Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Keputusan saingan Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang tidak memenuhi jangkaan kedua-dua pelumba. Ini disebabkan terjadinya beberapa insiden yang berlaku di sepanjang perlumbaan. Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, "Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan. Peningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2, dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini."

Itulah yang terjadi pada pasukan SIC Racing apabila keputusan tidak memihak kepada kedua-dua pelumba negara, Sharf Muhriz dan Adam Danial yang terlibat dalam kemalangan dengan dua pelumba Indonesia iaitu Alvaro Mahendra dan Davino Britani. Jentera Adam terbakar dalam insiden tersebut dan telah dikejarkan ke Hospital Buriram untuk pemeriksaan lanjut. Adam tidak mengalami kecederaan serius tetapi ditahan di hospital untuk pemantauan. Malang bagi Sharf, yang tidak dapat meneruskan perlumbaan dan terlepas peluang mengutip sebarang mata berharga untuk kejuaraan.


Adam yang memulakan perlumbaan dari petak ke-16, manakala Sharf dari petak ke-17, kedua-duanya tampil bersemangat untuk menebus kekecewaan selepas sesi kelayakan yang kurang memberangsangkan. Perlumbaan 1 menjadi peluang bagi mereka untuk membuktikan kemampuan, namun malang tidak berbau apabila kemalangan berlaku seawal selekoh 9, melibatkan kedua-dua pelumba negara serta dua pelumba Indonesia.

Perlumbaan 2: Adam Danial telah mendapat kebenaran untuk menyertai Race 2 selepas menjalani pemeriksaan dan pemantauan oleh pihak Hospital Buriram. Bangkit dari insiden di Race 1, Adam yang bermula dari petak ke-16 menunjukkan prestasi lebih konsisten dan berjaya memintas beberapa pelumba dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Adam meraih 3 mata berharga untuk dibawa pulang, sekaligus menambah semangatnya bagi menghadapi perlumbaan seterusnya.
Sharf Muhriz, yang memulakan perlumbaan dari petak ke-18, memulakan aksi dengan baik apabila berjaya memintas tiga pelumba seawal perlumbaan. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika berada di tempat ke-15, Sharf dikenakan Long Lap Penalty akibat Irresponsible Riding. Selepas melengkapkan penalti, jenteranya pula mengalami masalah teknikal.

Semestinya Pusingan 1 ini menjadi tanda aras dalam menilai prestasi setiap pelumba, sekaligus menjadi panduan untuk membuat persiapan menjelang pusingan seterusnya. Pusingan 2 Asia Talent Cup akan berlangsung di Lusail International Circuit, Qatar pada 12-13 April 2025. RR
Popular