Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 November 2024

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Joan Mir.
Joan Mir.

Selepas 30 tahun, 15 Kejohanan Dunia, 183 Kemenangan dan 455 Podium (kelas prima) akhirnya kerjasama di antara Repsol dan Honda HRC tidak dapat lagi diteruskan. Kolaborasi di antara dua nama besar ini sememangnya amat menakjubkan. Mereka telah meraih kemenangan dengan serta-serta dalam perlumbaan sulung bersama pelumba lagenda, Mick Doohan pada tahun 1995.

MotoGP 2004 - Litar Phillip Island. Pelumba: Alex Barros & Nicky Hayden.
MotoGP 2004 - Litar Phillip Island. Pelumba: Alex Barros & Nicky Hayden.

Pasukan Repsol Honda telah memperkenalkan kita dengan para pelumba ternama seperti Doohan, Alex Criville, Valentino Rossi, Nicky Hayden, Casey Stoner dan Marc Marquez yang menjulang Kejuaraan MotoGP Sedunia. Ini tidak termasuk kejayaan yang dicipta melalui para pelumba lain dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya.

Marc Marquez.
Marc Marquez.
Marc Marquez & Dani Pedrosa.
Marc Marquez & Dani Pedrosa.
Valentino Rossi.
Valentino Rossi.

Perlumbaan terakhir tahun ini membawa suasana suram ketika para pelumba dan krew berkumpul di paddock buat kali terakhir, siap sedia untuk berlumba di hadapan ribuan para penonton di Valencia. Keazaman kekal tinggi dalam pasukan Repsol Honda sebaik sahaja kedua-dua pelumba meninggalkan lorong pit.

Luca Marini.
Luca Marini.

Luca Marini berpuas hati musim sulungnya sebagai pelumba pasukan Repsol Honda yang menunjukkan kemajuan sepanjang tahun ini. Dengan pemikiran yang positif ini, Marini dan Honda RC213V menamatkan cabaran di tempat ke-16. Tahun pertama Marini sebagai penunggang pasukan 'factory' untuk Honda harus dibanggakan dengan peningkatan prestasi dari masa ke semasa.

Pelumba Repsol Honda 2024, Luca Marini 'kiri' bersama bekas pelumba Repsol Honda, Valentino Rossi.
Pelumba Repsol Honda 2024, Luca Marini 'kiri' bersama bekas pelumba Repsol Honda, Valentino Rossi.

Joan Mir sekali lagi mempamerkan tunggangan yang mengagumkan dengan kemampuan berada di tengah-tengah perebutan sepuluh tempat teratas. Mengetuai kumpulan yang mengejar dan berusaha cukup keras untuk merapatkan jarak kepada pelumba di hadapan. Malangnya, Mir hilang kawalan dan terpaksa akur dengan insiden yang tidak diingini itu. Mir tidak cedera dalam kemalangan itu.

Casey Stoner.
Casey Stoner.
Nicky Hayden.
Nicky Hayden.

Honda HRC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga Repsol yang telah terlibat dalam projek ini selama 30 tahun. Honda HRC mengucapkan selamat maju jaya kepada Repsol dalam perniagaan dan penglibatan mereka dalam apa juga suka yang diceburi nanti. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.