Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 September 2024

Jentera WorldSBK Yamaha R1 Baru Ada 'Wings'!

Menjelang pusingan seterusnya di Itali minggu ni, pasukan Yamaha telah menampilkan jentera R1 yang telah diubahsuai untuk digunakan sepanjang saingan Kejuaraan FIM WorldSBK 2024.

Perubahan yang paling ketara dapat dilihat ialah penambahan sayap (wings) seperti mana para pesaing mereka. Bercakap di Litar Cremona, Pengurus Yamaha Motor Europe Road Racing dan R&D, Andrea Dosoli menyatakan bahawa Yamaha akan berlumba dengan motosikal itu untuk empat pusingan terakhir dalam saingan 2024 bertujuan mengumpul data berharga.

Dosoli berkata: “Saya sangat gembira kerana mulai esok, pelumba kami akan dapat menguji serta menggunakan sepenuhnya potensi pakej 'wings' baru ini. Saya tidak sabar untuk melihat mereka berlumba dengannya minggu ini. Model jentera YZF-R1 model pengeluaran berjaya melakukan penambahbaikan dengan memperbaiki daya 'downforce', menstabilkan, memberikan rasa tindak-balas bahagian depan lebih baik, kecekapan membrek dan mengurangkan berlakunya 'wheelie' ketika keluar selekoh.

Perubahan itu akan memberi manfaat buat untuk pelanggan kami, dan mereka boleh menikmati kuasa enjin Crossplane yang terkenal itu. Pasukan kami menambah baik bahagian hadapan agak banyak, langkah terbesar dengan pada bahagian fork hadapan kini lebih mantap dan juga sistem brek yang lebih baik.

Jurutera kami dari Jerman, Itali dan di Jepun telah bekerja keras siang dan malam. Kini, jurang prestasi berbanding pesaing kami juga sudah semakin kecil..

Kami percaya bahawa ini adalah langkah pertama tetapi sangat penting untuk kami bagi menyempurnakan motosikal dalam perlumbaan dengan empat pusingan lag.

Segala data yang dikumpul akan menjadikan kami lebih dekat untuk cabaran musim depan di mana kami yakin akan beraya mendapatkan segala yang dirancang untuk saingan 2025. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.