Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 30 April 2018

Pembukaan Musim Baru Yang Cukup Sengit

Perlumbaan motosikal tersohor dunia, MotoGP telah membuka tirainya pada 18 Mac yang lalu dan ia adalah catatan sejarah terbaru pada Malaysia kerana buat pertama kalinya kita memiliki para pelumba di dalam ketiga-tiga kelas yang dipertandingkan iaitu MotoGP, Moto2 dan Moto3.

Sudah pasti pemilihan pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah sebagai 'ahli' terbaru pasukan satelit Yamaha Tech3 sesuatu yang sangat mengagumkan dan mengujakan semua pencinta motosikal khususnya di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara. Selepas sesi ujian di Litar Sepang dan di Litar Buriram, Hafizh ternyata merupakan calon pilihan pasukan ini untuk berganding bahu dengan seorang lagi pelumba hebat dari Perancis, Johan Zarco.

Dovizioso (4) berjaya menewaskan Marquez walaupun telah diasak bertubi-tubi.

Para pemenang kelas MotoGP pusingan pertama. Dari kiri: Marquez, Dovizioso dan Rossi.
Para pemenang kelas MotoGP pusingan pertama. Dari kiri: Marquez, Dovizioso dan Rossi.

“Sudah pasti saya amat bersyukur dan bertuah kerana dipilih untuk beraksi di dalam kelas prima ini dan bersama-sama pasukan yang sangat hebat. Saya perlu banyak belajar terutama sekali dari segi kawalan sistem elektronik. Pengurus dan rakan sepasukan banyak membantu agar prestasi saya dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat,” komen Hafizh ketika sesi ujian masa di Qatar.

Dalam sesi tersebut (ujian masa), Hafizh berjaya meraih kedudukan empat yang terbaik di dalam kelompok para pelumba 'rookie' dan ini menempatkannya di petak yang ke-15 pada hari perlumbaan. Petak pertama berjaya diraih oleh rakan sepasukannya, Zarco yang telah mencatatkan masa terpantas serta memadam rekod litar yang dipegang oleh Jorge Lorenzo sejak tahun 2008.

Zarco bermula cemerlang tetapi dengan pantas diekori oleh penyandang juara, Marc Marquez, Daniel Petrucci, Valentino Rossi, Andrea Dovizioso dan Carl Crutchlow. Kelompok pertama ini sangat pantas dengan serangan dan himpitan yang cukup agresif. Tidak lama kemudian, Alex Rins dan Jorge Lorenzo terbabas dan memaksa kedua-duanya berehat lebih awal.

Hafizh Syahrin antara pelumba ‘rookie’ terpantas pada persaingan di Qatar.
Hafizh Syahrin antara pelumba ‘rookie’ terpantas pada persaingan di Qatar.

Hafizh (duduk) bersama pengurusnya, Herve Poncharal.

Hafizh yang berada di kelompok kedua berjaya memintas dua orang pelumba untuk berada di tempat ke-15 dan ini adalah satu pencapaian hebat buat pelumba negara dalam persaingan sulungnya.

Zarco memimpin perlumbaan agak lama sehinggalah keadaan tayarnya tidak mampu lagi untuk mencengkam dengan baik. Ini mengakibatkan rentaknya kian perlahan dan sudah tentu kesempatan itu diambil sebaik-baiknya oleh Marquez, Dovizioso dan Rossi untuk memintas.

Jentera Desmosedici GP18 milik Dovizioso sememangnya mempunyai lebih kuasa di laluan lurus tetapi masih gagal membuka jarak. Marquez dan Rossi membayangi setiap pergerakan pelumba Ducati itu, lap demi lap. Pertarungan antara Rossi, Dovizioso dan Marquez makin hebat apabila perlumbaan berbaki 10 lap sahaja lagi.

Dovizioso mengerahkan segala keringat untuk membrek dengan lambat serta mengawal jenteranya agar terus 'melekat' di laluannya. Melihat akan kesungguhan itu, Marquez mengemaskan tunggangannya sehingga berjaya memintas dalam lap terakhir. Sekali lagi kekuatan enjin Desmo milik Dovizioso membolehkannya memintas Marquez sekali lagi di laluan lurus.

