan Danial dan Harith juga akan menaikkan semangat mereka untuk terus mempamerkan tunggangan berkualiti. Danial ternyata bagaikan berlumba berseorangan apabila langsung tidak menerima sebarang tentangan dari mana-mana pelumba dari awal hingga akhir.

Harith terpaksa berhempas pulas untuk menidakkan segala tekanan pelumba dari Kuala Lumpur, Alif Ashraf di awalawal perlumbaan. Namun begitu, Harith akhirnya berjaya mendapat rentak pada lap ke-10 untuk lebih selesa dan menerima kibaran bendera penamat di tempat kedua dengan catatan masa 10.28.421s. Dalam saingan ini, ketiga-tiga pemenang mencatatkan purata kelajuan yang hampir sama iaitu sekitar 70.5 km/j manakala kelajuan purata para pelumba lain berada di bawah 70 km/j.

Hazim (25) bermula dengan baik tetapi sayangnya terkandas di pertengahan saingan.

Untuk musim ini, tiga perlumbaan kategori Satu Pengeluar atau One Make Race (OMR) telah dijalankan iaitu Cabaran Yamaha Petronas Super Series, Cabaran NVX dan Cabaran Honda Wave Alpha. Lebih daripada 1,900 remaja yang berminat telah membuat permohonan dan daripada jumlah itu, kira-kira 60 orang pelumba berbakat dipilih untuk diserapkan ke dalam ketiga-tiga kategori tersebut. Diharap dengan usaha dan perancangan rapi ini, kita akan dapat melahirkan pelumba muda baru yang mantap dan bersemangat Waja.

Majlis pelancaran musim baru dan ulang tahun Cub Prix ke-25 dimeriahkan dengan kehadiran para jagoan negara.
Majlis pelancaran musim baru dan ulang tahun Cub Prix ke-25 dimeriahkan dengan kehadiran para jagoan negara.

Cabaran Yamaha Petronas Super Series: Seramai 19 pelumba telah dipilih dalam saingan ini yang datangnya dari beberapa buah negeri seperti Selangor (6 orang), Negeri Sembilan (3 orang), Kuala Lumpur (3 orang), Johor ( 3 orang), manakalanPahang, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang masingmasing dengan seorang wakil pelumba.

Dalam perlumbaan akhir, Zafrul, Haziq dan Aliff menunjukkan prestasi cukup cemerlang dengan gaya tunggangan yang mantap. Selekoh-selekoh diratah dengan bersih dan matang manakala serangan yang dilakukan juga cantik. Zafrul muncul sebagai pemenang tetapi hanya 0.313 di hadapan Haziq manakala Aliff menamatkan cabaran dengan perbezaan masa yang sangat dekat.

Haziq Rosmaza menunjukkan tahap kecekapan yang cukup tinggi.
Haziq Rosmaza menunjukkan tahap kecekapan yang cukup tinggi.
Dari kiri: Haziq, Zafrul dan Aliff, pemenang Cabaran Yamaha Petronas Super Series.
Dari kiri: Haziq, Zafrul dan Aliff, pemenang Cabaran Yamaha Petronas Super Series.

Cabaran Yamaha NVX: Dengan memacu jentera automatik, Litar Tangkak yang mempunyai sembilan buah selekoh cukup teknikal dan semestinya menguji kecekapan para pelumba kelas ini. Kecekapan penggunaan brek dan kawalan pendikit menjadi keutamaan buat para pelumba agar sentiasa mendapat momentum untuk memecut meninggalkan lawan.

Md Adib (14) berjaya meninggalkan pesaingnya, Zairul (17) untuk merebut tempat kedua.

Pelumba dari Selangor, Haziq Hanafi menang selesa apabila meninggalkan pencabar terdekat, Adib Kharith tiga saat di hadapan. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh pelumba dari Kuala Lumpur, Zairul Kazzreen dengan purata kelajuan 65.766 km/j. Tahniah juga diucapkan pada kesemua 20 orang pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan tanpa satu pun terkandas.

Model-model baru dari Yamaha menarik minat para pengunjung.
Model-model baru dari Yamaha menarik minat para pengunjung.

Cabaran Honda Wave Alpha: Kelajuan pelumba muda, Idlan Haqimi ketika menyempurnakan 10 lap dalam saingan akhir wajar diberi pujian. Pelumba dari Negeri Sembilan ini meraih masa terpantas di sesi ujian masa dengan gaya kawalan jentera yang cukup baik. Dia sekali lagi berjaya mengulangi kemampuannya itu untuk melintasi garisan penamat di tempat pertama serta menerima 25 mata penting.

Tempat kedua dimenangi oleh pelumba bernombor 14, Md Izzat Raduan dengan catatan masa 9:02.913s manakala ketinggalan hanya 0.178s di belakangnya ialah Aeiman Hafidz, pemenang tempat ketiga.

Juara sulung Honda Wave Alpha, Idlan diapit oleh Izzat (kiri) dan Aeiman.

Kemantapan tunggangan para pelumba muda di Cabaran Honda Wave Alpha memang patut dipuji
Kemantapan tunggangan para pelumba muda di Cabaran Honda Wave Alpha memang patut dipuji
Produk-produk GIVI sentiasa menjadi pilihan para penunggang motosikal di seluruh negara.
Produk-produk GIVI sentiasa menjadi pilihan para penunggang motosikal di seluruh negara.

Perlumbaan pusingan kedua yang dijangkakan berlangsung di Litar Temerloh pada 5-6 Mei 2018 terpaksa ditunda ke tarikh baru berikutan pertembungan dengan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14. RR

Isu Pada

Mei 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.