Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 April 2025

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Drama di litar Americas ini berlaku awal lagi. Ia berpuncan daripada keadaan litar yang agak 'tricky' selepas hujan. Fabio Quartararo terbabas di lap pemanas tetapi sempat menukar jenteranya untuk kembali ke petak perlumbaan. Tinggal 3 minit sebelum bermula, beberapa pelumba membuat keputusan untuk menukar jentera masing-masing mengikut kesesuaian permukaan litar. Antaranya ialah Marc Marquez diikuti Francesco Bagnaia (Pecco), Fabio Di Giannantonio, Alex Marquez dan ramai lagi.

Marc bermula sempurna meninggalkan para pelumba lain dengan pantas. Kelompok di belakang terdiri daripada adiknya Alex, Pecco, Di Giannantonio dan Pedro Acosta yang cuba merapati di setiap lap. Pelumba yang meraih pujian ramai di litar ini sudah tentulah daripada Pasukan Yamaha, Quartararo yang meluncur dengan cukup bertenaga dan mencabar para pelumba Ducati dalam perlumbaan Sprint.

Alex dan Pecco saling bertukar posisi, kedua-dua ingin membuktikan siapa lebih bagus mengendalikan jentera masing-masing dengan penuh tekanan. Peluang terbuka buat kedua-dua pelumba ini apabila pelumba bernombor 93 hilang kawalan di Selekoh 3 ketika sedang memimpin saingan. Tidak lama kemudian, Joan Mir pula mengikut jejak Marc.

Pecco tenang mengawal keadaan walaupun menerima serangan demi serangan daripada Alex untuk menjulang kemenangan sulungnya musim ini. Tahniah juga buat skuad pasukan Valentino Rossi yang menyempurnakan tempat di podium menerusi Di Giannantonio. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Artikel berkaitan

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

VOGE Racing Team Bersedia Untuk Bersaing di Cub Prix & ARRC 2025

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.