Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 September 2024

WIRA: Farres Putra vs Md Akif, Siapa Akan Mendominasi Litar Jempol?

Pada pusingan ketujuh saingan Cub Prix kelas WIRA pada awal bulan September, Md Akif (Honda KC Racing) berjaya meraih tempat pertama sekaligus merapatkan lagi jurang mata di antara pendahulu carta keseluruhan iaitu Farres Putra dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing dengan 133 mata.

Dengan perbezaan 9 mata, di antara kedua-dua pelumba itu, siapakah yang akan mendominasi pusingan kelapan Kejuaaran PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di litar Jempol Negeri Sembilan hujung minggu ini untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam perebutan gelaran juara keseluruhan.

Setiap pelumba mempunyai kelebihan masing-masing di litar berbeza. Farres yang berlumba menggunakan jentera jenis Yamaha hanya terlepas satu pusingan podium pada musim ini. Beliau bukan sahaja hebat bersaing di litar teknikal tetapi dalam litar kelajuan tinggi juga tidak kurang hebatnya. Manakala Akif pula menunggang jentera Honda yang lebih hebat di litar teknikal berbangding litar kelajuan.

Walaubagaimanapun, ini merupakan tahun pertama dalam kategori ini bagi kedua-dua pelumba sebagai pelumba musim penuh yang menampilkan persembahan cukup mantap dalam mengejar takhta kejuaraan.

"Dengan berbaki lagi tiga pusingan, saya perlu lebih konsisten dalam sesi latihan bebas dan kelayakan agar dapat menempah petak pertama untuk perlumbaan akhir. Pasukan saya juga turut berusaha menyediakan jentera terbaik agar berada dalam keadaan memuaskan pada hari perlumbaan nanti," kata Farres.

"Matlamat saya adalah untuk menang dalam pusingan akan datang agar dapat kembali di kedudukan teratas keseluruhan. Sebagai persediaan, saya telah menjalani latihan di Thailand. Saya juga turut berlumba di Thailand Talent Cup di mana pendedahan dan pengalaman saya dalam dunia perlumbaan semakin meningkat. Dari segi persediaan jentera, saya percaya pasukan saya akan sediakan jentera yang terbaik," kata Md Akif.

Saingan Cub Prix pusingan kelapan akan berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan pada  28hb - 29hb September 2024. Ayuh ramai-ramai hadir untuk berikan sokongan kepada para pelumba kita. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.