Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 November 2024

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol. Qabil menunjukkan prestasi mengagumkan sepanjang hujung minggu, menjadi pelumba terpantas dalam sesi Latihan Bebas dan kelayakan.



Dalam Perlumbaan 1, Qabil mengekalkan fokus dan semangat yang kuat dalam menghadapi saingan sengit bersama pelumba-pelumba lain. Dengan kesungguhannya itu, Qabil berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.


Di Race 2, Qabil meningkatkan lagi prestasinya dengan mendahului perlumbaan hampir sepanjang masa. Persaingan menjadi semakin sengit hingga ke garisan penamat, di mana Qabil menamatkan perlumbaan di P2 dengan perbezaan masa hanya 0.02 saat.

"Pusingan akhir ESBK Moto4 telah berakhir minggu ini. Saya memulakan sesi latihan dengan baik, walaupun tidak beraksi pada hari Khamis kerana hujan. Pada hari Jumaat, saya turun ke trek untuk Sesi Latihan 1 dan 2, dan berjaya mendapatkan talaan terbaik untuk masuk ke sesi Kelayakan. Hasilnya, saya berjaya meraih pole position.

Dalam Race 1, saya cuba untuk push dari awal hingga ke akhir dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Untuk Race 2 pula, saya berusaha membuka jarak pada lap pertama dan berjaya mengakhiri perlumbaan di kedudukan kedua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya, terutamanya RCB, SIC Racing, KBS, dan ZK Racing yang banyak membantu sepanjang musim ini."

Dengan pencapaian cemerlang ini, Qabil menamatkan musim di kedudukan keseluruhan ke-4 dengan 181 mata – satu pencapaian yang membanggakan buat pelumba muda Malaysia di peringkat antarabangsa.


Pasukan SIC Racing turut berbangga dengan pencapaian Qabil sepanjang musim ini, yang bukan sahaja menunjukkan bakat dan potensi besar beliau tetapi juga memberikan inspirasi kepada pelumba muda di Malaysia untuk terus gigih mengejar impian mereka. Tahniah diucapkan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.