ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini
Tahniah buat Muhammad Helmi Azman (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team) mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini dalam kategori ASS600 di litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pusingan kelima ARRC 2024.
Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Kiattisak (Honda Racing Thailand) yang memulakan saingan di petak ketiga meluru kehadapan untuk memimpin perlumbaan sebelum dipintas oleh Helmi tidak lama selepas itu. Pelumba Yamaha Tekhne Racing Team Asean yang mencatatkan masa terpantas 2’08.742s dalam sesi kelayakan mengekori rapat di belakang Helmi.
Helmi mengekalkan kedudukannya sepanjang perlumbaan sebagai pendahulu. Manakala Apiwath terus mengejarnya dengan rapat di tempat kedua. Sementara itu, Azroy dan Kiattisak pula bersaing untuk perebutan tempat ketiga.
Kedudukan Helmi sebagai pemimpin kekal sehingga dia melepasi garisan penamat dengan mencatatkan masa 21’54.779s selaku juara perlumbaan 1.
Tangga kedua dimenangi oleh Apiwath dengan catatan 21’55.511s dan tempat ketiga oleh Kiattisak dengan masa 22’04.425s. RR