Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 September 2024

CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

Siapakah yang mampu mempertahankan kedudukan tiga teratas pada hujung minggu ini dalam kelas perdana? Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan kelapan di Jempol, Negeri Sembilan hujung minggu ini pasti sengit kerana para pelumba masih berpeluang untuk merebut kedudukan tiga teratas keseluruhan.

Musim ini, Md Akid pelumba bagi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing cukup konsisten di setiap perlumbaan bagi mempertahankan juara keseluruhan buat kali kedua. Juara musim 2023 itu kini menduduki tempat pertama secara keseluruhan selepas mengumpul 150 mata. Mampukah Akid meraih kejuaraan dalam pusingan akan datang bagi mempertahankan kedudukannya?

"Saya yakin para pelumba lain akan cuba sedaya upaya untuk memberikan saingan yang sengit. Walaubagaimanapun, saya tepat dengan pelan untuk kekalkan matlamat supaya berada di kedudukan podium. Setiap pelumba mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, kerjasama di antara pelumba dan pasukan memastikan jentera dalam keadaan yang baik untuk mencapai pencapaian yang lebih bagus," kata Akid.

Bagi Afif yang merupakan rakan sepasukan Akid, kedudukannya di tangga kedua (107 mata) masih boleh digugat oleh pelumba dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing iaitu Azroy dan Kasma Daniel dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan jarak 12 dan 19 mata secara keseluruhan di antara Afif. Sepanjang musim ini, ketiga-tiga pelumba telah menampilkan persembahan yang cukup baik tidak kira jenis litar.

Pada pusingan akan datang, Azroy bakal menyertai kejohanan WSBK sebagai pelumba 'Wild-Card' yang pasti akan kehilangan mata. Namun, persaingan di antara Afif dan Kasma pasti berterusan. Kasma mempunyai kelebihan di Jempol kerana musim lepas beliau meraih kemenangan manakala Afif pula "DNF". RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.