Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Januari 2025

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

VOGE Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pasukan yang diketuai oleh pelumba lagenda negara, Azlan Shah Kamaruzaman iaitu AS25 Racing Team.

Menerusi kolaborasi di antara kedua-dua phak ini akan dapat menyaksikan jentera VOGE Formica Rossa 150 (FR150) akan memulakan saingan pertamanya dalam Kejuaraan Malaysian CubPrix dan Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC) bermula musim 2025.

Secara ringkas tetang FR150, jentera ini disempurnakan dengan enjin 150cc, silinder tunggal, DOHC bersama sistem penyejuk cecair. Antara kelengkapan lain adalah sistem Slipper Clutch, ABS dua saluran, panel meter digital, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal, tangki bahan api 5.8 liter, soket pengecas USB dan transmisi 6-kelajuan.

Dalam persediaan baru untuk bersaing di Kejuaraan Cubrix dan ARRC, Formica Rossa kini menjalani proses homologasi untuk memastikan pematuhan bagi peraturan perlumbaan.

“Kerjasama ini adalah langkah besar AS25 bersama VOGE untuk menetapkan penanda aras di dunia perlumbaan motosikal di dalam negara mahupun peringkat Asia,” kata Azlan Shah Kamaruzaman, Ketua PAsukan AS25 Racing Team.

Kerjasama ini bakal membawakan keseronokan dan saingan baru kepada para pasukan lain dalam kalender perlumbaan 2025. RR

Popular

  • Warta Roda

    Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Artikel berkaitan

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

BRAZIL - Destinasi Terbaru MotoGP Pada 2026!

BIMOTA Bakal Buat 'Come Back' Dalam WorldSBK Dengan KB998

ARRC 2024 Melabuhkan Tirainya

GP Solidariti Barcelona Sebagai Grand Prix Terbaik Pada 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Pasukan Aprilia menyifatkan musim ini sebagai Era Baru untuk mereka dengan kehadiran dua pelumba berbakat, Jorge Martin, Juara MotoGP 2024 dan Marco Bezzecchi.

Dari Litar

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

Perlumbaan MotoGP tahun ini pastinya bertambah menarik...bertambah sengit dengan kehadiran secara rasminya pasukan Ducati Lenovo bersama-sama dua jagoan mereka iaitu Francesco Bagnaia dan Marc Marquez.

Model Baru

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan model terbaru iaitu Modenas Kris 125 Fi.

Model Baru

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

Boon Siew Honda (BSH) menampilkan Wave Alpha yang lebih segar dengan warna-warna baru terdiri daripada Perak, Biru, Merah dan Hitam.