WorldSBK: Semoga Md. Zaqhwan Success!

Menjelang pembukaan tirai perlumbaan WorldSBK 2025 yang akan berlangsung di Litar Philip Island minggu ini, pelumba negara Md Zaqhwan Zaidi yang mewakili pasukan PETRONAS MIE Honda Racing pastinya sudah bersedia untuk menyahut cabaran sebagai pelumba kelas prima. Juara siri Superbike Asia, Zaidi berharap kejayaannya bersama jentera Honda CBR1000RR-R. selama ini akan diterjemahkan ke pentas dunia.
Pada sesi ujian yang dilakukan beberapa hari lepas, Zaqhwan cuba untuk mengambil peluang terbaik mencari rentak dan cengkaman jentera di litar serba baru buatnya. Namun begitu, hujan dan keadaan litar yang basah telah menghalang hasratnya untuk lebih memahami selok belok litar Philip Islands.
"Hari ini bukan hari saya. Saya keluar ke litar tetapi cuaca yang tidak baik menyebabkan saya tidak berpeluang untuk menyempurnakan walau 1 lap sahaja. LItar ini unik dan saya perlu banyak belajar daripada para pelumba lain," Zaqhwan.

“Perlumbaan di WorldSBK sentiasa menjadi impian dan saya benar-benar berbesar hati untuk mewakili Malaysia dan bersaing dengan pasukan PETRONAS MIE Racing Honda, dalam musim pertama saya. Saya tahu tahap kejuaraan ini sangat tinggi, tetapi saya bersedia untuk cabaran baharu ini. Saya ingin belajar dan melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya teruja untuk bermula dan berterima kasih kepada Midori Moriwaki dan PETRONAS atas peluang berharga ini,” tambahnya.

Dalam saingan kelas prima ini, Zaqhwan ditemani oleh rakan sepasukannya iaitu Tarran Mackenzie. Pelumba dari Great Britain ini merupakan Juara British Superbike beberapa tahun lalu dan tahun 2025 merupakan musim keduanya memacu jentera CBR1000RR-R. RR
Popular