Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Disember 2024

ARRC: Pusingan Akhir SS600 Hujung Minggu ini! Siapa Akan Bergelar Juara Keseluruhan?

Saingan pusingan akhir Idemitsu FIM Asia Road Racing (ARRC) kelas SuperSports 600 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Chang, buriram, Thailand. Pelumba YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN, Apiwath Wongthananon semakin menghampiri gelaran juara. Namun adakah pelumba dari pasukan ASTRA HONDA RACING TEAM, Md Adenanta Putra akan menyerah kalah?

Selepas lima pusingan, Apiwath meraih enam podium termasuk tiga kemenangan dan berada ditangga teratas keseluruhan dengan 155 mata. Pelumba dari Thailand itu telah berjaya mendapatkan kemenangan berganda pada pusingan pertama di laman sendiri. Sejak dari itu, beliau yakin untuk terus konsisten di setiap pusingan dan selesa di tangga teratas.

"Bersaing di laman sendiri merupakan peluang terbaik buat saya untuk menjadi juara keseluruhan SS600 musim ini. Pesaing saya iaitu Adenanta pasti tidak akan menyerah kalah untuk menggagalkan matlamat saya bergelar juara. Saya akan fokus dari sesi FP hinggalah ke perlumbaan akhir agar sentiasa konsisten untuk mencapai kejayaan," kata Apiwath.

Jurang mata di antara Md Adenanta Putra dan Apitwath tidak begitu jauh. Peluang Adenanta untuk bergelar juara keseluruhan juga masih cerah jika dia dapat tewaskan pesaingnya dalam perlumbaan akhir nanti. Sejak pusingan 1 hingga 5, Adenanta telah mendapatkan lima podium termasuk satu kemenangan dan berjaya mengumpul sebanyak 141 mata.

Sementara itu, pelumba negara iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Md Helmi Azman dari pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team bersedia untuk menampilkan aksi yang hebat hujung minggu ini. Azroy dan Helmi masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat keseluruhan selepas 5 pusingan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta