Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 November 2024

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Selepas melakukan kesilapan besar di sesi Tissot Sprint, Francesco Bagnaia (Pecco) tampil ke perlumbaan akhir GP Malaysia dengan semangat dan strategi serba baru kerana hanya satu solusi untuk Pecco iaitu MENANG. Itu sahaja jalannya untuk merapatkan kedudukan. Kemenangan berpihak kepada Jorge Martin yang menyempurnakan 'tugasan' hari pertama telah menghadiahkannya 25 mata yang sangat berharga untuk bergelar juara musim ini. 

Perlumbaan akhir yang berlangsung dalam cuaca yang cukup panas terpaksa dimulakan semula selepas kemalangan di Lap 1 yang melibatkan Fabio Quartararo, Jack Miller dan Brad Binder. Binder cuba masuk semula tetapi selepas melakukan Lap Pemanas, pelumba KTM itu kembali ke paddock manakala Miller juga tidak dapat meneruskan cabarannya di SIC.

Perlumbaan kedua sememangnya cukup sengit. Pecco dan Martin menggunakan segala pengalaman dan kekuatan jentera masing-masing untuk mengejar dan memintas lawan. Marc Marquez sekadar mengekori dan melihat peluang untuk meloloskan diri.

Empat lap terawal memang cukup mendebarkan tetapi Pecco akhirnya berjaya mengekalkan rentak untuk meninggalkan Martin. Martin tidak lagi ghairah menyerang sebaliknya mengekalkan jarak di tempat kedua. Nasib tidak menyebelahi Marquez apabila terbabas tidak lama kemudian, walaupun dapat menyambung semula perlumbaan, kedudukan podium sudah hilang dari genggaman.

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga. Alex Marquez di tempat keempat, Pedro Acosta kelima manakala pelumba pasukan Yamaha, Quartararo sekali lagi mempamerkan tunggangan mantap di tempat keenam.

Pusingan akhir akan diadakan di Litar Catalunya, Barcelona pada 15-17hb November nanti dan sudah pasti ia adalah medan tempur terakhir buat Pecco dan Martin sebelum tirai MotoGP 2024 melabuhkan tirai. RR

Pungutan mata terkini (selepas GP Malaysia):

  • Jorge Martin              485 mata
  • Francesco Bagnaia   461 mata
  • Marc Marquez           369 mata
  • Enea Bastianini         368 mata
  • Pedro Acosta            209 mata  

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.