Ketika memasuki 'Sektor Terakhir', Marquez membuat serangan yang menyebabkan jentera hampir-hampir terbabas. Dia berjaya, cuma hanya bertahan selama untuk 2-5 saat sebelum dipintas semula oleh Dovizioso untuk menerima kibaran bendera penamat. Marquez terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti Rossi di posisi ketiga. Tahniah buat Hafizh Syahrin yang menamatkan cabarannya di tempat ke-14 dan berjaya memungut dua mata dalam penampilan sulongnya.

Maverick Vinales menamatkan cabaran pusingan pertama di tempat keenam.
Maverick Vinales menamatkan cabaran pusingan pertama di tempat keenam.

“Sekali lagi, kekuatan utama dalam mencapai kemenangan kali ini ialah pada kemantapan jentera Ducati ini. Saya menggunakan kuasanya untuk terus memimpin perlumbaan. Berbanding tahun lepas, tayar untuk persaingan kali ini lebih lembut dan sudah haus pun. Saya perlu tukar strategi dan amat gembira kerana ianya berjaya. Kami tiba di sini dengan jentera yang sangat baik dan ia perlu kekal begitu untuk pusingan-pusingan berikutnya,” komen Andrea Dovizioso.

“Ini merupakan antara litar yang paling sukar buat saya dan sangat gembira apabila berjaya mendapatkan 20 mata penting untuk kejuaraan. Pertarungan di selekoh akhir antara saya dan Dovizioso tadi bagaikan déjà vu! Ia sama seperti apa yang berlaku di Litar Red Bull, Austria dan di Motegi, Jepun. Saya cuba sehabisnya tetapi hari ini adalah milik Dovi,” kata Marc Marquez.

Zarco (5) bermula dengan cemerlang tetapi akhirnya berjaya dipintas oleh Rossi (46) dan Marquez.

Dalam perlumbaan Moto2, kemenangan berpihak kepada pelumba pasukan SKY Racing Team VR46, Francesco Bagnaia selepas berjaya menundukkan pencabar hebat iaitu Lorenzo Baldassarri dengan perbezaan masa hanya 0.112 saat. Kedudukan podium tempat ketiga diraih oleh Alex Marquez yang tiba 5 saat kemudian.

Pelumba yang pernah mengibarkan bendera negara di persada dunia, Khairul Idham Pawi jelas semakin selesa mengemudikan jentera Moto2 dengan baik sekali. Khairul Idham menamatkan cabaran di tempat ke-23.

Gaya tunggangan yang cukup mantap dipertontonkan oleh Zulfahmi Khairuddin.
Gaya tunggangan yang cukup mantap dipertontonkan oleh Zulfahmi Khairuddin.
Adam Norrodin cukup konsisten untuk meraih kedudukan terbaik sepanjang musim 2018.
Adam Norrodin cukup konsisten untuk meraih kedudukan terbaik sepanjang musim 2018.

Tahniah juga buat Zulfahmi Khairuddin yang menamatkan cabaran pertamanya dalam Moto2 musim ini di tempat ke-28. Semestinya keupayaan Zulfahmi akan terus meningkat memandangnya adalah antara pelumba paling berpengalaman dalam pasukan negara.

Seperti yang dijangka, Adam Norrodin sentiasa memberi tunggangan yang cukup kemas dan mantap dalam persaingan Moto3. Di Qatar, catatan masa 2'07.758s telah mendapatkannya petak ke-17. Dari kedudukan tersebut, Adam mempersembahkan tunggangan yang kemas dan berjaya memintas beberapa orang pelumba untuk menamatkan perlumbaan di posisi ke-11. Tahniah untuk Adam!

Selepas Qatar, para pelumba akan terbang ke Argentina untuk persaingan pusingan kedua pada 8 April. Pusingan ketiga akan berlangsung pada 22 April di Americas, USA dan di Jerez, Sepanyol pada 22 April 2018 nanti. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.