Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 November 2024

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Selepas 20 persaingan Tissot Sprint dan 19 pusingan Grand Prix, pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin akhirnya menarik nafas lega apabila dinobatkan sebagai Juara MotoGP untuk musim yang cukup sengit dan penuh drama. Martin juga merupakan pelumba pasukan satelit pertama yang meraih kejuaraan dalam kelas prima, era MotoGP ini.

Jorge Martin, Juara MotoGP 2024.
Jorge Martin, Juara MotoGP 2024.

Perlumbaan akhir di Litar Valencia mempersembahkan tunggangan sempurna daripada penyandang juara, Pecco yang bermula dari petak utama. Menang dalam saingan Tissot Sprint ternyata membakar semangatnya dalam pencarian 25 mata yang paling penting untuk musim ini.

Pecco '1' tenang menerima tekanan daripada Marc Marquez.
Pecco '1' tenang menerima tekanan daripada Marc Marquez.

Walaupun memecut ke hadapan dengan sangat lancar, Pecco gagal untuk melarikan diri daripada Martin dan Marc Marquez yang sememangnya cukup 'kuat' di litar Valencia. Turut bermula dengan baik ialah Enea Bastianini dan Aleix Espargaro yang kemudiannya berentap lebih sengit berbanding jaguh-jaguh di hadapan.

Jack Miller '43'.
Jack Miller '43'.
Marquez memintas Martin dari dalam ketika perebutan tempat kedua.
Marquez memintas Martin dari dalam ketika perebutan tempat kedua.
Joan Mir.
Joan Mir.
Para pemenang perlumbaan akhir 2024. Dari kiri: Marc Marquez, Francesco Bagnaia & Jorge Martin.
Para pemenang perlumbaan akhir 2024. Dari kiri: Marc Marquez, Francesco Bagnaia & Jorge Martin.

Bastianini yang 'terlebih' garang untuk menyerang dalam selekoh telah melebar dan terus hilang posisi terbaiknya kepada beberapa pelumba lain. Pedro Acosta yang dijangka mampu berakhir di antara 5 pelumba terbaik juga telah melakukan kesilapan yang cukup merugikan.

Miguel Oliveira, tempat ke-12 GP Valencia.
Miguel Oliveira, tempat ke-12 GP Valencia.
Alex Rins menamatkan saingannya di pusingan terakhir dengan kedudukan agak baik.
Alex Rins menamatkan saingannya di pusingan terakhir dengan kedudukan agak baik.

Marquez catatkan masa terpantas untuk memintas Martin dan mengekori Pecco dengan rapat. Rentak Pecco makin pantas, mula mula menjarakkan diri daripada Marquez yang tidak putus asa untuk mencari peluang. Martin agak selesa di tempat ketiga dengan kelebihan 10 mata di hadapan (jika menang di tempat ketiga).

Enea Bastianini cemerlang di Tissot Sprint tetapi lakukan kesilapan dalam saingan akhir.
Enea Bastianini cemerlang di Tissot Sprint tetapi lakukan kesilapan dalam saingan akhir.
Lica Marini terus positif dengan kemampuan pasukannya.
Lica Marini terus positif dengan kemampuan pasukannya.

Akhirnya Bagnaia kekal di hadapan seterusnya menerima kibaran penamat sebagai Juara GP Valencia diikuti Marquez dan Jorge Martin ketiga yang membolehkannya meraih gelaran Juara Keseluruhan MotGP 2024.

Ketinggalan sekitar 1.5s di belakang Martin ialah Alex Marquez yang berjaya mengenepikan Aleix Espargaro dalam satu aksi perebutan yang mendebarkan hingga ke lap akhir.

Brad Binder, tempat kelima keseluruhan MotoGP 2024.
Brad Binder, tempat kelima keseluruhan MotoGP 2024.
Fabio Quartararo memberikan segalanya untuk terus berdaya saing.
Fabio Quartararo memberikan segalanya untuk terus berdaya saing.

Tahniah buat Jorge Martin atas sejarah baru yang diciptanya dan pastinya 'pengalaman' ini akan digunakan sebaiknya apabila berpindah ke pasukan baru musim hadapan.

Jorge Martin akan berpindah ke pasukan baru untuk musim 2025.
Jorge Martin akan berpindah ke pasukan baru untuk musim 2025.

Bagi Pecco, dia pasti akan kembali dengan semangat dan tenaga serba baru untuk merampas kembali takhtanya.

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.