BRAZIL - Destinasi Terbaru MotoGP Pada 2026!
MotoGP akan kembali ke Brazil! Bandaraya Goiânia mengalu-alukan ketibaan perlumbaan MotoGP dari tahun 2026 hingga 2030 selepas sempurnanya perjanjian baharu antara MotoGP, kerajaan Goiás, dan pihak Sukan Permotoran Brazil.
Litar Lumba Antarabangsa Goiânia Ayrton Senna akan menjadi tuan rumah acara itu pernah menjadi destinasi buat para pelumba MotoGP tersohor dunia dari 1987 hingga 1989. Lokasi saingan dua roda itu kemudiannya berpindah ke tempat lain di Brazil sebelum 'berehat' dari kalendar perlumbaan selama dua dekad.
Jangka masa itu akan berakhir pada 2026 sebaik sahaja kerja-kerja menaik taraf di Goiânia selesai. Brazil mempunyai para pencinta MotoGP yang cukup hebat, dan antara nama besar dalam dunia perlumbaan dua roda di sana ialah Alex Barros.
Bintang yang sedang meningkat naik tidak lain dan tidak bukan, Diogo Moreira yang meraih gelaran Moto2™ Rookie of the Year sudah tentu memiliki semangat yang lebih membara apabila dapat bertarung di 'rumah' sendiri.
MotoGP menyasarkan untuk mengembangkan para penontonnya musim-musim akan datang. Brazil dan Amerika Selatan adalah pasaran utama dengan banyak tawaran hebat khususnya dalam dunia motosikal. RR