Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 3 Mei 2018

Crutchlow Menang, Drama Rossi & Marquez Berterusan

Pastinya tiada yang lebih indah dan membanggakan para pelumba dan krew pasukan satelit selain meraih gelaran juara selepas berjaya menewaskan jagoan yang berentap bersama pasukan kilang. Itulah yang dinikmati oleh Cal Crutchlow selepas mengungguli perlumbaan pusingan kedua yang berlangsung di Argentina bulan lalu dan merupakan kemenangan ketiganya dalam kelas ini. Walau bagaimanapun, kemenangan Crutchlow telah dibayangi oleh insiden dan situasi yang agak pelik yang berlaku di antara Marc Marquez dan Valentino Rossi serta kesilapan Marquez di petak permulaan.

Kita mulakan dengan situasi di litar sebelum perlumbaan dimulakan. Pelumba pasukan Alma Pramac Racing, Jack Miller mencatatkan masa terpantas untuk merebut petak pertama dan memilih untuk menggunakan tayar jenis slick memandang permukaan litar yang semakin kering. Para pelumba lain yang telah pun berada di litar terpaksa kembali ke pit untuk menukar tayar dan menyebabkan kelewatan. Sepatutnya para pelumba yang kembali ke pit harus bermula di pit lane tetapi disebabkan jumlahnya terlalu ramai, ini memaksa kesemua 23 orang pelumba (tidak termasuk Jack Miller) bermula 12 petak di belakang petak pertama.

Alex Rins (42) memimpin perlumbaan seketika sebelum dipintas oleh Crutchlow (35) dan Johan Zarco (5) dalam saingan akhir di Argentina.

Jorge Lorenzo sedang berusaha gigih untuk mempertingkatkan prestasi mesin dan dirinya.
Jorge Lorenzo sedang berusaha gigih untuk mempertingkatkan prestasi mesin dan dirinya.

Ketika perlumbaan hendak dimulakan, enjin jentera Marc Marquez mati dengan tiba-tiba. Situasi yang agak kalut itu mendorong Marquez untuk menolak jenteranya agar enjin dapat dihidupkan. Kelihatan dua orang marshal cuba mengatasi masalah tersebut tetapi sebaik sahaja enjin hidup, Marquez terus menunggang semula ke petak grid dan ini juga adalah satu kesalahan iaitu 'Menunggang Dalam Litar Melawan Arus'.

Sebaik sahaja lampu merah dipadamkan, Miller terus memecut sambil diekori rapat oleh Dani Pedrosa, Johan Zarco, Alex Rins, Marc Marquez dan Cal Crutchlow. Sedang cuba mengejar pelumba di hadapan, berlaku sentuhan di antara Zarco dan Pedrosa yang menyebabkan Pedrosa terbabas ke luar litar. Marquez pula terpaksa dikenakan hukuman, 'Ride Through Penalty' yang telah mengakibatkan kedudukannya jauh ke belakang.

Marc Marquez menunggang dengan agak agresif pada perlumbaan pusingan kedua.
Marc Marquez menunggang dengan agak agresif pada perlumbaan pusingan kedua.

Dani Pedrosa (26) bermula dengan baik tetapi terpaksa bersara awal setelah terbabas pada lap pertama.

Kelompok hadapan yang dipimpin Miller semakin sengit apabila Crutchlow, Rins dan Zarco cuba mengatasi satu sama lain. Pada masa yang sama, Marquez kembali memburu dengan tunggangan yang cukup laju sehingga berlaku perlanggaran antara dia dan Aleix Espargaro di selekoh. Tidak lama kemudian, juara bertahan tersebut berjaya memintas Andrea Dovizioso dan cuba pula memintas Valentino Rossi. Ketika inilah drama di antara dua seteru utama ini telah terjadi apabila Marquez sekali lagi membuat serangan di dalam selekoh. Perlanggaran telah berlaku dan menyebabkan Rossi terbabas. Rossi masih berjaya meneruskan perlumbaan tetapi telah kehilangan mata kejuaraan yang berharga.

Berbalik kepada para pelumba di hadapan. Miller akhirnya terpaksa menyerahkan posisinya kepada Crutchlow dan Zarco yang ternyata lebih pantas. Walaupun ditentang cukup hebat oleh Zarco, Crutchlow akhirnya dikibarkan bendera penamat dengan catatan masa 40'36.342s diikuti Zarco dan pastinya satu kebanggaan buat pasukan Suzuki apabila Alex Rins berjaya memintas Miller untuk meraih podium pertamanya. Miller di tempat keempat dan tidak jauh darinya ialah pelumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Vinales di posisi kelima.

