Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli bakal menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027. Perubahan ini juga bertepatan dengan era baharu dalam kejohanan tersebut apabila peraturan teknikal MotoGP telah mengalami perubahan besar pada tahun 2027 di mana untuk kelas prima, perlumbaan beralih dari jentera 1,000cc kepada 850cc bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan para pelumba.
Buat masa ini, pengeluar tayar dari Perancis iaitu Michelin kekal menjadi pembekal tayar untuk saingan kelas prima sejak tahun 2016 selain MotoE. Manakala Pirelli pula merupakan pembekal tayar bagi Moto2 dan Moto3 sejak tahun lalu.
Untuk dua musim akan datang, Michelin akan terus memberikan sokongan dari segi teknikal, produk serta teknologi yang bertaraf dunia. RR