GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto di tempat ketiga. Marquez juga merupakan pelumba pertama yang memenangi dua perlumbaan GP pertama sejak Fabio Quartararo lakukannya pada 2020 (Sepanyol/Andalucia). Dia juga merupakan pelumba pertama yang menyapu bersih di petak pertama, lap terpantas dan menang dalam perlumbaan akhir.
Adiknya, Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP) dan Franco Morbidelli (VR46 Racing Team) masing-masing melengkapkan podium dan sekali lagi, semuanya menunggang Ducati. Fabio Di Giannantonio (Pasukan Perlumbaan VR46) melengkapkan lima tempat terbaik buat Ducati.
Marquez bermula dari petak pertama dengan baik tetapi segera dipintas oleh adiknya Alex di lap keempat. Marc berjaya mendahului semula apabila perlumbaan berbaki lima lap dan kemudian mempamerkan pecutan luar biasa hingga ke saat akhir. Bagi seorang lagi jaguh Ducati, Francesco Bagnaia mempunyai permulaan yang cemerlang dari barisan kedua apabila dia tiba di selekoh satu di tempat ketiga, kedudukannya telah dirampas oleh Morbidelli yang mempunyai rentak lebih baik. Walaupun Bagnaia cuba untuk mengejar, usahanya itu tidak mendatangkan hasil.



Di belakang, satu-satunya wakil Honda yang mampu memberikan saingan ialah Johann Zarco yang memiliki rentak positif sejak di sesi latihan bebas. Brad Binder sekali lagi berada di antara 10 pelumba terpantas manakala pelumba Jepun yang mencipta kejutan di Thailand iaitu Ai Ogura, perlumbaannya selepas menamatkan saingan di tempat kelapan dibatalkan.

Dengan kejayaan ini, Márquez masih memegang markah sempurna dengan 74 mata, diikuti Alex Marquez 58 mata manakala Bagnaia di tempat ketiga dengan 43 mata.. Saingan seterusnya akan berlangsung dalam masa dua minggu di Circuit of The Americas di Austin, Texas. RR