Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol
Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.
Minggu perlumbaan yang cemerlang buat Qabil Irfan apabila merekodkan masa terpantas semasa sesi Kelayakan sekaligus menempatkannya di petak pertama grid permulaan Perlumbaan 1.
Perlumbaan awal yang bermula dengan keadaan litar basah tidak menghalang Qabil Irfan untuk mengetuai perlumbaan dengan baik tetapi pada lap yang ke-10 Qabil Irfan tidak bernasib baik kerana terjatuh dan meneruskan perlumbaan serta tamat perlumbaan di tempat ke-17.
Perlumbaan 2 yang bermula dengan litar separa kering, ternyata memberi sedikit peluang buat pelumba negara itu. Qabil Irfan memulakan perlumbaan di petak ke-10 mempamerkan tunggangan yang sangat cemerlang sebaik sahaja perlumbaan bermula. Qabil Irfan telah memintas beberapa pelumba, meningkatkan rentak dan mengekalkan posisi di tempat ke-4.
Pada lap terakhir diselekoh terakhir perlumbaan, Qabil Irfan menggunakan kepakarannya sekali lagi untuk memintas dan merebut tempat ke-2. Ketika peluang sudah kelihatan, sayanganya dia telah dipintas kembali dilaluan lurus. Qabil Irfan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ke-3. Apa pun, tahniah diucapkan di atas semangat juang dari awal hingga akhir perlumbaan. RR
Popular