Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Februari 2025

Yamaha Lancarkan 2 pasukan MotoGP, 1 pasukan Moto2 Di Malaysia

Bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibukota Kuala Lumpur, Yamaha dengan rasminya melancarkan 2 pasukan MotoGP dan 1 pasukan Moto2 yang bakal bersaing musim 2025 ini. Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP menampilkan Fabio Quartararo dan Alex Rins yang menunjukkan semangat dan sasaran jelas untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam saingan musim serba baru ini.

Jentera Yamaha M1 milik kedua-dua pelumba itu juga hadir dengan rekacorak liveri serba baru yang bertemakan 'The Blue Shift'. Nampak lebih garang dan lebih mantap berbanding tahun lepas. 

"Kami memulakan musim baru dalam saingan MotoGP dan lembaran baharu untuk Yamaha. Sebagai pelumba MotoGP, anda sentiasa teruja untuk memulakan musim ini, cuba motosikal baru, lihat liveri baru ini beraksi," Fabio Quartararo.

"Saya perlu katakan bahawa saya sangat menyukai liveri baru dengan warna biru tambahan, saya rasa ia akan kelihatan bagus di litar. Apa pun, kita harus pastikan jentera juga sehebat rekacoraknya," tambahnya.

"Saya telah berlatih tanpa henti dan berada pada tahap yang baik. Saya rasa ini fasa yang paling cergas pernah saya alami, dan tidak sabar lagi untuk memulakan ujian pramusim. Lebih cepat kita bermula, lebih cepat kami boleh berlumba, dan lebih cepat kami dapat melihat peminat bersorak untuk kami lagi,” Fabio Quartararo.

Pelumba 'otai' Alex Rins pula menyifatkan pengenalan kepada ketiga-tiga pasukan adalah satu peristiwa dan acara bersejarah buat Yamaha dalam MotoGP.

“Kami semua berkumpul di Acara Pelancaran MotoGP Yamaha 2025 – Syarikat Motor Yamaha, Perlumbaan Motor Yamaha, MotoGP Monster Energy Yamaha, MotoGP Yamaha Prima Pramac, dan MotoGP BLU CRU Pramac Yamaha Moto2 – dan anda boleh katakan ia adalah peristiwa besar dan perkara penting. untuk penyertaan Yamaha dalam MotoGP: ia adalah sejarah perlumbaan dalam pembikinan.

"Motivasi saya tinggi dalam Yamaha dan saya rasa ada keterujaan sebenar untuk situasi yang akan datang. Musim 2024 bukanlah mudah, tetapi apa yang berlaku pada 2024 sudah terjadi. Kini....tahun 2025 dan kami mendapat sokongan penuh Yamaha dan bantuan pasukan Pramac baharu untuk memacu sesuatu yang lebih hebat pada tahun ini," Rins.

Pasukan kedua yang diperkenalkan ialah Prima Pramac Yamaha MotoGP yang terdiri daripada pelumba dari Australia iaitu Jack Miller dan Miguel Oliveira. Warna asas pasukan ini iaitu Ungu masih dikekalkan tetapi telah dicampur sebaik-baiknya dengan warna biru untuk kelihatan lebih unggul.

Jack  Miller sememangnya terkenal sebagai seorang pelumba yang agresif, berani dan berskil tinggi. Dengan mengekalkan nombor '43', pastinya ramai peminatnya sudah tidak sabar-sabar lagi melihat bagaimana Miller akan menggunakan seluruh pengalaman untuk membawa jentera Yamahanya di posisi lebih cemerlang.


"Saya sangat teruja untuk memulakan musim ini. Ujian yang kami hadapi di Barcelona pada November tidak begitu baik disebabkan faktor cuaca, tetapi kini 'kerja jeras' sebenar bermula. Saya berhubung dengan krew pasukan di Jepun yang mengusahakan M1 dan daripada apa yang saya telah diberitahu bahawa kami kini mempunyai banyak idea dan bahagian baru untuk dicuba," komen Miller.

"Mereka kelihatan sangat teruja dengan pengembaraan baharu ini bersama Prima Pramac Yamaha MotoGP dan perkara yang sama boleh dikatakan untuk saya. Saya tidak sabar untuk menaiki jentera dan bekerja keras," tambahnya.

“Permulaan musim baharu sentiasa menjadi detik istimewa, dan saya sangat bersemangat untuk cabaran baharu ini bersama Prima Pramac Yamaha MotoGP. Pencapaian pasukan ini pada musim lepas dengan gelaran juara MotoGP adalah gambaran yang sempurna tentang bagaimana dedikasi, kerja keras dan semangat seluruh pasukan," Miguel Oliveira.

"Pasukan ini sangat kompetitif, dan dengan sokongan padu Yamaha, saya yakin kami boleh memulakan projek jangka panjang yang akan mencapai kejayaan ketara dalam masa yang agak singkat," tambahnya.

Dalam saingan Moto2 pula, Yamaha hadir menerusi pasukan Pramac Yamaha Moto2 bersama dua pelumba muda yang sangat berbakat iaitu Izan Guevara dan Tony Arbolino. Ya...kedua-dua pelumba ini menyatakan sudah bersedia dan tidak sabar-sabar lagi untuk turun beraksi bersama jentera serba baru.

Tony Arbolibo merupakan antara 10 pelumba terpantas dalam saingan Moto2 musim lepas dan merupakan naib juara keseluruhan pada tahun 2023.

Izan Guevara pula merupakan pelumba dari Sepanyol merupakaan juara keseluruhan Moto3 pada tahun 2022 dan dijangkakan antara pelumba baru yang boleh memberi cabaran hebat buat para pelumba di kelompok hadapan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

  • Warta Roda

    Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

Artikel berkaitan

Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Ujian Rasmi WSBK '25: Ducati Paling Depan

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

Gresini Racing telah melancarkan pasukan mereka dan liveri MotoGP untuk musim 2025 di Litar Antarabangsa Imola.

Warta Roda

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

MODA Motorcycles Malaysia telah menganjurkan sesi tunggang uji ringkas bersama media di LakeSide@SIC Sepang.

Dari Litar

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Setakat ini, Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha hampir pasti akan melancarkan pasukan mereka di Malaysia bersempena bermulanya musim baru, 2025.

Pandu Uji

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Kerjasama strategik di antara MODENAS dan Kymco terjalin bermula pada tahun 2016 lalu dan berjaya memperkenalkan model Downtown 250i yang memiliki prestasi yang cukup mengagumkan.