CP150: Saingan Sengit di Garisan Penamat

Pusingan pembukai tirai saingan pusingan satu Kejuaraan PETRONAS MAM Cub Prix di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang Utara menyaksikan perebutan tempat pertama di antara tiga pelumba iaitu Ahmad Afif Amran, Danial Syahmi Ahmad Shahril dan Akid Aziz. Tahniah buah Afif dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ Racing telah menewaskan pelumba pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR iaitu Danial dalam perlumbaan akhir CP150.
Pada sesi "ShootOut" yang berlangsung di sebelah pagi, Danial Syahmi mencatatkan masa terpantas (1'17:868s) sekaligus meletakkan dirinya di petak pertama dalam perlumbaan akhir. Petak kedua ditempah oleh rakan sepasukannya iaitu Kasma Daniel selepas catat 1'18:082s manakala Md Helmi Azman dari MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM memulakan perlumbaan di tempat ketiga.
Sebaik shaja perlumbaan akhir bermula, Danial terus memecut untuk memimpin perlumbaan diikuti Kasmi di kedudukan kedua dan Md Akid Aziz di tempat ketiga. Rakan sepasukan Akid pula berjaya menempatkan dirinya di P4 pada awal saingan.
Perlumbaan kali memang cukup sengit apabila kedudukan pendahulu saling bertukar. Para pelumba saling memintas di setiap selekoh. Memang cukup sengit!
Berbaki lagi dua pusingan, Afif yang pada ketika itu berada di kedudukan ketujuh berjaya memintas ramai pelumba untuk menjadi pendahulu. Namun dipintas oleh duo pelumba MAEZTRO SCK HONDA RACING TEAM iaitu Helmi dan Md Irfan Haykal pada lap terakhir.
Sememangnya perlumbaan di litar Sepang ini memang cukup mendebarkan kedudukan di setiap pelumba sangat rapat. Kali ini giliran Fares pula yang memimpin perlumbaan sebelum di pintas oleh Danial Syahmi.
Walaubagaimanapun, Afif tetap tenang untuk mengatur strategi dan bekerjasama dengan rakan sepasukannya. Persaingan di antara Afif, Danial dan Akid memang cukup sengit sekali sebelum melepasi garisan penamat.
Selepas sahaja melepasi selekoh terakhir Danial terus memecut diikuti Akid. Ternyata Jentera Yamaha Y15ZR yang ditunggang oleh Afif lebih laju dan melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 14'37:815. Manakala Danial terpaksa akur berada ditangga kedua dengan jarak masa 0.022s di antara pendahulu dan Akid Aziz di kedudukan ketiga dengan catatan masa 14'37:851s. RR
Popular