Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!
Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.
Namun begitu, peningkatan sudah mula nampak pada GP Australia baru-baru ini. Jelas sekali Juara Dunia MotoGP 2020 dan Honda RC213V memiliki kelajuan dan potensi yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Prestasi dan keputusan yang dicapai oleh Joan Mir Setelah di GP Thailand tahun lepas agak cemerlang. Sudah semestinya Mir berazam untuk mengembalikan pencapaian yang sama pada persaingan tahun ini.
Bagi pasukan Repsol Honda, ini adalah minggu yang penting. MotoGP kembali ke Buriram dan ini bermakna, masa makin dekat untuk penyediaan sesi ujian rasmi musim 2025. RR
Popular