Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 11 April 2016

Rea Di Depan... Sykes Mengejar...

Musim 2016 telah kembali dengan gelaran juara sekali lagi menjadi rebutan pada pelumba dan pengeluar motosikal. Jika diteliti pada keputusan perlumbaan lima tahun kebelakangan ini, takhta juara diungguli oleh dua pasukan sahaja iaitu Kawasaki (Juara 2013 dan 2015) dan Aprilia (2010, 2012 dan 2014) manakala Ducati juga pernah merangkul kejuaraan iaitu pada tahun 2011 menerusi pelumba tersohor dari Sepanyol, Carlos Checa.

Walaupun telah memperkenalkan model terbaru GSX-R1000 di pameran motosikal EICMA tahun lalu, Suzuki tidak menyenaraikan pasukan mereka pada musim ini dalam WSBK kerana memberi tumpuan pada perlumbaan MotoGP. Ketiadaan pasukan Suzuki telah diganti dengan kemasukan semula jentera Yamaha R1 2016 yang kini diwakili oleh pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK yang menyenaraikan dua pelumba berpengalaman iaitu Sylvain Guintoli dan Alex Lowes sebagai taruhan.

Jentera BMW S1000RR turut bakal memberi saingan menerusi pasukan Althea BMW Racing dan Milwaukee BMW. MV Agusta turut menjanjikan prestasi terbaik menerusi pasukan MV Agusta Reparto Corse yang dikuatkan oleh Leon Camier.

Dari kiri: Rea, Sykes dan Davies akan terus bersaing sengit pada musim ini.
Dari kiri: Rea, Sykes dan Davies akan terus bersaing sengit pada musim ini.

Musim ini disertai seramai 24 orang pelumba dan semestinya memberi kesukaran buat para pelumba teratas seperti Tom Sykes, M. Van Der Mark, Charles Davies dan semestinya juara bertahan, Jonathan Rea untuk mengekalkan jentera bernombor '1' di kedudukan hadapan sekali.

Pusingan pertama yang berlangsung di Litar Philip Island ternyata membuka mata semua pelumba apabila dua pelumba Kawasaki mula mengungguli persaingan musim ini. Perlumbaan pertama menyaksikan Juara 2013, Sykes meraih petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas di sesi ujian masa diikuti oleh Giugliano (Ducati) dan Rea (Kawasaki). Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, kedua-dua jentera ZX-10R terus meluru tetapi diekori rapat oleh dua buah Ducati 1199 Panigale R (Davies dan Giugliano) dan sebuah CBR 1000RR SP tunggangan Van Der Mark.

Tidak lama selepas itu kedudukan berubah apabila Sykes berjaya dipintas oleh tiga oleh pelumba menyebabkan dia sedikit tercicir di hadapan meninggalkan Rea berseorangan di depan menepis segala serangan daripada Van Der Mark, Davies dan Giugliano. Akhirnya perlumbaan pertama dimenangi oleh Rea diikuti Davies dan Van Der Mark.

Dalam perlumbaan kedua, Van Der Mark berjaya membuat kejutan apabila mampu memimpin perlumbaan hampir ke hujung persaingan. Sayangnya dia terpaksa akur dengan keupayaan Rea dan Davies yang berjaya memintas lima lap sebelum tamat. Malang menimpa Davies apabila dia pula terbabas pada lap terakhir seterusnya memberi kemenangan kedua buat Rea di litar ini diikuti Van Der Mark dan Giugliano.

Bagi pasukan Yamaha, kedudukan tempat keenam (perlumbaan 1) dan kelima (perlumbaan 2) oleh Guintoli ternyata memberikan semangat dan rangsangan untuk terus mendapatkan talaan terbaik.

Supersport (SSP)

Persaingan musim ini pastinya lebih menarik apabila pelumba kebanggaan negara, Zulfahmi Khairuddin memulakan langkah barunya dengan menunggang Kawasaki ZX-6R bersama pasukan Orelac Racing VerdNatura. Walaupun terpaksa bersaing dengan para pelumba berpengalaman SSP seperti Randy Krummenacher, Kenan Sofuoglu, Jules Cluzel dan Patrick Jacobsen, Fahmi cukup berkeyakinan untuk memberikan keputusan terbaik. Dalam penampilan sulungnya, Fahmi menamatkan perlumbaan di tangga ke-13 dan ia adalah satu permulaan yang cukup positif.

Pusingan Kedua (Thailand)

Selepas kecewa pada pusingan pertama, Tom Skyes tiba di Litar Chang International Circuit, Thailand dengan semangat yang membara. Dalam perlumbaan pertama, petak paling hadapan diungguli oleh pelumba Honda, Van Der Mark diikuti Sykes dan Rea. Permulaan yang sempurna oleh Rea memberikannya peluang untuk mendapatkan kedudukan di depan tetapi tidak habis satu lap, Sykes berjaya memintas. Kemantapan Sykes dan Rea mengawal jentera masing-masing akhirnya membuka jarak yang lebar berbanding pelumba di posisi ketiga.

Lima lap sebelum tamat, Rea membuat serangan dan berjaya menewaskan Sykes untuk meraih kemenangan. Walaupun cuba mengejar, Van Der Mark akhirnya terpaksa akur dengan kepantasan dua jentera 'hijau' di hadapannya untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Dua pelumba Yamaha, Alex Lowes (22) dan Sylvain Guintoli berjaya mempamerkan tunggangan yang mengagumkan.

Sykes ternyata tidak mahu lagi memberi peluang kepada mana-mana pelumba mendekatinya apabila memecut dengan pantas sebaik sahaja perlumbaan kedua dimulakan. Rea cuba memberi tekanan seperti mana pada sebelumnya tetapi kali ini Sykes lebih cekap menutup ruang seterusnya mengemaskan tunggangan hingga ke garisan penamat.

Van Der Mark pula tidak berupaya mengekang kemaraan penunggang Ducati, Davies yang mempunyai lebihan kuasa terutamanya di laluan lurus. Walaupun mampu merapati dua pelumba di hadapannya, Davies terus kempunan untuk mendapatkan kejuaraan yang kini berpihak kepada Tom Sykes manakala Rea di tempat kedua.

Kenan Sofuoglu cuba mengejar Cluzel demi mencapai sasarannya untuk bergelar juara.
Kenan Sofuoglu cuba mengejar Cluzel demi mencapai sasarannya untuk bergelar juara.

Supersport (SPP) Thailand

Para peminat Fahmi di Malaysia pastinya berbangga apabila pelumba negara ini berjaya menamatkan saingannya pada pusingan kedua di tempat ketujuh selepas mengharungi 17 lap yang cukup mendebarkan. Dengan kedudukan ini, Fahmi berada di kedudukan ke-11 dengan 12 mata.

Tahniah juga buat pelumba MV Agusta, Jules Cluzel yang mempamerkan tunggangan luar biasa untuk menewaskan dua pelumba Kawasaki (Sofuoglu dan Krummenacher) dan Jacobsen yang memacu jentera Honda untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini. Krummenacher berada di tangga tertinggi saingan SSP ini dengan 38 mata diikuti Jacobsen (27 mata) dan Cluzel ke tangga ketiga dengan 25 mata.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Sepanyol pada 1 April dan di Netherlands pada 17 April nanti. Jangan lepaskan peluang untuk melihat dan menyokong pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin #supportfahmi63. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.