Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 April 2018

Melandri Juara Berganda Pusingan Pertama

Selamat datang ke perlumbaan pertama WSBK 2018 yang membuka tirainya di litar terkemuka dunia, Phillip Island pada akhir Februari lalu. Sudah tentu perlumbaan pertama ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelumba, krew pasukan, para pengurus, pihak media dan seluruh pencinta perlumbaan motosikal di dunia. Siapa mampu mencabar sang juara pada tahun ini? Jentera mana lebih pantas? Semangat pelumba mana yang lebih hebat? Itulah di antara persoalan yang berlegar di minda sebelum perlumbaan dimulakan.

Untuk pertaruhan musim ini, setiap pasukan akan membariskan jentera dan pelumba yang cukup berkaliber serta mantap. Kawasaki tetap bersama dua jagoan utamanya iaitu penyandang juara, Jonathan Rea dan Tom Sykes. Pencabar utama 'rumah hijau' tentulah pasukan Aruba.it Racing Ducati yang dibarisi oleh Chaz Davies dan pelumba Itali, Marco Melandri. Pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK yang berjaya menunjukkan kehebatannya musim lalu kembali dengan menyenaraikan dua pelumba hebat mereka iaitu Alex Lowes dan Michael Van Der Mark yang akan bersaing menggunakan jentera YZF R1.

Kekuatan jentera di antara Davies (7) dan V. Der Mark seimbang, hanya kemahiran menentukan pemenang.

Pasukan Gulf Althea BMW Racing lebih bersedia musim ini dengan kembalinya Loris Baz ke dunia WSBK selepas lebih daripada tiga tahun berlumba di MotoGP. Sudah pasti Loris akan menggunakan seluruh keringat dan pengalamannya untuk membawa BMW S 1000 R ke kemuncak. Antara nama-nama lain yang pastinya mewarnai perlumbaan tahun ini ialah Leon Camier (Honda CBR1000RR), Jordi Torres (MV Agusta 1000 F4), Xavi Fores (Ducati), Eugene Laverty (Aprilia RSV4 RF) dan ramai lagi.

Dalam perlumbaan pembukaan, Tom Sykes bermula dengan cukup cemerlang dengan memacu jentera Kawasaki ZX10Rnya untuk berada di posisi paling hadapan. Mengekori rapat di belakang ialah Rea dan Melandri yang masing-masing mempertontonkan tahap tunggangan yang berkualiti tinggi. Sedang Rea mencari ilham untuk memintas Sykes, Melandri menemui ruang cantik untuk menyerang. Tidak lama kemudian, Sykes pula menjadi mangsa.

Tom Sykes cemerlang dalam Perlumbaan 1 dengan kejayaan di tempat kedua.
Tom Sykes cemerlang dalam Perlumbaan 1 dengan kejayaan di tempat kedua.

Melandri cukup selesa apabila berjaya membuka` jarak di setiap lap tanpa diganggu oleh para pencabar yang lain. Dengan penuh bangga, pelumba Itali ini menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan catatan masa 1'31.182 saat. Walaupun di tempat kedua, Sykes amat gembira kerana ia merupakan podium pertamanya di litar tersebut sejak 2009 dan semestinya ia adalah pembukaan musim baru yang positif.

Ducati pastinya tersenyum lebar apabila dua lagi pelumbanya iaitu Chaz Davies dari pasukan Aruba.it Racing dan Xavi Fores, pelumba pasukan Bami Racing masingmasing menamatkan persaingan di tempat ketiga dan keempat. Juara 2017, Jonathan Rea pula terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

Tiada yang lebih menggembirakan Melandri apabila menamatkan cabarannya pada Perlumbaan 2 sebagai juara berganda. Persaingan lebih sukar apabila setiap pelumba dikehendaki menukar tayar pada lap ke-12 dan ini memerlukan taktik yang bijak agar kedudukan dapat dikekalkan – terutamanya bagi mereka yang berada di hadapan pada 12 lap pertama.

Rea, Forres, M.Van der Mark terlebih dahulu menukar tayar diikuti oleh Davies, Melandri dan Camier. Paddock kemudiannya semakin sibuk apabila para pelumba semakin bertambah. Ternyata dengan kawalan jentera yang cemerlang, Melandri berjaya mengekalkan momentum untuk mengejar kelompok hadapan yang diketuai oleh Fores, Rea dan Sykes. Ketika perlumbaan berbaki dua lap, Rea dan Melandri saling memintas. Jentera Panigale dilihat lebih pantas di laluan lurus manakala pengendalian jentera di selekoh oleh Rea memang antara yang terbaik. Marco Melandri akhirnya berjaya membuat serangan terakhirnya di garisan penamat untuk meraih kemenangan dengan perbezaan masa hanya 0.021 saat.

Kemenangan Rea (1) tidak mudah. Dia ‘dipaksa’ bekerja keras oleh V. Der Mark (60) dan Marco Melandri (33).“Memang ia perlumbaan yang luar biasa kerana ramai pelumba yang benar-benar pantas pada 10 lap terawal. Memang sukar untuk membuat perancanga terutamanya ketika dalam saat-saat akhir tetapi saya amat bertuah kerana dapat menemui rentak dan pecutan yang baik. Rea pula cukup cekap membrek di Selekoh 1 dan cukup bijak memasuki Selekoh 2. Mujurlah Panigale saya sangat cemerlang untuk muncul juara,” komen Marco Melandri.

“Saya gembira dengan posisi hari ini kerana keadaan saya kurang baik sejak hari Rabu lagi. Saya memiliki kelebihan di selekoh dan ada peluang untuk menang. Apa pun, pertarungan tadi tentunya disukai penonton yang sentiasa memberi sokongan padu buat saya setiap kali berlumba di sini. Terima kasih Australia... kini saya ingin kembali sihat untuk pertarungan di Thailand pula,” kata Jonathan Rea.

Mahias menunjukkan gaya tunggangan cukup mengagumkan untuk meraih juara.
Mahias menunjukkan gaya tunggangan cukup mengagumkan untuk meraih juara.
Juara sulung WSSP 2018. Dari kiri: Krummenacher, Mahias dan Cortese.
Juara sulung WSSP 2018. Dari kiri: Krummenacher, Mahias dan Cortese.

Dalam perlumbaan WorldSSP, pelumba pasukan GRT Yamaha Official WorldSSP, Lucas Mahias meraih kemenangan pertamanya musim ini selepas mendapat holeshot dan pecutan yang mengagumkan dari awal hingga akhir. Persaingan mendapatkan kedudukan podium kedua dan ketiga di antara Randy Krummenacher, Sandro Cortese dan Federico Caricasulo yang ketiga-tiganya penunggang jentera Yamaha lebih seronok ditonton.

Kenan Sofuoglu terus bersama pasukan Kawasaki dalam pencarian juara 2018.
Kenan Sofuoglu terus bersama pasukan Kawasaki dalam pencarian juara 2018.

Krummenacher (21) berjaya menewaskan Caricasulo (64) dan Sofuoglu (54) dalam perebutan tangga keempat.

Pertarungan sengit berlangsung sehinggalah ke lap terakhir. Krummenacher memiliki lebih kuasa untuk menang di tempat kedua manakala serangan cukup bijak dari Cortese di selekoh terakhir membolehkan dia menewaskan Caricasulo hanya beberapa sentimeter di garisan penamat. Perlumbaan pusingan kedua berlangsung di Litar International Chang, Thailand pada 23 – 25hb Mac manakala Pusingan Ketiga akan diadakan di Aragon, Sepanyol pada 13 – 15hb April 2018. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.