“Kemenangan ini memang tidak disangka. Saya tiba di sini dengan impian mendapat kemenangan atau di tempat kedua (di belakang Marquez) dan berakhir dengan kejayaan. Saya sangat selesa sepanjang persaingan dan sangat berbangga kerana menyumbang kemenangan kali ke 750 untuk jenama Honda,” komen Crutchlow, juara litar Argentina. Nasib kurang baik terus menimpa Marquez apabila dikenakan lagi penalti 'Ride Through Penalty' atau penambahan 30 saat pada jumlah catatan masa kerana melakukan kesalahan menunggang secara bahaya. Ini mengakibatkan Marquez tamat di kedudukan ke-18. Rossi yang tetap meneruskan cabaran melintasi garisan penamat di tempat ke-19.

Rossi menamatkan cabaran di tempat ke-19 di Argentina.
Rossi menamatkan cabaran di tempat ke-19 di Argentina.
Tahniah Hafizh Syahrin kerana berjaya menamatkan perlumbaan di antara 10 pelumba terbaik.
Tahniah Hafizh Syahrin kerana berjaya menamatkan perlumbaan di antara 10 pelumba terbaik.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 menamatkan saingannya di Argentina dengan keputusan yang sangat membanggakan. Dia berjaya meraih tempat kesembilan selepas berjaya memintas pelumba berpengalaman, Danilo Petrucci dengan gaya tunggangan yang cukup mantap. Kejayaan itu telah meletakkan dirinya ke tangga ke-13 dunia dengan sembilan mata berharga.

Dua pelumba yang sedang mengharumkan nama Malaysia. Dari kiri: Zulfahmi dan Hafizh.
Dua pelumba yang sedang mengharumkan nama Malaysia. Dari kiri: Zulfahmi dan Hafizh.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan dalam perlumbaan akhir, saya memiliki rentak yang cukup baik sehingga mampu mengekori para pelumba pasukan Factory Yamaha. Untuk memintas Ducati memang sukar kerana mereka memiliki kelebihan di laluan lurus, saya telah cuba tetapi mustahil untuk lakukannya. Tempat kesembilan sangat mengagumkan dan tahniah untuk Zarco atas kejayaan podium. Saya akan bekerja keras untuk perlumbaan akan datang,” kata Hafizh.

Ternyata perlumbaan pusingan kedua memberi kesukaran buat para pelumba Ducati apabila Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan ke-15.

MOTO2: Pelumba Itali, Mattia Pasini kini di tangga teratas carta keseluruhan dengan 38 mata selepas mengungguli litar Autodromo Termas, Argentina dengan tunggangan yang cukup kemas. Satu-satunya pelumba yang mampu memberi cabaran ialah pemenang naib juara, Xavi Vierge dari pasukan Dynavolt Intact GP.

Zulfahmi Khairuddin menunjukkan tunggangan yang kemas dan meyakinkan.
Zulfahmi Khairuddin menunjukkan tunggangan yang kemas dan meyakinkan.

Khairul Idham Pawi dari pasukan Honda Team Asia turut meraih pengalaman berharga di litar tersebut dan menamatkan cabaran di tempat ke 24 manakala Zulfahmi Khairuddin di tempat ke-26.

MOTO3: Tahniah buat Adam Norrodin atas persembahan yang cukup hebat walaupun keadaan litar yang tidak begitu meyakinkan. Adam yang bermula di petak keempat ternyata diberi tentangan hebat oleh para pelumba seperti Fabio Di Giannantonio, Enea Bastianini dan Alonso Lopez.

Tunggangan benar-benar berkualiti dan kemas yang dimiliki oleh pelumba negara ini membolehkan dia sentiasa bersama kelompok hadapan dan berjaya melintasi garisan penamat di tempat kelima. Adam kini berada di tangga kelapan keseluruhan dengan kutipan 16 mata.

Adam Norrodin terus memberikan keputusan yang konsisten dan cemerlang
Adam Norrodin terus memberikan keputusan yang konsisten dan cemerlang

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Americas, USA pada 22 April manakala Litar Jerez, Sepanyol akan menjadi tuan rumah untuk pusingan keempat yang dijadualkan pada 6 Mei nanti. RR

Isu Pada

Mei 2018

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.